Lagi pembelian suka-suki daripada Lazada, sistem tanpa wayar gitar murahan berjenama A8 berharga tidak sampai RM30 termasuk pengeposan dari tanah besar China.
Bungkusan berisi pemancar (transmiter), penerima (receiver), kabel USB untuk mengecas dan sekeping manual dengan pembungkusan paling cikai.
Sistem A8 ini menggunakan frekuensi UHF tapi tidak dinyatakan berapakah frekuensi khusus set ini, berbanding sistem Takstar WGV-601 pada frekuensi FM 264.80 MHz. Sistem Muslady pula menggunakan teknologi digital pada frekuensi 2.4 GHz.
Selepas sedikit perbandingan dengan sistem Muslady dan kabel Vox VGS-30, mengikut pendengaran aku yang amatur ini didapati sistem ini akan kehilangan sedikit isyarat high-end (treble) dan bunyi menjadi sedikit kelam (dark) seolah-olah menggunakan kabel yang panjang.
Tapi untuk sistem yang berharga bawah RM30, taklah berkira sangat kan? Ia lebih murah daripada seutas kabel gitar/instrument berjenama.
Dengan "kelemahan" tadi, sistem ini amat sesuai digunakan untuk bass kerana tak berkira sangat jika isyarat treble berkurangan. Atau untuk gitar yang berkarekteristik nyaring (bright), karekter nyaring tadi akan diseimbangi oleh sistem ini.
Ketahanan bateri sistem ini belum dicuba seoptimumnya, jika ia boleh menandingi ketahanan sistem Muslady sekitar dua jam tanpa henti, sudah kira bagus. Akan dicuba jarak maksimum dan ketahanan bateri semasa sessi jamming minggu depan.
_____
AADI: Kabel fizikal jangan dilupa.
3 komen:
Mudah betul zaman sekarang yer...semua benda boleh dibeli secara online...kadang2 benda yang tak perlu pun terbeli jugak..
menarik
selepas sessi jamming dalaman pagi tadi, bateri benda ni boleh bertahan lebih daripada 2 jam mengalahkan set Muslady
tapi kelemahannya, mesti tiada halangan straight line antara transmitter dan receiver, kalau ada halangan (meja, amp besar, drumset) kelancaran signal akan terganggu
lepas ni bolehlah untuk mainan di rumah sahaja
Post a Comment