Seperti biasa, hujung tahun akan ada entri sinopsis tahunan AADI.
1) Tinju - Masih menjadi passion untuk 2024 walaupun tidak seaktif tahun lepas. Tahun ini ada sedikit kekangan antaranya masa sessi yang bermula seawal 7.30 malam, berpindah rumah yang semakin jauh dari gym, dan masalah dalaman lain. Namun aku menetapkan sekurang-kurangnya mesti menyertai sessi seminggu sekali untuk kekal berstamina, kalau dapat dua sessi lagi bagus.
2) Gaming - Kembali berkonsol dengan perolehan PlayStation 4 Pro terpakai awal Januari. Memainkan semula Days Gone, Doom 2016 dan perolehan dua tajuk iaitu Rise Of The Tomb Raider dan Red Dead Redemption II. Untuk 2024 ini, paling banyak menghabiskan masa bermain RDR2 yang meninggalkan pelbagai memori untuk dunia konsol aku.
Juga ada tiga PC games yang dimuat turun daripada Steam tahun ini - The Bard's Tale, Far Cry 2 dan FEAR 2: Project Origin yang hanya "sempat" dimainkan 15-30 minit.
3) Kegitaran - Berjaya melepaskan sebuah gitar sahaja - Dinky, tetapi masuk pula dua buah iaitu Lagoon dan Horizon, pi-mai pi-mai tang tu axology aku kembali 10 unit.
Gajet masuk - Ditto Stereo Looper, Vortex Flanger, CR3-X, CT-1 tuner, Power Block, Helix Phaser. Gajet keluar - Polytune 3, LT-Metal, DD-7, ML-2, Sentry Noise Gate dan Series One 10 AE.
Masih ada perolehan pikap tahun ini - 490T chrome, 490T gold, dan pertukaran pikap untuk gitar-gitar sendiri sebagai terapi.
Juga ada menservis empat buah gitar rakan - Gibson Explorer, Jackson JS32 King V, Ibanez Gio GRG250P dan Schecter Hellraiser C-1 FR S.
4) Kugiran - Mulanya seperti tidak aktif lagi berkugiran, hanya ada dua kali sessi jamming bulan Januari dan Oktober. Tapi penghujung tahun pula menyertai Erectus sebagai bassist jemputan (sessionist) untuk gig Sarawak Metal Regime 2024 di Sibu beberapa hari lepas. Ini merupakan gig pertama aku di luar Bintulu.
5) Kaki wayang - Masih ada menonton beberapa filem, tapi tidaklah serancak tahun lepas; Furiosa, Bad Boys 4, Deadpool And Wolverine, Red One dan Gladiator II. Tahun ini lebih berhati-hati memilih filem apa yang ingin ditonton, kebanyakkan filem-filem kebelakangan ini sama ada dicemari oleh agenda LGBTQ+ dan wokeness atau langsung tak menarik.
Bersama geng Kaki Wayang Bintulu + Tebabo! |
6) CD - Hanya dua CD audio diperolehi tahun ini - Exists Reunion dan But Here We Are. Tak sempat untuk mendapatkan album Peluru Cokelat, mungkin akan cuba tahun depan.
7) Kesihatan - Aku terlupa nak buat entri perbatuan yang aku sudah 20 tahun bebas rokok. Sepatutnya bulan Ogos lepas, ceritanya boleh rujuk entri 10 tahun lepas.
Imej John Couch. |
Dijangkiti C19 untuk kali ketiga pada bulan Jun, beberapa minggu sebelum cuti kuarantin C19 dimansuhkan KKM. Tapi kali ketiga ini hanya macam demam selesema biasa.
Bab lutut osteoarthritis pula, dengan ikhtiar pengambilan suplemen dan merancang aktiviti yang melibatkan kaki sedikit sebanyak melegakan simptomnya. Dengan aktif bersukan tinju seperti poin nombor satu di atas tadi, hidup aku terasa lebih sihat dan berstamina.
8) Peribadi dan keluarga - Amat jarang bercerita pasal hal peribadi dan keluarga dalam AADI. Mungkin boleh cerita ronda-ronda Petaling Jaya bulan Mei lepas setelah tujuh tahun tidak menyeberang Laut China Selatan.
Juga tercapai hajat melancong di negeri sendiri membawa isteri dan anak-anak ke Kundasang pada penghujung November. Bab yang sedih pula, ibu pergi untuk selamanya pada bulan Februari, tepat 364 hari selepas pemergian ayah tahun lepas.
9) Honorary mention - Diketengahkan dalam entri personality highlight blog Bro Sub The Guitar Addict bulan lepas. Terima kasih.
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2025 kelak menjadi semakin ohsem. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...
_____
AADI: Tahun 2024 juga berlalu begitu pantas.
1 comment
Selamat tahun baru
Post a Comment