
Sebenarnya bungkusan ni bukanlah dari LYN Street Mart, tapi dari Lowyat.NET Online Store. Dihantar menggunakan Kangaroo diterima Khamis minggu lepas (9/2/2012).
Berisi t-shirt rasmi Lowyat.Net (LYN) dengan design bertajuk "Lucid Addiction" bersaiz XXL. Hmm, patutnya aku order saiz paling besar XXXL, sebab saiz XXL ni pun terasa sedikit sendat.

Dalam banyak-banyak design, aku tertarik dengan design "Lucid Addiction" ni. Mrs. Ijau pula jealous sebab aku cuma beli satu je. Yelaa~ Nanti hujung bulan aku beli lagi saiz XXXL, yang XXL ni aku bagi Mrs. Ijau pakai sebab saiznya sesuai untuk orang berbadan dua.

Juga dapat beberapa keping sticker kereta LYN secara percuma.

Hahaha... Dah lekat di cermin belakang Imago aku. Agak-agak di Bintulu ni Imago aku saja yang ada sticker LYN ni kot? Sebab setakat ni, belum ada lagi kereta di Bintulu ni yang aku jumpa mempunyai sticker macam ni...
Setakat ni lah~
_____
Ada apa: Kalau ada baseball cap atau snowcap LYN kan bagus.
2 komen:
aku ada dgr psl LYN tapi kurg info psl ni haha sori
LYN = lowyat.net
komuniti online terbesar di m'sia, plng femes dengan ruangan forumnya
Post a Comment