Sabtu (27/8/2011) - Meneruskan perjalanan trans-Borneo untuk balik kampung bercuti raya seawal 6.00 pagi dari bandaraya Miri. Klik label tour de Brunei untuk entri-entri berkaitan trans-Borneo yang lain.
Sebelum ni aku tak pernah dan tak berpeluang untuk singgah di Bandar Lawas (bandar yang terletak paling utara Sarawak, tak jauh dari sempadan Sabah). Disebabkan laluan trans-Borneo tidak melalui Bandar Lawas, cuma melepasi simpang menuju ke arah Bandar Lawas sebelum melalui bangunan Majlis Daerah Lawas.
Banyak arca kerbau di Bandar Lawas ni.
Memandangkan masih awal (dalam pukul 1.00 petang) kami mengambil keputusan untuk singgah sekejap di Bandar Lawas, saja nak ronda-ronda manalah tau dapat snap gambar dan idea nak buat entri blog (yang sedang anda baca ni).
Seperti kebanyakkan bandar-bandar lain di Sarawak, Lawas juga mempunyai waterfront tersendiri mengadap Sungai Lawas.
Berhenti sekejap di depan Hotel Seri Malaysia Lawas (yang baru dirasmikan Februari lepas), betul-betul berhadapan dengan Lawas Waterfront. Juga terdapat arca kerbau di depan hotel.
Senibina yang agak moden untuk tandas awam di Lawas Waterfront ni, tapi malangnya ia tidak dapat digunakan sebab berkunci.
Pemandangan menuju ke hulu Sungai Lawas.
Pemandangan menuju ke hilir Sungai Lawas.
Harap maaf aku tak sempat snap gambar-gambar yang lebih terperinci. Mungkin dalam cameraphone Mrs. Ijau ada gambar-gambar yang lebih menarik. Kalau ada, aku akan letak dalam entri ni kemudian atau buat entri lain.
Disebabkan tiada apa-apa yang menarik, kami hanya singgah di Bandar Lawas ni dalam 15 minit sahaja. Kami meneruskan semula perjalanan trans-Borneo menuju ke Merapok (Sempadan Sabah/Sarawak).
[Diari Ramadhan 1432H entri #20]
_____
Ada apa: Sebenarnya aku nak mencari durian di Lawas...
3 komen:
tandas awam tapi kunci? Aiyaaa
bro... pemandangan sungai + latar bukit = ketenangan...
dr. ben:
aku rasa waterfront ni baru siap, tandasnya belum beroperasi lg kot?
bro sub:
klu ada air terjun lg best kan?
Post a Comment