Ini merupakan pertama kali aku memasang pikap jenama DiMarzio yang diperolehi beberapa hari lepas, sebelum ni aku hanya berpengalaman memasang pikap jenama Tesla.
Kedua-dua pikap "Classic Rock combo" DiMarzio PAF 36th Anniversary (DP103) dan Super Distortion (DP100) ni akan dipasang pada Goldie aku untuk menggantikan Tesla Plasma-2 gold set yang telah "dirobek" oleh gitar hibrid si Korawk.
DiMarzio DP103 (atas) dan DP100 (bawah).
DP100 disertakan dengan sebatang hex-key untuk melaras ketinggian kutub (pole) pada pikap jika perlu. Bahagian bawah pikap-pikap DiMarzio ni diselaputi sejenis lapisan lilin (wax) yang berbau agak masam seperti bau jeruk mempelam, berkebarangkalian besar untuk mencegah karat.
Ikut saja wiring lama... Walaupun tak sekemas Yustech, asalkan kerja menjadi kira sudah cukup. Yup, those were push/pull pots with Mallory caps (on tone knobs) for pickup series/parallel mode.
Seperti biasa dengan tahap keamaturan aku, kerja-kerja pemasangan pikap ni memakan masa dalam dua jam dengan sekali pengulangan disebabkan kesilapan pematerian untuk series/parallel mode (ditambah pula dengan migrain yang sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi).
With pickguard...
Or without pickguard?
Bunyi? Ntahlah macam mana aku nak terangkan. Ia agak berbeza berbanding set Plasma-2 sebelum ni yang lebih "moden", mungkin aku boleh terangkan sebegini "DP103 lemak berkrim, DP100 pedas berapi". Yang pasti Goldie (v3.0) ni bakal beraksi untuk sessi jamming Metuk Ulau Projekt akan datang (Mirage simpan dalam peti).
_____
Ada apa: Hmm... Goldtop with Super Distortion, sounds familiar?
6 komen:
urmmm..musicman?
aik? bkn jackson ke?
W/o pickguard nmpk yummy jg :)
Dah kemas dah tu.kalau saya pun buat lebih kurang macam ahak juga..
kalau takde pickguard- power! tapi nampak lobang...
hafiz & bro sub:
sampai masa nnti, mmg akan buka pickguard tu
yustech:
wiring lespaul mmg leceh berbanding superstrat, ruang pun sempit
Post a Comment