Nampaknya aku kena siasat punca dan mungkin akan merombak semula kaedah penyimpanan stok tali gitar. Masih ada empat unit PRDM dalam simpanan daripada lima (seunit dibeli Azrol), kesemuanya dirawat secepat mungkin sebelum karatnya menular.
Untuk wound strings hanya berkarat sedikit pada area yang tidak berlilit (seperti gambar pertama di atas), hanya perlu potong bahagian tersebut supaya tidak bersentuhan dan "menjangkiti" area lain.
Lem-Oil bath. |
Dua set dipasang pada Neon (01/01/2018) dan Goldie (07/01/2018), selebihnya dibiarkan terendam dalam cecair Lem-Oil sehingga diperlukan.
Dalam kesempatan yang ada, fretboard Neon dirawat dengan Ultimate Lemon Oil untuk menyerlahkan kembali keghairahan warna gelap berkilat kayu rosewood. ULO ni lebih pekat dan lambat kering berbanding Lem-Oil.
Perlu berbangga dengan gitar-gitar fretboard daripada kayu rosewood, kerana pindaan dalam senarai CITES, kebanyakan gitar-gitar baru tidak lagi menggunakan kayu rosewood.
Span sebagai peredam bunyi feedback spring. |
Pada Goldie tiada masalah, hanya perlu pasang, regang-regangkan sikit, tala dan terus boleh digunakan. Ditala pada talaan drop-C# atau Eb-standard jika perlu.
Walaupun saiz 10-52 merupakan saiz kegemaran setakat ini, tapi ia bukanlah sesuai untuk kesemua gitar yang aku ada. Untuk rujukan peribadi, gitar-gitar bertremolo jenis Floyd Rose dan berskala 25.5" seperti Neon, Mirage dan Calypso lebih optimum menggunakan saiz 10-46 pada talaan Eb-standard. Saiz 10-52 mungkin sesuai untuk talaan D-standard pada gitar-gitar tersebut. Tapi demi menghabiskan stok PRDM yang ada, terpaksalah bertabah.
_____
AADI: PRDM bukan PDRM.
2 komen:
tali gitar abg mus pun boleh berkarat ya.mungkin faktor cuaca kat malaysia ni kot
bukan faktor cuaca, sebab tempat penyimpanan aku dalam suhu dan kelembapan yang terkawal
sedang merombak kaedah penyimpanan
Post a Comment