Jumaat 26/2/2010 - Dalam pukul 3.00 petang kitorang jamming lagi, macam biasa kat makeshift studio... Kali ni ramai sket dalam lima orang, Bob Kandar ajak member, Azroy pun ajak member. Amboi-amboi... Lain kali kalau nak ajak member tu, ajaklah member yang ada equipment sendiri (apa guna kebilangan main gitar/bass kalau equipment pinjam?).
Yeah! Welcome! Welcome!
Sessi kali ni tak berapa hepi, sebab aku rasa macam crowded, bila dah crowded dan ada strangers rasa malu pulak nak main. Lagipun aku masih penat pagi tadi ikut berarak Maulidur Rasul dan kebetulan sebelum jamming ni aku baru bangun tidur, mamai ngantuk lagi.
Equipment (kecuali drumset, mic, amp dan speakers) macam biasalah aku yang punya - Black Ice, Mephisto, Behemoth dan B2. Satchurator aku ada bawa (as a backup), tapi tak guna pun sebab nak test patches baru yang aku set kat Behemoth. Kadang-kadang terasa tensen jugak tiap-tiap kali jamming nak mengangkut menalah-menalah tu semua dari rumah pi opis makeshift studio. Kalau boleh aku nak bawa bass dan effects pedal je, gitaris bawa gitar dan equipment sendiri (macam sessi jamming Manggas hari tu).
First time Black Ice aku dimainkan secara kidal!... Shahrin (berkopiah, ketayap, snow cap or wateva you wanna call it), member Azroy ni pun boleh tahan main gitar dan bass. Pun berjiwa 80's rock dan heavy metal, ini terbukti bila dia main lagu Heavy Chains dan beberapa lagu Metalika. Yang duduk sebelah Bob tu aku lupa nak tanya nama, dan Bob pun tak perkenalkan (dia ni vokal tumpang glamour je).
Kali ni Behemoth beraksi dengan jayanya tak buang masa untuk setup dan soundcheck, sebab aku dah set tujuh patches yang aku dapat dari internet dan edit beberapa patches yang sedia ada. Antaranya aku namakan DokAlone, OtaiRok, MegaGain, Aurora, Maidenes, DimeTera dan Metalika (daripada nama patches ni korang boleh agak macam mana sound yang dimaksudkan).
Cover list macam biasa Hati Emas (lagu wajib), Sejati, The Trooper, Orion dan Mentera Semerah Padi. Jugak test cover beberapa lagu baru belajar Heavy Chains, Fade To Black, Fear Of The Dark dan Pawana. Dan harap maaf kepada rakan-rakan bloggers, disebabkan kali ni tak berapa hepi, jadi tadak mood la nak rakam video.
Sesuai dengan tajuk entri kali ni, tengah best-best kitorang main lagu The Trooper tiba-tiba hilang bunyi, ada bau hangit dan nampak asap keluar daripada amp cap ayam BJL (parody JBL). Hahaha! Amp overloaded!...
Kasi releks 10 minit kemudian try on balik, yup amp masih oke~ sambung main lah. Selang hampir satu jam kemudian jadi lagi hilang bunyi, tapi kali ni tak berasap... Jam dah menunjukkan hampir-hampir pukul 5.00 petang, macam malas nak sambung. Jadi sessi 'berasap' kali ni berakhir selepas hampir dua jam jamming.
Macam tanda-tanda nak suruh beli amp bass berasingan je ni...
_____
Ada apa: Teringat aku babak dalam filem Rock, 'goreng' gitar sampai speaker hangus!
10 komen:
cayalah beb!rock on!studio tu sempoi la..mcm opis...hehhe....
Speaker berasap siap bau kemenyan...baru berhantu punya rock!!! hahahaha!
pakcik kordi:
mmg kat opis pun. btw, makeshift studio ni sbnrnya blk uv kat opis aku. blh check entri ni
skid:
bkn speaker yg berasap, tp amp head yg berasap
oo.///gitu...
Lagi ramai orang x kenal tengok lagi skill x menjadi. betul x?
kordi pakcik:
yg best, blh main sesuka hati, main puas2, xpyh byr sewa sbb equipment sendiri... yg xbest plak, nak deploy/setting equipment sblm main dan kemas semula lps main
mhagnoth:
slalunya mcm tu la...
isk tensen jugak tu kalau ko yang jadi tukang punggah equipment.... heheheheheheh patut dorang inisiatif la sikit beli gitar ker.. bass ker tak payah mahal2... gitar pirate tu pun dah cukup + gitar bass falcon.. berapa sgt la harga dia tu....
oriaj:
alasan standard - "xmampu nak beli, gaji xseberapa"
tp bila aku dgr ko cerita pasal pancho mi scusi beli jackson mmg aku terharu... baru la inisiatif namanya!
terbaek la jam dlm lab, bole buat lab tpt keje aku nih..haha
fuh, ni entri dah berkurun ni (2010)... skrg xdpt nak main kat bilik ni lagi sbb dah penuh dgn equipment - rujuk entri ni
skrg dah ada makeshift studio baru
Post a Comment