Sebelum kehangatan konsert Megadeth hilang, ada baiknya dibuatkan entri blog. Aku buat entri cerita semasa kejadian sahaja, cerita pasal travelog pra/pasca konsert mungkin aku akan buat dalam entri berasingan. Aku tak banyak gambar menarik, hanya berbekalkan
Sony Ericsson W810i yang kuno (untuk travelog) dan Asus Zenfon Go 45 yang tak berapa nak cantik pixel-nya.
 |
The best bootleg design so far (so good, so what?). |
Bertolak dari tempat penginapan (
SS City Hotel) sekitar pukul 6.00 petang, memilih untuk menapak berbanding menaiki monorail dari stesen Imbi. Dah lama tak menapak dari Imbi ke Hang Tuah, aku tak kisah menapak jauh, yang penting
kasut mesti sesuai dan selesa.
Lalu depan "tinggalan" Penjara Pudu ni sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia, mat salleh kata "walking down memory lane".
Begitu juga dengan panorama stesen monorail/STAR Hang Tuah. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat... Tak payah ceritalah, yang pasti aku tak pernah jatuh di stesen Hang Tuah ni.
Tiba di Stadium Negara 10 minit kemudian, sama seperti waktu konsert Metallica empat tahun lepas, gerai-gerai menjual barangan bootleg (t-shirt, tag, keychain, dll.) dan makanan memeriahkan suasana. Banyak juga t-shirt yang menarik, tapi yang tak menarik dari segi saiz, terlalu diskriminasi, susah nak cari saiz XXL dan ke atas.
Begitu juga dengan pengunjung berseragam hitam yang rata-ratanya berhuruf MEGADETH. Aku tak ada t-shirt Megadeth, aku pakai t-shirt
ESP Seven pun jadilah, walaupun Mustaine dan Loureiro dah tak guna gitar ESP, yang penting ada juga gambar tengkorak, kah kah kah~ Outfit yang sama semasa
konsert Metallica, yang beza cuma topi.
 |
Kepala siapa tu? |
Hampir setengah jam kemudian baru terjumpa
Mus Speedrider di kaki bukit (aka meeting point). Kenalan bloggers sejak 2009 tapi baru sekarang dapat jumpa. Cerita
mini-gathering ni mungkin Mus akan cerita banyak sebab dia paling banyak tangkap gambar selfie dengan rakan-rakan.
[Edited] Cerita versi Speedrider boleh baca
di sini.
Sempat menjenguk booth barangan rasmi (official merchandise) tapi dari tepi sajalah sebab ramai yang dah beratur semata-mata nak membeli (atau sekadar menjenguk) barangan rasmi. Lain cerita, seven-TEEN or seven-TY? Kalau faham...
Tahap keselamatan memang lebih memuaskan berbanding semasa
konsert Metallica 2013. Aku rasa urusan keselamatan luar dan dalam stadium ni diketuai oleh pihak polis, manakala Rela hanya mengawal lalu lintas dan kawasan perkarangan stadium.
Berteromber (dan seorang lagi kenalan, maaf aku lupa nama) tiba di meeting point sekitar 7.30 petang, kali terakhir jumpa Bert semasa konsert
Iron Maiden Singapore 2011. Fuh! Dah enam tahun ye? Untuk menghormati karekter Bert yang agak shadowy dan low-profile dalam blog, aku letak gambar selfie yang agak blur sikit.
Kami masuk stadium sekitar pukul 8.00 malam. Stadium Negara ni lebih sesuai untuk konsert Megadeth, tidak seperti Stadium Merdeka yang agak kapitalis. Walaupun berada di kedudukan tiket murahan (UR5), tapi jarak antara tempat duduk dengan pentas utama lebih dekat berbanding semasa Metallica 100 meter di belakang.
Opening band
Massacre Conspiracy memang sebuah band yang bagus, showmanship yang mantap. Tapi pada pendapat aku mungkin disebabkan genre muzik mereka agak berbeza, tahap penerimaan penonton yang rata-ratanya veteran dan gen-X agak kurang. Mungkin kalau opening band tu bergenre heavy atau thrash metal juga, mungkin keadaan sebaliknya.
Persembahan Megadeth bermula sekitar pukul 9.00 malam, montaj Megadeth pada skrin pentas yang interaktif dengan iringan lagu
Prince Of Darkness. Ok, sekurang-kurangnya ada lagu daripada album
Risk, walaupun cuma jadi lagu intro, hahaha...
Habis saja montaj, terus dihentam dengan lagu
Hangar 18! Mustaine & Co atas pentas beb! Aku pada mulanya berdiri tapi tak lama kemudian duduk balik, "atmosfera" tempat aku duduk kurang mengizinkan untuk aku berdiri (orang lain duduk je~).
Ini sajalah gambar "terbaik" kelibat Dave Mustaine yang kamera aku mampu tangkap. Biasanya kalau tengok konsert, aku cuba untuk fokus kepada persembahan dan adalah sekali dua ambil gambar, yang aku tau tak akan cantik sebab faktor jarak dan kualiti kamera. Nak gambar yang best, mungkin dalam entri rakan-rakan lain. Tunggu entri
Dr Bentara, sebab dia kat dethpitt. Video pula belambak di Youtube.
Setlist penuh boleh rujuk
di sini, tak perlu aku nak taip atau ulas. Apa yang aku perasan, sing-along agak kurang untuk lagu-lagu daripada album
Dystopia berbanding lagu-lagu klasik, walaupun hampir 40% daripada setlist merupakan lagu-lagu daripada album
Dystopia, biasalah kan, alasan album baru.
Man of the match pastinya Kiko Loureiro, nampak sangat dia enjoy atas pentas. Untuk lagu-lagu daripada album
Dystopia, solo-solo Kiko memang terperinci hampir sama macam dalam album, tersengih-sengih aku dibuatnya. Tak sia-sia aku mengikuti perkembangan Kiko semenjak dia masuk
kem Ibanez.
Konsert berakhir sekitar 10.40 malam selepas encore dua buah lagu
Peace Sells (ada Vic naik pentas ala-ala Eddie) dan
Holy Wars. Pada yang biasa tengok DVD konsert Megadeth, selepas Mustaine cakap "you've been great, we've been Megadeth" maka tamatlah konsert, tak akan ada lagi apa-apa encore, walaupun ada yang berteriak "we want more!".
Pemerhatian dan pendapat peribadi:
- Megadeth menggunakan teknologi terkini untuk persembahan mereka. Tiga skrin interaktif di atas pentas akan memaparkan imej atau montaj yang unik berkaitan dengan lagu-lagu yang dimainkan.
- Beberapa lagu klasik down-tuned, mungkin half-step.
- Vokal Mustaine macam ada masalah, mungkin kurang sihat?
- Ketika lagu Tornado Of Souls, tiba-tiba ada circle pit di tengah-tengah rock zone.
- In-house big screens, Kiko solo dia zoom Dave, Dave solo dia zoom Junior, duh~
- Dirk Verbauren memang seorang yang low-profile.
- A Tout Le Monde merupakan lagu sing-along paling menarik malam itu.
- Kualiti bunyi mungkin berbeza bergantung kepada kedudukan.
- Tempat aku duduk memang sejuk, terpaksa banyakkan bergerak (headbang, hentak kaki, angkat tangan, air-drums) kalau tak memang beku.
- Paling "sweet", sebelah aku seorang ayah membawa anaknya (yang aku rasa umur 10-12 tahun) tengok konsert metal, start'em young.
- Pra konsert, kalau perasan, pembahagian tugas media sosial - Mustaine/Tweeter, Ellefson/Facebook, Loureiro/Instagram.
- Tahap respek aku terhadap Megadeth dan karekter Dave Mustaine makin bertambah.

Ya, Ribena Mobile yang berjaya diseludup masuk, melepasi 2-3 kali pemeriksaan keselamatan. Entahlah sejak bila ia menjadi tradisi minuman semasa tengok konsert.
Iron Maiden tak singgah Singapore semasa TBOS world tour tahun lepas, Metallica pula tak singgah KL awal tahun ni. Tapi tak mengapa (parap-parap) Megadeth telah mengubati kekecewaan peminat metal di Malaysia, terima kasih Mustaine & Co. dan terima kasih juga kepada penganjur IME Entertainment.
Bert terpaksa bergegas balik Johor selepas konsert, kalau tak memang bercadang nak lepak pasca konsert sampai pagi. Pertemuan kami hanyalah sehingga stesen Hang Tuah sahaja, lepas itu masing-masing membawa haluan sendiri...
[Edited] Cerita versi Berteromber pun sudah ada
di sini.
Aku? Sebelum balik hotel aku singgah di restoran Safreen belakang Berjaya Times Square pekena nan keju dan ayam tandoori sambil layan wrestling, fuh~ Kali terakhir aku makan (berat) waktu tiba di KLIA2 sebelah tengahari, sebelah petang pula sebelum konsert hanya harapkan roti dan minuman tenaga.
Baiklah, aku taip setakat ini sahaja pagi ni, nanti kalau ada idea atau apa-apa penambahan aku akan edit lagi.
[Edited] Cerita versi lain - versi
D'Arsil Uvianhell696, versi
ammirhafzan.
_____
AADI: You've been great, we've been Megadeth-ed!