Baru-baru ini Sony menyambut ulang tahun PlayStation yang ke-30. Dalam lima generasi PlayStation, aku hanya sempat memiliki dua generasi iaitu PSOne dan PS4. Maklumlah dahulu aku lebih kepada PC gamer berbanding konsol.
PSOne sempat diperolehi sekitar 2003 ketika di Penang, itupun untuk dihadiahkan kepada anak buahku si Aizuddin Madani bila aku balik kampung. Sebelum berpindah milik, sempatlah memainkan 2-3 tajuk game dengan serius berjam-jam. Untuk PSOne ini game yang paling melekat ialah Digimon World 3, savegame-nya pun masih lagi ada dalam memory card.
Zaman PS2 pula hanya sempat bermain di rumah kawan-kawan, itupun ala kadar memainkan game seperti FIFA dan The King Of Fighters. Tidak tergerak hati untuk memiliki PS2 atau PS3 kemudiannya kerana ketika ini aku masih lagi PC gamer tegar.
Sehinggalah ketika Fallout 4 dirilis pada 2015, PC aku ketika itu memang di bawah spesifikasi minimum untuk menampung Fallout 4. Kos menaiktaraf PC aku supaya serasi dengan spesifikasi minumum jauh lebih mahal berbanding harga sebuah konsol PS4 baharu.
Akhirnya pada penghujung 2016, aku menarik picu untuk mendapatkan sebuah PS4 Slim 500GB semata-mata untuk memainkan Fallout 4. Transisi daripada PC gamer kepada console gamer memang kekok pada mulanya.
Selepas habis memainkan Fallout 4 tiga pusingan pada awal 2017, tiada lagi kehangatan untuk berkonsol aka gaming fatigue. Maka PS4 Slim tadi terperap tidak dimainkan lagi sehinggalah musim PKP 2020.
Ketika musim PKP, kembali aktif berkonsol terutama nocturnal gaming. Empat game yang pasti mengingatkan aku pada musim PKP ialah The Last Of Us, Remastered, Doom (2016), Tomb Raider: Definitive Edition dan Days Gone.
Sehingga habis fasa keempat PKP, sekali lagi mengalami gaming fatigue. Dan atas faktor baby blues bakal menimang cahaya mata keempat ketika itu (tapi tiada rezeki), aku mengambil keputusan untuk melepaskan PS4 Slim ditukar (trade) untuk mendapatkan kembali bass Francesco (PFG5 Warlock) aku.
Fast forward awal tahun ini keinginan untuk berkonsol kembali, lebih-lebih lagi teringin untuk memainkan semula Days Gone. Maka tertarik lagi picu mendapatkan sebuah PS4 Pro 1TB terpakai.
Tahun ini game yang menusuk kalbu dan meninggalkan banyak memori pastinya game Red Dead Redemption II. Memang game tahap karya agung, masih relevan dimainkan selepas enam tahun rilisannya.
PS5? Belum lagi sampai tahap teringin untuk ber-PS5. Banyak lagi tajuk-tajuk game menarik PS4 dalam senarai intai yang belum ada peluang untuk dimainkan - The Outer Worlds, Elden Ring, Doom Eternal dan Shadow Of The Tomb Raider. Game yang aku dapat sekali dengan PS4 Pro - Sekiro, GTA-V, Jump Force - pun tak terkacau lagi.
_____
AADI: Tunggu mood untuk gaming kembali.
0 comments
Post a Comment