Memperolehi sebuah pikap Seymour Duncan terpakai (used) untuk projek memuaskan nafsu kegitaran akan datang.
Walaupun kotaknya berlabel '59 Model Trembucker (TB-1), tapi sebenarnya isi di dalam adalah JB Model Trembucker (TB-4).
"For nearly four decades, the legendary JB Model (SH-4, TB-4) has been the ultimate hot-rodded humbucker. A truly modern classic." - Hype website Seymour Duncan.
Diperolehi daripada kenalan pedagang pikap dari Kuantan (orang yang sama dalam entri ini, ini dan ini) hasil pertukaran dengan pikap DiMarzio X2N yang telah dikeluarkan daripada Mr. Smith.
Agak sedikit sukar untuk aku mendapatkan Seymour Duncan baharu pada harga "tersenyum" melalui lubang-lubang tertentu, tidak seperti DiMarzio yang agak mudah diperolehi dengan diskaun sehingga 30% (pada masa-masa tertentu).
Oleh sebab itu, mendapatkan Seymour Duncan terpakai merupakan alternatif. Pernah tiga kali mendapatkan model ini versi bulk SH-4/TB-4 dan set Hot Rodded terpakai, tapi satupun tak sempat dipasang pada gitar sendiri kerana didagangkan semula untuk dana-dana terapung.
_____
AADI: Ya, akan ke gitar itu juga.
1 comment
Seymour Duncan memang terbaik sejak dulu
Post a Comment