Oke, bungkusan poslaju yang diterima Jumaat lepas (10/2/2012) dari Music Master Studio (MMS).
Agak jarang aku order barang dari MMS, yang ni pun kira saki-baki daripada jualan gila-gila hujung tahun MMS (geng Rockcase ular). Baru sekarang dapat "diselesaikan" setelah tertangguh hampir dua bulan.
Bungkusan ringkas ni berisi sebuah pikap Seymour Duncan JB Model (SH4) dengan bobbin putih. Hah!~ Kali ni giliran Seymour Duncan pula.
Kenapa dibungkus begini? Sebenarnya ini merupakan pikap yang ditempah oleh MMS secara pukal (bulk order) dan bukannya versi runcit yang mempunyai bekas khas dan dokumentasi, dan ia adalah unit baru bukannya terpakai (used). Tapi dengan harga hampir separuh daripada harga versi runcit, nak komplen apa lagi?
Walaupun dibungkus secara ringkas, ia masih lagi baru (plastic sealed), dan nasib baik ia disertakan dengan spring dan skru/bolt, kalau tak memang terkial-kial mencari benda ni.
Dan seperti pikap DiMarzio, ia juga diselaputi oleh sejenis lapisan lilin (wax) tapi tak berbau masam seperti DiMarzio.
Disebabkan ini merupakan versi biasa SH-4 (normal spacing) dan bukan versi trembucker TB-4, maka ia hanya sesuai dipasang pada gitar jenis fixed bridge. Jadi buat masa ni aku simpan dalam stok peribadi, sementara menanti gitar yang sesuai untuk memulakan projek...
_____
Ada apa: Dan tidak semestinya untuk gitar aku.
4 komen:
'dan tidak semestinya gitar aku' itu la menjadi misterinya sekarang
maknanya gitar2 geng MUUV pun blh dipasangkan... asalkan fixed bridge
geng SANGGAM???
jai, klu geng SANGGAM tertakluk kepada syarat dan terma, antaranya:
- klu aku ada di kmpg waktu tu
- cukup peralatan dan parts
- ada request
Post a Comment