Daripada info yang aku dengar, ramai yang komplen gitar yang memiliki Floyd Rose Special (FRS) bridge selalu out-of-tune...
FRS set, imej link dari website Floyd Rose.
Pada rakan-rakan (terutamanya si Korawk) yang baru berjinak-jinak atau teringin nak berpindah dari kem fixed bridge kepada kem floating bridge aka tremolo, bersedialah untuk mengalami setup dan tuning yang agak leceh.
Sebab utama selalu out-of-tune? Tali gitar biasanya tidak "dikunci" dengan ketat pada locking nut dan saddle menyebabkan tali akan tergelongsor sedikit demi sedikit bila tremolo disentap.
"A locking nut made of cheap metal will develop internal grooves when you lock the strings. The strings will slip, and the tremolo will not stay in tune".
Tapi disebabkan FRS ni menggunakan material yang agak "lembut" dan "murah" berbanding Floyd Rose Original (FRO) atau Floyd Rose 1000 (FR1k), kadang-kadang mengetatkan "kunci" pada locking nut dan saddle pun boleh mendatangkan masalah, contoh paling biasa ialah hex-key bolt pada locking nut loose.
Inilah yang telah berlaku pada Mirage aku beberapa minggu lepas, hex-key bolt pada locking nut yang mengepit tali E/A dah loose disebabkan aku mengetatkannya terlalu kuat. Tapi kalau tak ketat nanti tali menggelongsor pula kalau tremolo disentap, kan?
Dan perlu lebih berhati-hati mengetatkan tali pada saddle, takut-takut nanti blok saddle pula pecah, lagi haru! Kes macam ni pernah terjadi pada rakan aku dulu.
Penyelesaian mudah ialah untuk mendapatkan bolt yang lebih keras dan tahan, seperti yang aku perolehi dari Jo @ NoobAxe minggu lepas. Jo, bolt ni dari jenama apa? Ia memang lebih keras dan tahan berbanding bolt stok FRS set LTD.
Penyelesaian drastik pula ialah dengan menggantikan sistem FRS dengan sistem FRO yang bakal mencecah kos RM1k atau dari jenama Gotoh pada harga RM5xx, sanggup ke?
Tapi, daripada pengalaman menggunakan gitar Ibanez terutamanya RG350M, floating bridge jenis Edge-III lebih stabil dan lebih "tahan pukul" berbanding FRS ni. Bagaimana pula dengan Edge-Zero, ZR atau Edge Pro? Yang tu kena tanya pada yang pakar...
_____
Ada apa: Credits from Bro Sub's entry.
7 komen:
waiting for one for review..haha
FR ori mmg best.. aku ada dua .. satu ori satu under licensed.... under licensed tu mmg ada lari sikit tapi masih boleh diterima.. yang ori mmg tip top hehehehe, edge III mmg best juga HEHEHEHEHEHE. tapi lepas ni aku taubat dah nak beli floating.. nak main fixed bridge la plak....
p/s: locking nut tu tak perlu pusing ketat sangat.. nanti tak panjang umurnya
yustech:
menanti review
jiaro:
anchang star xda versi fixed bridge
edge zero/zero2/zr out of tune no problem. just tune back, like fixed bridge :D
but macam mana pun, dont la pull whammy like artist. artist change bridge kita tak tau, they can afford haha!
aku beli kat kedai hardware da.. ie. jenama xdpt dikesan.. hahaha
tauke DEG:
come come buy buy (later)
jo:
aku dah jumpa jenamanya, TUZ from china ningbo tuz hardware industrial co. ltd. (website)
@jo @ noobaxe: as long as it serves good, doesnt matter haha! :D
@ijau: haha! waiting waiting
Post a Comment