Baru sahaja beberapa hari lepas merancang menggunakannya bersama-sama bass untuk sessi rehearsal
Rock & Mob akan datang. Hari berikutnya dikeluarkan untuk praktis, ia menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Kali terakhir aku menggunakannya ialah bulan
Ogos lepas, selepas itu ia disimpan dalam gigbag FG5.
|
Bunyi cemerlang dengan EMG. |
Line 6
Pod HD300 ini sudah berusia lima tahun dalam axology aku, diperolehi semasa YES 2012 CK Music, ketika zaman masih berurusan dengan Bro Amizan. Namun daripada rekod yang ada pada casisnya, ia merupakan keluaran Mei 2010.
Masalahnya pada input, hanya sedikit input dapat dikesan oleh sistem. Dicuba beberapa kali dengan kabel berlainan, gitar berelektronik pasif dan aktif, kesemuanya memberikan respon yang sama, sehinggakan mode tuner pun susah untuk mendapatkan signal daripada gitar. Aku juga sudah cuba factory reset, namun masalahnya masih juga sama.
Cuba untuk menjenguk *isi perutnya, kalau-kalau ada kapasitor yang pecah, biasa terjadi pada kapasitor jenis elektrolitik yang berusia lebih lima tahun (pengalaman servis PC dulu-dulu). Dalamannya memiliki beberapa modul, modul utama adalah untuk input output (I/O), modul kedua untuk tombol dan LCD, modul kecil-kecilan untuk suis kaki, tap tempo dan expression pedal.
Tiada sebarang kerosakan fizikal mahupun karat dikesan pada komponen elektroniknya. Aku cukup cermat menjaganya, semasa disimpan dalam gigbag FG5, sebungkus silica gel dibekalkan untuk mengawal kelembapan. Mungkin jangka hayatnya sudah tiba di penghujung, dapat bertahan 7-8 tahun sudah kira mantap untuk sesebuah alatan elektronik moden.
Cuma agak terkilan kerana tidak sempat menggunakannya semaksimum yang boleh. Disebabkan faktor saiz dan beratnya, sedikit sebanyak menyebabkan ia jarang dibawa untuk jamming atau gig. Untuk gig rasanya hanya pernah dibawa semasa
Jepak Mini Gig bulan Mei 2016, selebihnya semasa sessi jamming era
36 Studio.
|
Jepak May-hem. |
Belum ada niat (atau GAS) untuk menggantikannya. Untuk khemah multi-fx, aku akan gunakan apa yang masih ada dalam axology - Digitech
RP360 dan Zoom
MS-50G. Selebihnya, guna stompbox sahaja.
Atau kalau aku rajin, mungkin akan mencuba nasib membawanya ke premis membaiki peralatan elektronik. Teknologinya tak jauh beza dengan teknologi TV LED atau pemain DVD. Harapnya cuma rosak area input dan bukannya cip utama tadi, kerana fungsi dan komponen lainnya masih utuh.
Tapi buat masa ini, selamat tinggal Pod HD300.
_____
AADI: *Untuk santapan
Yustech GT.
2 komen:
Gambar sangat menggiurkan.Terima kasih. Harapan hendak lihat isi perut Boss pedal. :)
nanti kalau2 ada orang hantar pod HD300/400/500/500x untuk servis kat yustech, tolong buatkan entri ye?
Post a Comment