Kali terakhir
Mirage dipasang tali baru ialah bulan
Ogos tahun lepas menggunakan D'Addario
EXL140 bersaiz 10-52. Walaupun masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda karat setelah hampir setengah tahun, namun ia terpaksa *dikorbankan untuk memberi laluan set tali baru untuk talaan standard (EADGBE).
|
Seperti biasa, dipasang songsang. |
Sebelum ini kesemua gitar aku yang memiliki floating bridge ala Floyd Rose (
Mirage,
Neon,
Calypso) adalah dalam talaan Eb-standard. Sekarang perlu ada sebuah gitar berFR dalam talaan standard untuk projek muzik komuniti (seperti
rock mob). Kerana karekteristiknya,
Mirage merupakan calon yang sesuai.
Dipasangkan dengan set D'Addario
EXL120BT (balanced tension) bersaiz 9-40 yang sudahpun terperap
hampir dua tahun dalam simpanan. D'Addario tidak pernah menghampakan setakat ini, tiada karat dikesan walaupun sudah disimpan lama. Cuma agak janggal kerana jari-jari sudah biasa dengan saiz 10-46/52.
_____
AADI: *Tidak dibuang, mungkin boleh dikitar-pasang semula.
0 comments
Post a Comment