Isnin 20/9/2010 - Hari ni hari pertama bekerja setelah bercuti raya selama 10 hari. Hari ni jugak aku menerima tiga bungkus barangan eBay, dua daripadanya merupakan CD dari UK iaitu The Man Who Would Not Die dan Somewhere Back In Time, nanti akan ada entrinya tersendiri. Dan satu bungkusan dari China (or Hong Kong?).
Ia berisi USB to MIDI interface cable atau aku ringkaskan menjadi kabel USB/MIDI sahaja. Kabel ni sebenarnya memang murah nak mampus, cuma AU$1.00 sahaja (RM2.94!) Aik? Seller dari China tapi guna currency Australian Dollar? Ditambah dengan shipping cost AU$4.58 jumlah kesemuanya hanya RM15.94! Aku pernah survey kabel ni kat kedai-kedai muzik (local and online), kabel-kabel yang berjenama seperti Alesis, ESI, Yamaha dan M-Audio berharga sekitar RM150-400! Mampuih!
Simple packaging for a cheap price... Pada mulanya memang aku was-was sama ada kabel ni berfungsi ataupun jenis rejected, tapi takpelah dengan harga cuma RM15+ aku berani gamble.
Inilah kabel USB/MIDI yang ringkas. Ia menukarkan signal MIDI kepada bentuk USB yang senang diakses oleh komputer (or vice-versa). Kalau PC zaman dulu-dulu (pre-USB era), kabel MIDI dicocok pada port DA-15 (port yang berbentuk trapezium warna kuning/oren), port yang sama untuk joystick port (game port) pada soundcard, owh~ this bring back some of my 90s memories...
Untuk apa kabel USB/MIDI ni? Ia digunakan untuk menyambung peralatan muzik (keyboard, instrument synthesizer) kepada sistem komputer (PC atau notebook) supaya bla bla bla... Malas aku nak terangkan, sila baca artikel Wiki mengenai MIDI dan MIDI controller. In my case, I want to connect my Behemoth (Korg AX3000G) directly to my PC or netbook.
Simple test rig: Dinoscars -> Behemoth -> kabel MIDI -> my Lenovo S10-2 netbook.
And what do you know? The cable really works!
Input kabel USB/MIDI pada Behemoth. Output aku guna Sony MDR-XD100 headphone.
Screenshot interface AX3000G versi desktop. Btw, software AX3000G SoundEditor dimuat-turun (download la) dari website Korg, sebab ia adalah optional dan tidak disertakan dalam pakej AX3000G.
_____
Pro - Apa kelebihan rig dan software ni? Bagi aku, nothing special kecuali kita dapat set parameter AX3000G direct dari desktop interface (menggunakan mouse dan keyboard) tanpa perlu memulas tombol-tombol pada pedal AX3000G. Dari dekstop interface ni jugak kita boleh akses patches dengan pantas berbanding dengan "kaki". Contohnya dari patches 1-1 (bank 1, patch 1), kita boleh klik pada patches 15-2 dan secara automatik kita terus melompat ke patches 15-2 tanpa perlu melalui patches 2 hingga 14 seperti menggunakan "kaki".
Patches tambahan jugak boleh didapati dan dimuat-turun dari website seperti haax.se yang kemudiannya boleh diakses dengan software AX3000G SoundEditor tadi. Jadi, tak perlulah kita bersusah payah nak set parameter satu persatu (manual version - leceh), cuma download dan open, kemudian save (override) patches yang kita berkenan pada pedal.
Con - Kelemahannya? Ia tidak dapat digunakan untuk direct desktop recording seperti pedal yang mempunyai USB interface (contohnya Zoom G1u, G2Nu/G2.1Nu dan Vox ToneLab ST). Atas alasan inilah aku bercadang nak let-go Behemoth aku ni (dah ada potential buyer) dan upgrade/downgrade kepada pedal yang mempunyai USB interface, namely those four pedals I've mentioned earlier.
_____
Ada apa: Nasib baik aku tak beli kabel USB/MIDI yang mahal, kalau tak sia-sia je...
5 komen:
giler detail ko cerita pasal kabel ni! Mesti dah tunggu lama nak pakai.
Anyway, Tak jadi ker amik USB Port tu.
blm detail sgt lg tu bro... tp mmg btl dah tggu lama nak pakai
USB port? mksd hang USB interface utk gitar ka? hahaha... klu yg tu baru je smpi kejap td, all the way from penang. nnti2la aku buat entri lain
Pok cney ko order ya pok? aku mauk cable MIDI usb port ya kei Yamaha keyboard ke laptop. tq
ha'ah, USB Guitar Port. Tertinggal perkataan pulak.
designationgary:
aku order guna ebay (china stuff), murah ja... check-out this link
muspeed:
spt yg aku bgtau kat atas, baru je terima USB guitar port pagi tadi. esok2 aku buat entrinya
Post a Comment