Semalam (Jumaat 3/2/2012) si Korawk menghantar gitarnya ke tempat aku untuk di"servis" sepanjang hujung minggu ni. Kalau aku rajin beberapa jam mungkin boleh siap, kalau aku malas (atau tak ada mood) mungkin terbengkalai sampai Isnin.
Gitar yang sama diguna waktu sessi jamming Metuk Ulau Projekt yang pertama dan kedua. Jadi, sebelum aktiviti "servis" dijalankan, sempat snap beberapa gambar untuk sedikit entri ulasan kegitaran, hehehe...
Sekali imbas, nampak macam Les Paul Custom copy kan?
Sebelum ni Korawk menggunakan gitar Cort M-series (tak pasti model apa), kalau tak silap gitar tu pun dah "gali lobang tutup lobang" juga kot, betul ke Korawk?
Menurut info si Korawk, gitar ni sebenarnya gitar hibrid - body ala-ala Les Paul Custom (copy, unknown make/brand), manakala neck/headstock pula daripada Samick Gregg Bennett.
Samick Gregg Bennett Malibu series.
Err supertrat neck?
Equipped with Grover tuners too, nice...
Samick covered passive pickups.
Isk isk isk, teruknya karat...
Ini merupakan masalah utama kenapa gitar ni perlu di"servis", 3-way switch patah! Sebab tu aku order ProLine 3-way switch daripada NoobAxe beberapa hari lepas. Kemudian nak upgrade pikap, nak guna Tesla Plasma-2 gold set (yup, swapped-out from my Goldie).
Dah mula berkecimpung jadi "guitar-tech" amatur la pula... Bro YusTech, sila beri tunjuk ajar.
_____
Ada apa: Korawk, bila kali terakhir kau menukar tali gitar ni?
5 komen:
cayalah sudah jadi guitar tech.. syabas..
Aku masih terfikir tentang m
odel sebenar ini gitar
Haha..youtube ade..
apsal ko tak tukarkan gitar korawk ni jadi Flying V?
jiaro:
saya budak baru belajar...
korok:
aku rasa anggap saja "samick malibu hybrid"
yustech:
ada tips2 yg berguna utk mengurangkan kebarangkalian gitar calar waktu buat servis?
adi:
bak kata lagu eizlyn
"adakah kau anggap aku ahli silap mata?"
Post a Comment