Mulanya set Lace Alumitone/Deathbucker ini ingin dipasang semula pada Shiro selepas set EMG ALX/H1N dikeluarkan. Tapi penampilan dan karekter bunyi set ini lebih unik untuk sebuah *Les Paul, maka ia dipasang semula pada abang long Goldie yang pernah menjadi perumahnya awal 2021.
Bersempena ulang tahunnya yang ke-10 tahun lepas, gitar ini kononnya direhatkan daripada tugas-tugas jamming untuk memberi laluan kepada gitar-gitar baharu beraksi contohnya Woody dan Tigera. Sebab itu ia dipasangkan dengan pikap murahan Epiphone Alnico Classic dan disimpan dalam hardcase.
Tapi aura/mojo gitar ini terlalu unik membuatkan ia akan sentiasa kembali dicapai. Dan selayaknya dipasangkan dengan set pikap yang setaraf mojonya.
Masih mengekalkan litar yang sama (50's wiring) tanpa modifikasi, keseluruhan projek hanya mengambil masa sekitar 15-20 minit. Harapnya selepas ini aku tidak lagi gatal tangan menukar set pikap pada gitar ini. Ikut rekod, ini merupakan kali ke-13 gitar ini bertukar-tukar pikap sejak sedekad dalam axology aku.
Ini sebenarnya antara projek semasa kuarantin minggu lepas, hari ke 3-4 bila badan sudah tidak sakit-sakit mulalah mencari projek untuk menghilangkan kebosanan berkurung di bilik, selain bermain StarCraft II.
_____
AADI: *Dapat mengurangkan berat sekitar keseluruhan 100 gram.
0 comments
Post a Comment