Pertengahan bulan Mac biasanya akan ada entri bragging rights milestone berhobi kegitaran aku. Paling banyak diceritakan dalam entri tahun 2019 bersempena #10yearschallenge (entri tahun terdahulu; 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2020 dan 2021).
Untuk tahun ke-13 ini ada tiga perancangan. Pertama, ingin kembali aktif bermuzika memandangkan isu semasa pun semakin pulih dan keadaan bertambah baik. Sudah ada lubang-lubang muzika terbuka, contohnya Gig Santai hujung minggu ini cuma MUP tak dapat turut serta kerana tak cukup korum.
Kedua, juga sudah mula berjinak-jinak menyertai kolaborasi YouTube Dead Eye Guitars (Calvin YiChen), yang mungkin akan menjadi acara tahunan bersempena perayaan dan sambutan tertentu.
Ketiga, yang tertangguh sejak awal 2020 iaitu menyiapkan 1-2 lagu yang setakat ini hanyalah cebisan-cebisan riff dan belum menjadi lagu yang sempurna. Lirik tu belakang kira...
_____
AADI: Entri GAS tahunan pun belum terbuat tahun ni.
0 comments
Post a Comment