Sabtu (18/2/2012) - Setelah mendapat persetujuan sebulat suara, Metuk Ulau Projekt akhirnya memutuskan untuk menyertai Opening Season Gig 2012 yang dijadualkan Sabtu depan (25/2/2012).
Sessi jamming kali ni boleh dikirakan sebagai persediaan awal untuk gig tersebut. Seperti biasa, Z Studio merupakan studio sewa pilihan kami.
Azrol, bila lagi nak masuk kem RG?
Kali ni Adi Herman tidak membawa bassnya (Craftsman P-Bass copy) atas sebab-sebab tertentu, jadi dia hanya menggunakan bass studio (Stagg J-bass copy). Main terlalu ganas sampai putus tali bass... Putus?
Bob Kandar muka lapar...
Dengan kuasa veto yang ada (dan persetujuan semua ahli), aku memilih tiga buah lagu cover Iron Maiden yang biasa dan selesa kami mainkan tiap kali sessi jamming (play safe) untuk dimainkan waktu gig kelak, iaitu:
- Caught Somewhere In Time (bahagian intro sahaja)
- Coming Home
- The Trooper
- Wasted Years
Metuk Ulau Projekt hanyalah sebuah projek cover band, jadi main lagu cover pun dah kira cukup, yang penting Hepi ;)
Korawk yang berpuas hati dengan output pikap Tesla Plasma-2 gold set yang baru dipasang pada gitar hibridnya beberapa minggu lepas. Kali ni Korawk dan aku berkongsi amp yang sama dengan bantuan mixer Behringer Xenyx 502.
Dengar-dengar tahun ni Korawk ada perancangan nak masuk kem Jackson dan DiMarzio, betul ke Korawk?
Sakit ulu hati (kebarangkalian otot-otot diafragma mengejang) kes terlalu tarik note tinggi lagu-lagu Maiden tanpa lagu "warm-up" seperti sessi-sessi jamming sebelum ni - suatu pengajaran yang berguna.
Oh ya, sessi kali ni aku menggunalan Goldie untuk mencuba prestasi kombo pikap DiMarzio (DP103/DP100) yang baru dipasang minggu lepas. Hasilnya memang memuaskan, dan pastinya untuk gig minggu depan aku akan menggunakan Goldie.
Sessi jamming kali ni memakan masa satu setengah jam dan diakhiri dengan sessi makan-makan sambil "bermesyuarat" di Restoran Mami (betul ke nama restoran ni Korawk?) terletak tidak jauh dari City Point.
Jumpa anda di Telaga Kumang minggu depan, and up the Irons! \m/
_____
Ada apa: Sessi makan-makan ditaja oleh Korawk yang berhati murni.
3 komen:
salah tu, katering makanan disediakan oleh bro Korawk hahahaha
lawalah tambak!!!!
adi:
akan diperbetulkan
jiaro:
questa volta è!
Post a Comment