Baru berkesempatan untuk memasang tali Rotosound R9 (pink 9-42) pada Mirage menggantikan tali SIT (stock LTD strings), setelah berada dalam simpanan hampir dua tahun. Terdapat beberapa tompok karat pada tali high-E dan B disebabkan bungkusan Rotosound ni yang tak berapa kedap udara.
Mengikut pendapat peribadi, tali Rotosound ni terasa lebih kurang macam tali D'Addario. Masih ada beberapa jenama tali gitar bersaiz 9-42 dalam simpanan aku yang masih belum dicuba, dalam usaha aku untuk mencari jenama/siri tali gitar kegemaran (aka personal favourite).
_____
Ada apa: Setakat ni personal favourite aku ialah GHS Boomers.
0 comments
Post a Comment