Aku telah mengambil keputusan untuk menjual (aka let-go) kedua-dua amp aku Orange Crush Pix CR50BXT dan Vox Valvetronix+ VT40+ (beserta VFS5 footswitch) setelah memikirkan beberapa faktor, antaranya:
- Kedua-dua amp ni aku beli untuk kegunaan jamming di Hepi ;) makeshift studio, tapi semenjak dah "gulung tikar" beberapa bulan lepas, kedua-duanya seperti tidak digunakan lagi.
- Sekarang kami - Hepi ;) dan Metuk Ulau Projekt, cuma mengadakan sessi jamming di studio sewa (terutamanya Z-Studio), itupun biasanya sebulan sekali.
- Tidak praktikal untuk kegunaan di rumah (terutama CR50BXT) kerana bunyinya agak kuat walaupun pada volume yang rendah, lebih-lebih lagi rumah yang didiami oleh ibu mengandung (dan bayi selepas 4-5 bulan kelak, insya-Allah), manjang je kena komplen...
Kedua-dua amp ni telah dibeli oleh seorang rakan seMUUV Isnin lepas, yang katanya bakal ada projek muzik sendiri. Jadi ada baiknya ia dimanfaatkan oleh rakan tadi berbanding kedua-duanya tersadai di dalam stor rumah aku.
Aku? Sekarang aku hanya menggunakan Micro-Cube atau Oren Kecik sahaja, kadang-kadang guna Pod X3 atau Pandora Mini yang disambung dengan headphone.
_____
Ada apa: Tengoklah kalau aku "rajin" nanti aku ganti dengan amp kecil sajalah (10-15 watt non-modelling).
0 comments
Post a Comment