Entri pertama untuk 2024. Perolehan terakhir sebelum Year End Sale 2023 CK Music tamat, dipesan pada 29/12/2023, diterima pada 2/1/2024.
Mengambil peluang diskaun 50% untuk produk tali GHS dengan mendapatkan set tali Bass Boomers SL3045 (40-95). Dengan diskaun tadi set ini dikira amat murah, semurah sepeket tali gitar Elixir Polyweb.
Disimpan sebagai stok untuk bass hijau *Tommy aku (Ibanez SR300). Saiz 40-95 dipilih supaya sama seperti set D'Addario EXL220BT yang dipasang dua tahun lepas.
Banyak pula stok GHS aku kali ini. Bulan lepas dah tapau tujuh peket pelbagai perisa, penangan diskaun 50% YES CK Music. Tatkala harga jenama kegemaran lain melonjak naik, inilah cara untuk kekal siuman.
_____
AADI: *Bakal 10 tahun dalam axology bulan Mac kelak.
1 comment
Lama juga nak sampai. Setahun.
Hahahahhahaha
Post a Comment