GAS 2017...


Dah masuk hari ke-31 tahun 2017, mula memikirkan halatuju perhobian tahun ini dan pembelian seterusnya untuk memuaskan GAS (tiru ayat tahun lepas).

1) Console gaming - Rise Of The Tomb Raider, sekuel kepada Tomb Raider (2013), tunggu harganya turun, biasanya game PS4 baru rilis harganya ada sedikit mahal berbanding tajuk yang sudah basi beberapa bulan (macam kes Fallout 4). Target lain, mungkin The Last Of Us (Remastered version).


2) Kegitaran - Sejak menjadi PS4 gamer tahun lepas, GAS kegitaran sedikit sebanyak reda. Kalau ada pun terGAS tahun ni mungkin cuma dua tiga item ni:

i) Hartke Bass Attack 2 - Generasi kedua, menggantikan Bass Attack VXL generasi pertama. Agak menyesal kerana menjual VXL aku pada penghujung 2015. Tapi tak mengapa (parap-parap), dijanjikan oleh CK Music untuk membawa masuk generasi kedua ni pada tahun 2017. Kalau harganya mahal, aku akan cuba cari generasi pertama.

Imej: Gear Otaku.
ii) Laney Ironheart IRT-Pulse - Agak kecewa kerana untuk pasaran Malaysia harganya mencecah RM1k, sungguh tidak berbaloi. Walhal kalau ikut harga pasaran negara jiran, ia sekitar RM600 sahaja. Tak apalah, mungkin aku akan cari kalau-kalau ada unit terpakai diiklankan di Jamtank.

Imej: Davis Guitar.
iii) Dan ini tambahan terbaru, jika tahun lepas terGAS dengan Squier Affinity Telecaster butterscotch blonde (nasib baik tak sangkut), tahun ni terGAS pula dengan Michael Kelly 1953, dengan kemasan blue jean wash yang nampak kehijauan. Bentuk tele memang berhantu...

Imej: Monster Music.
Bila dapat tahu yang jenama Michael Kelly ni diedarkan di Malaysia oleh Roland Asia Pacific dengan harga yang agak mampu milik, maka GASnya makin menjadi-jadi. Mula memikirkan klausa-klausa untuk menambah nombor enam.

_____
AADI: Eh? Dah nak masuk enam?

Mesin Masa Vox


Antara pedal yang pernah aku terGAS sejak ia diperkenalkan bersama-sama Satchurator sehinggalah discontinued beberapa tahun lepas - Satch dah tak geng dengan Vox?


Nak cari unit baru, agak mustahil, tapi berjaya juga memperolehi unit terpakai (used) daripada Studio Gitar Kopak melalui perantaraan Jamtank.


Sejenis digital delay yang canggih sedikit daripada Boss DD-3 kerana memiliki dua mode MODERN dan VINTAGE serta dua jenis bunyi HI-FI dan LO-FI. Tapi paling menarik ialah warnanya~


Fizikalnya ada calar-calar sikit, tapi masih berfungsi 100%. Tapi tak mengapa (parap-parap) ia akan dijadikan pedal delay belasahan bersama-sama Satchurator sebagai rig ringkas - distortion/delay.


Lain cerita, pemilik asal Satchurator pula katanya ingin membeli semula pedal tersebut daripada aku, haih~ macam-macam...

_____
AADI: Gong Xi Fa Chai!

Wordless Wednesday: About A (White Veiled) Girl




_____
AADI: MUP selalu medley-kan dengan lagu About A Girl.

Antara Fly 3 Bass Dan Reco


Perolehan terakhir untuk jualan akhir tahun (YES) 2016. Seperti tahun-tahun lepas, Pusat Muzik Reco boleh tolong simpankan (hold) barang kecil-kecilan YES untuk ditunda pembeliannya ke bulan Januari.


Kali ni Blackstar Fly 3 Bass menjadi mangsa pilihan. Amp kecil (jenis desktop) untuk bass yang hype dalam dunia bass tahun 2016. Jodoh aku dengan amp bass biasanya tak lama (contohnya SW35 dan PFB-10), sebab itu berjinak-jinak dengan amp kecil sebegini sahaja supaya tidak membebankan dari segi logistik.


Tidak seperti amp kecil lain, contohnya Micro Crush yang lebih untuk perhiasan dan koleksi, Fly 3 Bass ni agak praktikal. Walaupun kalah dari segi saiz dan kuasa (hanya 3 Watt), tapi fungsi dan bunyinya setaraf dengan amp praktis lain berkuasa 10 Watt.


Ada dua channel, clean dan OD (overdrive) yang boleh dilaras secukup rasa dengan tombol GAIN. Compressor (COMP.) fungsi bonus yang jarang ada pada amp praktis lain. Manakala tombol kecil SUB menghasilkan bunyi sub-sonic tambahan, boleh membuatkan anda tidak percaya bahawa amp sekecil ni boleh menghasilkan bunyi bass yang mendebarkan dada.


Memerlukan enam biji bateri bersaiz AA (disertakan) untuk fungsi mudah-alih seperti busking. Juga boleh menggunakan adapter 6.5 Volt yang dijual berasingan. Kan lebih bagus kalau ia dicipta serasi dengan voltan adapter pedal (9 Volt, centre negative) yang lebih mudah diperolehi.


Sekarang ni tak perlu amp bass besar kalau nak jamming. Selain menggunakan MS-60B terus ke PA system atau IRT-X, Fly 3 Bass ni pun boleh digunakan sedemikian dengan menggunakan output EM. OUT & HEADPHONE untuk bass rig yang paling ringkas.


Pembelian sampingan merupakan empat unit tali gitar high-E (0.09"), tiga merupakan jenama Alice dan satu D'Addario. Seperti biasa ia merupakan backup sekiranya tali high-E putus.

_____
AADI: Harapnya tiada GAS barangan bass tahun ni.

Ada Apa Dengan Boh Peppermint?


Teh premium daripada Boh, boleh masuk kategori teh herba kerana menggunakan pudina. Harganya pun agak premium berbanding teh uncang Boh biasa.


Rasa? Aroma pudinanya lebih kurang macam pil Chi Kit Teck Aun campur salap pala. Kalau tak biasa memang tak lepas tekaklah jawabnya, kah kah kah...

_____
AADI: Nak cuba siri Songket pula lepas ni.

Wordless Wednesday: Exchang




_____
Ada apa: Ex-Chang.

Tomb Raider: Definitive Edition (PS4)


Antara game yang aku teringin nak main sejak ia diumumkan hampir empat tahun lepas. Ya, aku mengikuti hampir kesemua game dalam siri Tomb Raider ni (PC version). Tapi, hasrat itu terbantut disebabkan PC aku dah kuno, tidak menepati spesifikasi minimum, sama seperti kes Fallout 4.

Tapi bila dah ada konsol PS4, dan kupon diskaun sempena hari jadi, dengan pantas ia diperolehi daripada Lazada dengan harga yang berbaloi-baloi.


Tomb Raider (2013) atau Tomb Raider Reboot pada mulanya merupakan game untuk platform PC, Xbox 360 dan PS3 (rujuk entri Rafi Xyrus). Diolah dan dirilis semula dengan nama Tomb Raider: Definitive Edition untuk memanfaatkan teknologi terkini yang ada pada PS4 (remastered) dan dengan tambahan kesemua DLC (downloadable contents) tersedia.


Sedih, langsung tiada apa-apa dokumentasi (manual, sticker, poster, dll) disertakan, umpama beli CD inlay sekeping. Ayat suruh akses manual secara online tu agak menghampakan.

Setakat ini baru main sekejap, memang suatu pengalaman yang menakjubkan terutama dari segi grafik dan penceritaan. Tapi ia dihentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada Fallout 4 yang masih belum habis dimain, kah kah kah... Sungguh dilema untuk mengkhianati Desdemona dan The Railroad.

_____
AADI: Totally different Lara Croft.

Sedekad AADI


Hari ni genap 10 tahun ber-Blogger (dulu dikenali sebagai Blogspot), tahun ni malas nak ulang cerita "bragging rights" yang membosankan. Kalau rajin bolehlah rujuk entri tahun-tahun lepas; 2009 - welcome to Blogger, 2010 - AADI, 2011 - milestones, 2012 - VT Rajendar, 2013 - Chuck Norris, 2014 - wordless, 2015 - tak ada entri, 2016 - kekangan.

Sekadar hiasan.
Tahun ni aku bercadang untuk mengurangkan kekerapan buat entri, mungkin dalam tiga entri seminggu, kalau rajin mungkin empat. Alasan standard, kekangan kehidupan seharian - kerja, keluarga, hobi lain, dll.

Tapi tak apa, selagi ada masa menghadap PC dan ada idea buat entri, nadi AADI akan terus berdenyut, insya-Allah.

_____
AADI: Blog-on!

Ada Apa Dengan Lee Pineapple? (Part 2)


Cerita sama seperti entri lama tahun 2010, masih tin keras, yang berbeza hanyalah grafik pada tin.


Rasanya tetap sama, amat manis, amat pekat, cukup masam, cukup khimoci oishi dan kaya serat-serat halus nanas. Sesuai dinikmati secara sejuk atau berais. Apa yang menarik, harganya cuma RM1.60 di pasar raya E. Petang ni nak beli lagi...

_____
AADI: Nanasmania kembali!

Wordless Wednesday: Episode VII Backpack



RIP Princess Leia.
_____
AADI: Pilihan yang pelik unik seorang budak TASKA, hehehe...

Pandu Uji Laney IRT-X


Sessi jamming terakhir 2016 akhirnya ditunda menjadi sessi jamming pertama 2017 petang Sabtu lepas, agak impromptu dan ringkas. Hampir dua bulan tak jamming, ternyata bila lama dah tak jamming bersama, ikatan kimia (chemistry?) sesuatu kugiran itu makin rapuh.

With the trusted Mirage.
Lupakan cerita ikatan kimia, aku mengambil peluang sessi jamming kali ni sebagai platform untuk memandu uji gajet terbaru, Laney Ironheart IRT-X. Digunakan sepenuhnya sebagai power amp untuk RP360, dan diletakkan dalam kedudukan monitor.

Serius, pada mulanya aku tidak menjangkakan bunyi yang kuat untuk speaker bersaiz 8 inci. Tapi jangkaanku meleset, dengan kuasa 200 watt, ia memang cukup kuat untuk sessi jamming. Dengan tombol VOLUME separuh ia boleh menyaingi bunyi ketukan drum (yang diketuk optimum, bukan maksimum).


Dari segi kualiti bunyi pula ia agak "bassy", juga diluar jangkaan untuk speaker bersaiz 8 inci. Masalah ini boleh diselesaikan dengan melaras tombol-tombol TREBLE/BASS pada panel belakang - mengikut selera, situasi dan lokasi.

Paling menang bila guna modeling gitar akustik yang ada dalam RP360 (diedit dan dinamakan Ovation, duh~), lontaran bunyi akustiknya memang jelas dan agak hi-fi. Untuk sessi akan datang mungkin aku akan cuba dengan Pod HD300 pula.

Untuk kelebihan dan kelemahan lain, aku bersetuju dengan ulasan Ed Lim dalam blognya Six String Samurai.

_____
AADI: Untuk 2017, MUP tidak disertai oleh Adi Herman yang sedang berkabung.

Antara Epiphone Dan Gibson (Part 2)


Entri pertama untuk 2017, baru ada masa untuk berblog, sibuk menguruskan hal persekolahan anak (padahal baru TASKA je).


Ini antara terapi minda semasa cuti tahun baru beberapa hari lepas, memasang tali gitar baru pada Goldie aku. Kali ni ia dibelanja dengan tali Gibson Brite Wires bersaiz 10-46. Beberapa tahun lepas pernah kecewa dengan Brite Wires, tapi mencuba nasib bersempena batch baru dengan pek plastik berbanding kotak pada batch lama. Ternyata kali ni tidak mengecewakan, tiada karat dikesan.

Percubaan untuk kembali semula menggunakan saiz 10-46 pada gitar berskala 24.75" bertujuan untuk mengurangkan fretbuzz pada action yang rendah. Ditala dengan talaan Eb atau standard jika perlu. Semangat untuk jamming pertama 2017 esok.

_____
AADI: Pasang tali Gibson, tapi gitarnya tetap Epiphone, kah kah kah...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (56) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (165) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (71) anniversary (161) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (15) bag/case (87) barbarik (1) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (8) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (351) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (37) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (75) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (71) botb (21) bourns (4) boxing (39) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (26) ck music (63) cleartone (3) cog (11) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (69) conception (2) console games (35) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (16) d'addario (60) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (4) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (66) dio (4) disturbed (3) dk2 (6) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (24) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (6) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (290) energy drinks (52) engrish (8) entwistle (10) environment (39) epiphone (177) erectus (18) ernie ball (43) es-335 (2) esp/ltd (235) estock (72) evanescence (1) everlast (4) evh (2) exists (8) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (92) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (42) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (30) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (1) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (50) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (26) gig (122) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (1) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (89) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (6) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (30) ibanez (229) icb200ex (15) iced earth (10) icon (46) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (53) insulter (5) inverno (29) iron maiden (171) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (313) j5 (15) jackson (75) jamming (159) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (82) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (6) kakis store (4) kamelot (27) karisma (4) kaset (37) kawan (380) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (108) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (8) kucing (6) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (9) lawas (5) lazada (34) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (82) lil (46) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (29) majestica (5) makan/minum (613) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (17) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (66) melaka (13) membakut (48) memori (448) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (103) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (28) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (31) new gear (249) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (120) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (20) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (360) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (62) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (19) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (98) pickups (211) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (7) planet waves (19) playstation (32) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (22) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (27) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (25) restring therapy (108) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (2) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (8) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (53) shopee (43) sibu (7) sick puppies (5) signboard (21) silica gel (7) silvia (23) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (10) slipknot (2) smr (7) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (32) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (6) strap (35) street jam (2) strings (181) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (103) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (66) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (18) tech21 (11) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (36) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (41) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (134) tribute (61) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (7) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (474) wrestling (12) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (7) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger