Sabtu (8/9/2012) - Sessi traimming (training+jamming) hari ni agak unik berbanding semalam, kerana hari ni semua ahli-ahli Metuk Ulau Projekt (MUP) hadir, termasuk beberapa rakan seMUUV lain - Nasuki Malim, Barangkali Marus (Bintulu Buskers) dan Fadel (Curse Of God). Sessi bermula sekitar 2.30-3.00 petang.
Dan untuk hari ni ada sedikit kelainan dari segi muzik, untuk kelainan aku menyuruh Adi Herman main keyboard (sebab dia ada dan pandai main keyboard), manakala Korawk menggantikan tugas Adi sebagai bassist. Dan penampilan khas Barangkali Marus sebagai pemain seruling.
Marus ni memang serius pasal seruling, ni dia koleksi seruling yang dibawa untuk sessi tadi. Agaknya saiz seruling yang berbeza untuk tuning yang berbeza kot?
Seperti biasa tukang pukul MUP Bob Kandar menggunakan drumset digital Medeli DD506 yang disambung terus ke PA system.
Komposer dan penasihat muzik (Adi, Nasuki) sedang berdebat menukar keys/chords lagu Dari Jauh Ku Pohon Kelapa Sawit yang agak flat (Am, dicetak dari blog Zek) supaya lebih sharp (Dm) dan sesuai dengan vokal aku yang mereka katakan dalam julat tenor. Fadel menjadi bassist menggantikan Korawk yang bakal berangkat balik ke Pandan sekitar 5.30 petang.
Traimming rig aku yang ringkas - G2Nu, VXL dan LX12. Disebabkan VXL mempunyai 2+1 output, amp output disambung ke LX12 yang berfungsi sebagai monitor amp (damn~ this little amp was loud), manakala balanced (DI) output disambung terus ke PA system.
Aku rasa, dalam ramai-ramai yang ada, akulah yang paling junior dalam dunia muzik ni. Aku hanyalah "ambient strummer" sahaja selain tugas utama sebagai vokalis. Nasib baik Azrol bagi tunjuk ajar kalau-kalau aku salah.
Pic credits - Nasuki Malim (via Facebook MUUV)
Tapi memang best bila berkolaborasi dengan ahli-ahli muzik bawah-tanah Bintulu yang lain terutama dari Bintulu Buskers. Satu pengalaman yang baru dan mengujakan bila lagu-lagu yang dimainkan menjadi dan ada "chemistry between us" walaupun berlainan genre.
Selepas ini aku tidak dapat mengikuti sessi sebegini lagi sehingga hari terakhir sebelum persembahan (15/9/2012), sebab esok aku akan berangkat ke Melaka untuk berkursus selama seminggu...
_____
Ada apa: Btw, Adi dah buat entri lebih awal daripada aku, sila lawati entri blog Meletop Koktel ni.
3 komen:
Komposer dan penasihat muzik (Adi, Nasuki) sedang berdebat menukar keys/chords lagu Dari Jauh Ku Pohon Kelapa Sawit yang agak flat.
oh tidak, aku cuma bohemian saja...menjadi komposer dan penasihat muzik cuma mimpi yang tidak akan kesampaian huhu sedih. anyway harap ok la kod lagu tu ditukar dari Aminor ke Dminor...baru gempaq!
steady bro ijau ... steady ...
Steady..
Post a Comment