_____
AADI: Tak tengok pun, member bagi poster sebab dia ada lima keping.
Somewhere In 40 Times
oleh Ijau D. Koceng 29 September 2026 pada 6:00 AM 1 commentAlbum studio Iron Maiden kegemaranku kini berusia 40 tahun, telahpun diceritakan seperincinya dalam entri ulang tahun ke-35. Jadi, kali ini aku cuba buat points sahaja:
- Mula dilayan (versi MP3) sekitar 2000-2002 bersama-sama album No Prayer For The Dying.
- CDnya diperolehi 12/03/2008 di Victoria Music Centre, Amcorp Mall, merupakan versi enhanced CD rilisan 1998.
- Album yang berkonsepkan "masa", sebab itu muzik dan liriknya masih lagi relevan sehingga kini.
- Top-5 antara album yang selalu dipasang semasa pemanduan.
- Anak-anak akan cepat tidur jika aku pasang album ini semasa pemanduan jarak jauh (balik kampung), dari kecil lagi mereka sudah biasa dengar lagu-lagu dalam album ini on-repeat.
- Deja Vu merupakan lagu Maiden pertama yang aku dengar sekitar 1986-1987 (perenggan keempat entri 2010).
- Solo dalam lagu Stranger In A Strange Land merupakan solo Adrian Smith paling aku suka.
- Selain The Trooper, lagu Wasted Years antara lagu Iron Maiden yang paling banyak aku cover bersama MUP. (hajat perenggan ketiga entri 2010)
- Wasted Years itu sendiri menjadi lagu tema hidupku yang sinonim ketika bekerja di Penang, circa 2000-2005 (perenggan kelima entri 2010).
- Anak aku si Arlo pun sudah minat rock/metal bermula dengan album ini.
Kalau ada ruang dan peluang, mungkin aku akan cari versi-versi *cetakan lain album ini sebagai koleksi. Dan teringin pula jamming lagu SIASL, Sea Of Madness dan Deja Vu.
_____
AADI: *Sudah jumpa satu kat Inverno.
Decathlon E-Mart Riam
oleh Ijau D. Koceng 28 September 2026 pada 6:00 AM 0 commentsBulan ini beberapa kali singgah di E-Mart Riam (Miri). Biasanya singgah untuk mencari makan tengah hari sementara menunggu urusan kesihatan Mrs. Ijau selesai.
Terbaca ciapan Facebook yang mengatakan E-Mart Riam pun ada barangan Decathlon, jadi cubalah mencari di mana sudutnya.
Jumpa juga sudut Decathlon, tapi ini sahajalah barangannya. Tiada yang menarik bagiku kecuali beg galas Quechua yang aku sudah ada (beli online).
Berharap suatu hari nanti ada premis eksklusif untuk Decahtlon di Miri (atau Bintulu) seperti yang pernah dikunjungi di Petaling Jaya beberapa tahun lepas. Bolehlah menandingi premis *Sports Direct Bintang Megamall untuk mencari barangan kesukanan.
Semalam pula baru perasan E-Mart Bintulu pun ada juga barangan Decathlon. Tapi lagi terhad seterhad-terhadnya, ada satu isle sahaja.
_____
AADI: *Tapau barangan Everlast lagi.
Dilema Audio CD
oleh Ijau D. Koceng 24 September 2026 pada 6:00 AM 0 commentsTernampak gajet ini HOTT AirSound C229A All-Media CD Player di Popular Bintang Megamall, Miri. Katanya sejenis desktop CD player, memainkan mp3 terus daripada USB/TF/MicroSD card, juga boleh menjadi bluetooth speaker. Dan fungsi paling menang ialah rip mp3 terus dari audio CD ke USB/TF/MicroSD card tanpa perlu komputer.
Harganya RM300++ di Popular dan bila dirujuk Shopee/Lazada, rata-rata purata harga sama. Pendapat aku ada kelebihan dan kelemahan gajet pada harga sebegini. Kelebihan - tidak memakan ruang yang besar di atas meja, nampak fizikal CD berpusing semasa operasi. Kelemahan - pada harga RM300++ masih boleh dapat CD player jenis boombox dengan speaker (stereo) yang lebih mantap soniknya.
Di Popular ini juga masih ada sudut CD-Rama yang ada menjual audio CD, DVD dan mainan(?). Tapi katalognya ciput dan harga runcit untuk audio CD amat mengejutkan. Beginilah dilema peminat audio CD mutakhir ini, CD yang dahulunya sekitar RM30-40 local atau RM50+ untuk imported, kini sudah dua kali ganda. Itu belum tengok harga kaset lagi.
Area DVD pun katalognya tidak seberapa, ada beberapa DVD yang menarik perhatianku antaranya koleksi Digimon dan filem-filem Police Story Jackie Chan; dari Police Story, Police Story 2, Police Story 3: Super Cop, Police Story 4: First Strike, New Police Story dan Police Story 2013. Tak pula tertarik picu untuk mendapatkannya, padahal harga masih mampu milik, harap tak menyesal...
Sekarang aku sudah tiada CD/VCD/DVD player di rumah, semua dah rosak. Kalau audio CD kini hanya boleh dimainkan pada sistem stereo kereta atau PC yang biasanya akan rip terus ke format mp3. Anak-anak aku pula mula berminat tengok koleksi CD (rock/metal) aku, dan amat teruja dengan proses memainkan lagu secara fizikal masuk CD dalam player, sambil membelek-belek inlays tengok gambar dan baca lirik.
_____
AADI: *Ingin mencari semula sistem mini hi-fi.
Swee Lee 80
oleh Ijau D. Koceng 22 September 2026 pada 6:00 AM 0 commentsTahun ini katanya Swee Lee menyambut ulang tahun ke-80 di Nusantara.
Sebelum bertapak di Malaysia, aku hanya tahu kewujudan Swee Lee di Singapura menerusi entri-entri Bro Sub The Guitar Addict. Pernah menjejakkan kaki di premis Brash Basah mereka (yang katanya sudah tutup menjadi pusat servis) ketika ronda-ronda bandar Singa sempena konsert Iron Maiden tahun 2011.
Juga mengenali Swee Lee daripada Dead Eye Guitars yang ketika zaman kegemilangannya banyak mengambil stok dari Swee Lee Singapura. Charvel So-Cal Style 1 HH (Candy) aku merupakan satu daripadanya selepas mendapat tahu promosi daripada entri ini.
Urusan pertama aku terus dengan website Swee Lee (Singapura) adalah pada 2015 dengan memesan pedal board Boss BCB-30. Ketika itu harganya ditambah dengan penghantaran FedEx ke Bintulu masih jauh lebih murah berbanding harga rasmi di Malaysia.
Dan setelah Swee Lee bertapak di Malaysia, perolehan atas talian pertama aku ialah satu batch tali gitar D'Addario pada 2018. Pengeposan percuma untuk semua item kecil-besar (setakat ini) merupakan faktor utama untuk memilih Swee Lee berbanding premis lain.
Selepas itu hampir setiap tahun memang akan ada perolehan daripada website Swee Lee Malaysia. Contohnya aksesori, alat ganti, pikap (*490R, *490T, 490T Gold), pedal (*Spark Booster, NR300, *BDI21, TO800, MojoMojo Paul Gilbert) dan gitar (*JS32 King V, *DK2 Dinky).
Setakat ini belum pernah lagi mengunjungi premis-premis fizikal mereka di Malaysia. Masih ada menyasarkan beberapa item dalam katalog online/website mereka. Tapi atas faktor harga dan isu semasa masih menyelamatkan aku daripada menarik picu.
_____
AADI: *Sudah let-go.
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Ulang kembali ayat entri versi kaset enam tahun lepas: ***Album solo debut "Abang" Dato' Awie (selepas keluar dari Wings) ...
-
Baru menghabiskan game Shadow Of The Tomb Raider beberapa hari lepas. Maka lengkaplah ketiga-tiga game Square Enix Trilogy (aka survivor/re...
-
Terkejut membaca berita pagi Sabtu lepas bila isteri beliau (menggunakan akaun Facebook Joey BPR) mengumumkan berita kematian. Padahal mala...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-















