Ahad (9/9/2012) - Tiba di Shah's Village Hotel sekitar 1.30 petang, antara hotel yang paling dekat dengan Ibu Pejabat dan supaya senang aku nak menapak ke sana berkumpul dan menaiki bas untuk berkursus di Melaka keesokan harinya...
Here, and back again... Kali terakhir aku menginap di sini pada bulan April tahun lepas. Dah lebih setahun lebih juga aku tak turun KL dan PJ. Dan kali ni merupakan kali pertama aku berkursus setelah berstatus ayah (versi 3.0), satu pengalaman yang agak berbeza bila berjauhan dengan anak dan isteri.
Dah rancang nak tengok filem The Expendables 2 (review Muspeed) pada sebelah petang, aku tak tengok lagi filem ni sebab pawagam di bintulu memang hampeh filem-filemnya tak "up-to-date". Mula-mula nak tengok di GSC Midvalley Megamal, tapi bertukar fikiran pula ke TGV Suria KLCC sebab lagi senang naik LRT dari stesen Taman Jaya terus ke KLCC.
This scene bring back some memories... Akupun dah lupa bila kali terakhir aku ke KLCC, mungkin 2006 kot? Selalunya kalau aku berkursus di PJ aku malas nak turun Suria KLCC, tak ada apa yang menarik, lagi bagus aku turun Bukit Bintang, boleh juga melawat CK Music, JS Music, dll...
Same old Suria KLCC, dulu awal millennium (circa 2001-2003) aku memang rajin turun KLCC, antara tempat selalu dating... Er, lain cerita. Suasananya masih sama, masih lagi pesat dikunjungi baik warga tempatan mahupun pelancong (mostly Arabs and Middle-Easterners).
Sebab dah lama tak pergi ke Suria KLCC ni, aku tak ingat di mana lokasi TGV, terpaksa merujuk pelan lantai. Filem terakhir aku tonton di sini ialah filem The Scorpion King (2002).
What can I say about this film? 80's/90's action film cliché with latest Hollywood effects, period! Tapi watak "Lone-Wolf" Booker (Chuck Norris) merupakan watak paling hebat, cool dan macho dalam filem ni, sebab kalau ikutkan body-count, Booker paling banyak tembak musuh (+1 tank) dan dia tak perlu mengelak atau bersembunyi dari sebarang tembakan musuh - Chuck Norris la sangat!
Lepas habis tengok filem ni akupun terus balik ke PJ, malas nak ronda-ronda Suria KLCC ni... Duit dalam poket pun bukannya banyak nak shopping (kes lepas raya, gaji bulan September lama lagi). Esoknya akan ke Melaka, dan balik semula ke PJ pada hari Jumaat 14/9/2012.
_____
Ada apa: Jumaat ada temujanji dengan tauke Dead Eye Guitars...
5 komen:
next time kalo bawak family pergi klcc, boleh la bawak diorang pergi Aquaria kat ground floor...haha nice
Nape tak pegi galeri kat situ jugak..:0)
expendables - old guys rules. hahahah
atas sebab kekangan masa dan ekonomi...
Walaupun KL tak banyak beza dengan my home town, kita selalu jugak pi...
Post a Comment