Baru ada kesempatan melawat pusaranya beberapa hari lepas. Hampir lima bulan tidak berpeluang sedemikian dek kekangan PKPx. Hari ini genap setahun anak syurga aku lahir dan meninggalkan kami pada masa yang sama.
Assalamualaikum nak... |
Tiap kali aku cuba menaip perenggan cerita untuk blog pasti meleleh air mata, rasa tak sanggup nak habiskan perenggan. Biarlah video YouTube di bawah ini menerangkan komplikasi yang dialami iaitu oligohydramnios dan Potter Sequence.
Dan disebabkan komplikasi tadi organ pernafasan dan perkumuhannya tidak terbentuk dengan sempurna. Secara biologi jantinanya juga tidak dapat dikenalpasti, sebab itu tiada Mohammad/Nur atau Bin/Binti pada batu nisan. Nama yang dipilih pun agak "gender-neural", tapi bagi aku, dia adalah Nur...
_____
AADI: Semoga kita akan bertemu lagi di sana.
4 komen:
Semoga diberikan shafaat untuk kedua ibu dan ayahnya...
Besar dugaan mu sahabat.
Jumpa nanti kekal di sana.
Berat mata memandang...
terima kasih rakan-rakan
episod ini akan sentiasa sinonim dengan 2020 selain PKP 1.0
Post a Comment