Kesinambungan daripada entri ini, akhirnya tertarik juga picu untuk pedal TC Electronic Impulse IR Loader. Diperolehi daripada Music Bliss sebagai self-reward bersempena Hari Ayah beberapa minggu lepas.
Saiznya jenis mini pedal cukup kecil untuk dipadankan dengan Fly Rig PL1 (tujuan utama) mahupun diasimilasikan bersama rig-rig lain aku - Tone Tattoo dan ME-80 (lain projek).
Didatangkan dengan 25 impulse response (IR) tersedia, slot 1-12 adalah IR rasmi Celestion Digital yang aku rasa sudah cukup untuk kegunaan umum. Slot 13-20 adalah IR khas untuk pedal platform, manakala slot 21-25 adalah IR khas untuk gitar akustik. Selebihnya ada lagi 74 lagi slot kosong untuk memuatkan IR luaran.
Cuma pada pendapat aku, alangkah bagusnya jika pedal ini memiliki dua output - satu output 1/4" dan satu output XLR. Selain itu kedudukan port mini-USB dan power input agak janggal di sebelah tepi.
Buat masa ini ia hanya menjadi mainan di rumah sahaja bersama-sama PL1 dan kabinet IRT-X. Akan cuba bereksperimentasi kaedah lain pedal ini seperti video YouTube di atas dengan rig lain aku. Akan dibuatkan entri berasingan kelak bila sudah rajin.
_____
AADI: TerGAS pula pedal Ampworx.