Khamis (16/8/2012) - Penerbangan MASwings dari Bintulu ke Kota Kinabalu dijadualkan pada pukul 1.00 petang, seawal 11.30 pagi kami sekeluarga dah berada di Lapangan Terbang Bintulu.
Ya, raya tahun ni aku tak balik kampung menggunakan jalan darat trans-Borneo (aka tour de Brunei) seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku tak sanggup dan tak sampai hati nak bawa Lil'Ijau dalam perjalanan jauh yang mengambil masa sehari suntuk (8-10 jam, 500+ km). Tunggulah bila Lil'Ijau dah berusia setahun lebih nanti...
Januari lepas waktu cuti CNY dikira kali pertama balik Sabah naik flight berdua (dua setengah), kali ni merupakan kali pertama bertiga pula :) Mula-mula agak risau juga kalau-kalau Lil'Ijau tak selesa dan "buat perangai" dalam kabin, tapi alhamdulillah Lil'Ijau tidur nyenyak sepanjang penerbangan sejam suku ke Kota Kinabalu.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar 2.30 petang. Menapau Dunkin' Donuts telah menjadi kebiasaan, selain itu aku juga mengambil peluang untuk menapau McDonald's, terutamanya burger bermusim GCB.
Akhirnya tercapai juga hasrat Mrs. Ijau untuk berbuka puasa dengan burger McDonald's... Apa yang istimewa sangat pasal McDonald's ni? Tak ada apa yang istimewa, cuma Bintulu tak ada McDonald's (dan Dunkin' Donuts), hehehe~ Jadi, bagi kami makanan dari kedua-dua franchise ni boleh dikirakan eksotik dan bermusim.
_____
Ada apa: Tobi juga dibawa bersama.
3 komen:
Budak2 kalau dalam kenderaan perjalanan jauh- confirm lena...
aku da 4 kali raya 12jam jb-kb beb.. 12jam tu minimum, if clash dgn cny pernah kena 18 jam bro..
setakat 10 jam apa barang.. ngehehe
bro sub:
mmg lena...
jo:
bila ada pilihan, aku pilih yg mudah la jo~ dah ada kemudahan tiket mengunjungi wilayah asal, waktu2 mcm ni la digunakan
Post a Comment