Sabtu (19/11/2011) - Pada mulanya ia dijadualkan sebagai sessi jamming Metuk Ulau Projekt (part 3), tapi tak cukup korum disebabkan Adi Herman tak dapat nak turut serta atas urusan keluarga dan kerjaya. Jadi sessi jamming kali ni hanyalah sessi jamming biasa Hepi ;) di Z-Studio, dengan penampilan khas Korawk sebagai pemain bass.
Ya aku tau asyik-asyik lagu yang sama saja dalam setlist - paling banyak cover lagu-lagu Iron Maiden dan Wings. Bagi aku, biarlah kita main lagu yang sama (favourite songs) berulang-ulang kali sampai kita yakin, konsisten dan kurang kesalahan (dari segi lirik, vokal, muzik, persefahaman, persembahan), barulah kita mencuba lagu lain yang agak kompleks dan progresif. Tapi aku masih tak hafal-hafal lirik lagu Ranggi Metropolis walaupun beberapa kali dah main lagu ni.
Disebabkan Replacement (RG350M) dah let-go beberapa minggu lepas, jadi kali ni giliran Goldie untuk beraksi (sebab ni saja gitar yang aku ada sekarang ni, hahaha). Tapi aku memang puas hati dengan output pikap Tesla Plasma-2 ni, dah terasa macam main Eclipse berbanding Les Paul.
Senyum tandanya "hepi". Korawk nampaknya kurang selesa menggalas bass Stagg B300-BK J-bass copy kepunyaan studio. Anang irau jangan risau bro, untuk sessi akan datang dipersilakan kembali bermain gitar. Azrol seperti biasa, menggunakan GRX40 dan RP55 kepunyaannya, nampaknya Azrol dah semakin mahir menggunakan RP55 ni.
Kali ni Bob Kandar tak bawa double-pedal, jadi untuk lagu-lagu yang rancak agak kurang terasa nadinya. Tapi katanya dia berpuas hati dengan sessi jamming kali walaupun tidak se"happening" sessi jamming dua jam beberapa minggu yang lepas.
Kali pertama aku mencuba Pod X3 untuk sessi jamming, walaupun beberapa patches (gitar+vokal) aku dah set dalam user folder, tapi akhirnya aku terpaksa disabled patches untuk vokal disebabkan volume kurang konsisten - kejap rendah, kejap tinggi, kejap feedback (clip).
Tapi untuk patches gitar memang superb! Terutamanya bunyi 1990 Brit J-800 (modeled after Marshall JCM-800) yang mengaum bila disambung dengan amp Kustom KG100FX212 pada rhythm (clean) channel.
Dan kali permata pertama juga aku menggunakan FBV Express MkII footswitch (hooked-up to Pod X3) untuk sessi jamming. Agak janggal juga pada mulanya dengan susunan suis pijak 2x2, sebab dah biasa dengan VFS5 footswitch pada VT40+ dengan susunan 1x5.
Mungkin lepas ni rasanya aku tak bawa lagi Pod X3 + FBV ni untuk sessi jamming di studio-studio sewa atas sebab-sebab logistik (leceh, banyak benda nak dibawa) dan membuang masa untuk setup. Lagi baik aku bawa simple jamming rig (stompboxes) seperti sessi lepas.
Penampilan istimewa oleh Apai Rijal si Gamer Sayur (dua dari kanan)
sebagai jurukamera (snapshot/video) sepanjang sessi jamming.
Sessi kali ni hanya sejam saja dari 3.00 hingga 4.00 petang, tak sanggup lagi nak buat dua jam macam sessi lepas. Macam mana agaknya sessi jamming marathon lapan jam (dua jam per band) nanti eh? Nampaknya kena ada bass-groove Adi Herman baru dapat jamming lama-lama. Bro, untuk sessi jamming akan datang sila bawa bass "pari" boleh? Hahaha!~
_____
Ada apa: Replacement's replacement?
5 komen:
background Li Hua plaza yang mengembalikan nostalgia tahun 80-90 an haha. seriously, macam suasana studio dalam Filem Rock Mamat Khalid
Dan Kali Permata? Permata atau pertama? Kawin2 ni asyik sebut permataaaaa aja nooo... heheheh
pertama kali aku dapat tangkapppppppppppppppppppppppppppp. Hahhaha
korok:
bila lg mau jeming?
muspeed:
ooo~ akhirnya dpt jugak hang balas dendam, hahaha! xpa aku x delete, aku cross je...
wah... gold top nampak class!
racun baik punya! hahah stingray insyaAllah aku akan beli...rasa bersalah la plak x join jorang masa jamming ni...
Post a Comment