2011 Yang Bermakna...


Antara peristiwa penting dan bersejarah dalam AADI sekitar 2011...

1) Iron Maiden The Final Frontier World Tour Singapore 2011 (aka Iron Maiden Singapore) - pastinya tarikh keramat 15/2/2011 ni terpahat di sanubari peminat Iron Maiden seantero nusantara bila impian kita untuk menonton konsert Iron Maiden secara live telah menjadi kenyataan! Yeah, I was there too...

Up the Irons! \m/

2) Time To Be King! (aka Projek Mega 2011) - alhamdulillah dengan sekali lafaz akad aku telah menamatkan zaman bujang pada 7/6/2011 bertempat di Kampung Tanam, Dalat (Sarawak). Pada rakan-rakan yang masih berstatus bujang tu bila lagi?

Hail to the King!

Tahun depan bakal berstatus bapa? Insyallah...

3) Epiphone Les Paul 1957 Goldtop (aka Goldie) - di kalangan geng-geng bloggers, aku lebih dikenali dengan perangai suka bertukar-tukar pasangan gitar, jual gitar lama beli gitar baru. Dan Goldie ni merupakan pembelian gila-gila untuk tahun 2011 yang ada kaitan dengan perkara 2) di atas.

Selain Clover dan Mirage, agak-agak tahun depan ada penambahan atau pertukaran lagi tak? Hehehe...

4) Metuk Ulau Projekt - projek kolaborasi antara Hepi ;) dan Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) yang diterajui oleh Adi Herman dan Korawk, pada mulanya hanya untuk suka-suka kini makin menjadi-jadi.

Metuk Ulau Projekt (ejaan Projekt adalah disengajakan) lebih berkonsepkan cover band, memainkan lagu-lagu Iron Maiden (most notably), Metallica, Nirvana, Wings dan beberapa lagu 80's Rock, Heavy Metal, Alternatives dan Grunge yang lain.

* * * * *

Jadi, apakah azam anda untuk tahun 2012 nanti? Bagaimana pula dengan azam tahun 2011? Adakah kesemuanya sudah terlaksana?

Apa-apapun selamat menyambut tahun baru 2012 (bukan filem Hollywood tu) dari AADI, semoga tahun 2012 nanti menjadi tahun yang lebih bermakna kepada kita semua.

_____
Ada apa: *add some fireworks effects here*

220 km Untuk Prosperity Burger


Jumaat (30/12/2011) - Sebelum balik Dalat bercuti hujung tahun, Mrs. Ijau ajak pergi Sibu dulu (220 km @ 3 hours drive from Bintulu) semata-mata nak makan McDonald's prosperity burger...

Curly fries sold-out!

Semenjak iklan prosperity burger mula disiarkan di TV, baby Mrs. Ijau memang mengidam nak makan (paham-paham sajalah). Sebenarnya aku pun teringin juga nak makan hahaha, dah menjadi acara tahunan aku semenjak awal millennium tak pernah miss prosperity burger ni.

Selain itu 6-7 burger (assorted) ditapau untuk dibawa balik ke Dalat untuk adik-beradik Mrs. Ijau, kenduri burger McD la nampaknya...

_____
Ada apa: Oh ya, Bintulu tak ada restoran McD, teruk kan?

Ada Apa Dengan Tesla Vibration Damper?


"The VIBRATION DAMPER was invented to prevent undesirable string noises between nut and machine heads"

- Hype dari website Tesla.

Setakat ni aku tak dapat kesan apa-apa perbezaan bila pasang vibration damper ni kat Goldie, (kat Mirage tak muat sebab ada string retainer). Mungkin perbezaannya pada tahap bunyi di luar julat pendengaran manusia kot?

Tapi dari segi kosmetik memang +1, kebetulan Goldie aku pun memang menggunakan pikap Tesla Plasma-2 gold set.

_____
Ada apa: Yang satu lagi mungkin nak pasang kat Clover.

Blog Has Been Removed?


Bagi anda yang melawati blog AADI sekitar pukul 10.30 malam (27/12/2011) sehingga 9.30 pagi (28/12/2011), pasti terkejut melihat notis seperti di bawah ni...

Blog has been removed?

Bukan setakat blog AADI saja, malah semua yang berkaitan dengan akaun Google aku - Gmail, Blogger, YouTube, Picasa juga terlibat. Ini disebabkan akaun Google aku digantung (suspended?) atas sebab-sebab yang aku sendiri pun tak tahu. Aku cuba menghubungi pihak Google untuk penjelasan...

Atas cadangan Muspeed (yang katanya pernah mengalami kes macam ni), dia menyarankan aku supaya cuba password recovery menggunakan alternate email. Dipendekkan cerita aku dapat akses semula akaun Google aku...

Bila pilih "text message", dari malam semalam sampai pagi tadi aku tak dapat apa-apa SMS pun, walaupun dah cuba berkali-kali, hampeh! Tapi bila pilih "voice call" tak sampai seminit lepas klik "send verification code", telefon aku berbunyi dan aku menerima kod pengesahan daripada awek robot.

Imej cilok.

Tapi sampai sekarang aku belum dapat apa-apa feedback daripada pihak Google sebab apa akaun aku digantung? Setahu aku, setakat ni aku tidak melanggar apa-apa terma dan syarat mereka. Apa-apapun aku bersyukur sebab dapat akses akaun Google aku terutamanya Gmail dan Blogger.

Moral of the story: Sila tingkatkan sekuriti akaun Google anda (dan apa-apa akaun maya yang lain).

_____
Ada apa: Credits to Muspeed.

Ada Sesuatu Dari Music Master


Selasa (27/12/2011) - Tengahari tadi dalam pukul 12.30 brader poslaju telefon aku bertanyakan sama ada aku masih ada di pejabat atau dah keluar, sebab dia nak hantar bungkusan untuk aku. Apa dia ingat aku ni jenis yang keluar rehat tengahari (lunch break) awal ke?

Err poslaju? Setahu aku selain VXL dan CM-1 minggu lepas, aku tak ada order apa-apa barang menggunakan poslaju, kalau poslambat parcel ada...

Rupa-rupanya ia adalah bungkusan (yang agak besar) pos parcel yang di"sub-kontrak"kan penghantarannya kepada poslaju beralamat dari Petaling Jaya. Ya, satu daripada "harta rampasan perang" dari Music Master Studio's Year End Sale...


Warwick Rockcase Snake Skin RC 10606 SK (aku gelar Rockcase ular), snake skin (white python?) design +1 on appearance.

By Warwick...
Jika dibandingkan dengan hardcase lain terutama jenama Gator, Rockcase ular ni agak berbaloi dan boleh dikatakan murah. Music Master menjualnya pada harga kick-a$$ untuk Year End Sale mereka (retail RM2xx) dan terhad untuk 8-10 unit sahaja.

Memang muat untuk Mirage.
Juga muat untuk Goldie

Ruangan sisi (side compartment) yang agak luas untuk menyimpan aksesori seperti kabel, strap, tremolo arm dan pedal stompbox.


Dua buah hardcase yang aku ada, yang pastinya hardcase Epiphone tu hanya muat untuk gitar Les Paul sahaja (atau singlecut lain - ART, EC). Memang dah lama aku teringin nak dapatkan sebuah hardcase yang bersaiz superstrat, sejak zaman Mephisto lagi. Kalau jenis lightweight case macam Dean MLVZ memang senang tumbuh kulat di bahagian fabrik luarnya.

Kedua-dua hardcase ni aku gunakan sebagai tempat penyimpanan gitar (sekiranya tidak digunakan dalam jangkamasa yang lama) dan bukan sebagai vessel untuk membawa gitar ke sana-sini. Adalah lebih mudah dan selesa untuk ke studio jamming membawa gitar di dalam gigbag (yang boleh digalas di bahu) berbanding hardcase.

_____
Ada apa: Credits to Clement @ gapnap.

Ada Apa Dengan Muruku Otak?


Kesinambungan entri yang ni dan yang ni...

Korawk, adakah ini muruku dengan label "dua orang budak" yang dimaksudkan?

Lucunya nama muruku ni - Otak!~ Korawk pastinya suka.

Aku tak beli pun muruku ni, takut nanti menyesal tak sudah... Hahaha!~

_____
Ada apa: Muruku Popo tetap kvlt!

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt (Part 3)


Sabtu (24/12/2011) - Sessi jamming kolaborasi Hepi ;) + Metuk Ulau Projekt kali ketiga yang telah dirancang dua minggu lebih awal diadakan di Z-Studio (studio pilihan) Li Hua Plaza, dan Korawk merupakan mastermind untuk sessi kali ni.

Menurut Korawk, sessi kali ni merupakan sessi jamming versi "nightdaymare before Christmas" dan mungkin sessi terakhir untuk tahun 2011. Sessi kali ni juga disertai oleh Apai Rijal si Gamer Sayur sebagai cameraman. Sessi yang dirancang pukul 1.00 petang hanya bermula 15-20 minit kemudian.

Setlist dan rig ringkas gitar aku kali ni:

Mirage -> Cool Cat Metal CM-1 -> Cool Cat Chorus CC-1 -> VXL *Bass Attack -> studio mixer/PA system.
*Ya aku tau VXL tu pedal untuk bass, tapi ia juga boleh digunakan untuk gitar sebagai pre-amp, EQ dan DI unit.

Sessi jamming ni menjadi platform untuk aku "memandu-uji" dua pedal baru VXL, CM-1 dan juga pikap-pikap Tesla yang baru dipasang pada Mirage aku beberapa hari lepas.

Azrol, gitaris utama Hepi ;) yang dah mahir menggunakan RP55-nya. Dengar khabar Azrol ni ingin bertukar dari kem Ibanez lompat ke kem Jackson, LTD, atau Schecter. Harap-harap jadi, boleh juga aku buat ulasan gitar baru nanti hehehe...

Kali pertama kami menggunakan bilik B, sebelum ni semua sessi jamming di Z-Studio menggunakan bilik A. Bilik B ni luas sedikit berbanding bilik A tapi sayangnya mixer untuk bilik B ni (yang terletak di kaunter) agak bermasalah dan tak seimbang.

Volume mic yang kuat kadang-kadang menyebabkan feedback, tapi volume signal untuk rig gitar aku (yang disambung terus ke mixer yang sama) pula tak kuat, bunyinya tenggelam oleh dua buah amp gitar yang digunakan oleh Azrol (Kustom) dan Korawk (Marshall MG).

Bassline yang meletup-letup oleh Adi Herman dengan bassnya (Craftsman P-Bass copy) yang boleh dikatakan "taste like stingray chicken" dengan hanya bersenjatakan BLE100 yang disambung pada Fender Rumble 75. Kena tambah satu pedal lagi Adi, bass distortion pedal.

Korawk (dengan fesyen rambut baru) kali ni hanya menggunakan gitar Clevan milik studio, katanya dia malas nak bawa gitar sendiri, cuma bawa efek Zoom G1N saja. Mesti dia masih lagi dalam mood main drum digital kan? Korok main terlalu ganas sampai putus tali gitar Clevan tu...

Bob Kandar berpuas hati sebab kali ni kami memainkan lagu kegemarannya.

Setlist sama seperti sessi jamming sebelumnya - Coming Home, The Trooper, Wasted Years, Fear Of The Duck Dark, Creeping Death, For Whom The Bell Tolls dan Tears Of The Dragon. Manakala highlight untuk sessi kali ni pastinya cover lagu separuh Saturnine iaitu Half (dengan part solo versi hentam sajalah). Dua lagu projek yang tak sempat cover - The Unforgiven dan No Prayer For The Dying.

Aksi menggayakan t-shirt Manggas.

Disebabkan malas nak buang masa, kami teruskan saja sessi jamming ni walaupun mengalami beberapa fenomena bunyi yang kurang menyenangkan. Secara tidak langsung, aku tidak dapat mengetahui prestasi maksimum ketiga-tiga item yang ingin "dipandu-uji" tadi (VXL, CM-1, pikap Tesla).

Mungkin ini pengajaran baru bagi kami, untuk sessi yang akan datang biar kami sendiri saja yang setup mixer dan PA system studio supaya seimbang dengan bunyi instrument yang menggunakan amp berasingan (gitar, bass).

Gambar versi "kangkang" ada dalam blog Geng Kereta Sapu.

Sessi berakhir dalam pukul 2.30 petang, kalau bukan disebabkan sistem bunyi bilik B yang agak kureng (membuatkan kami hilang mood) mungkin kami akan tambah satu jam lagi. Aku rasa lain kali kalau dah cukup korum macam ni ada baiknya sessi jamming dijalankan selama dua jam macam sessi jamming yang kedua dulu, baru puas hati.

Dan pastinya Z-Studio tetap menjadi pilihan utama kami disebabkan senang berurusan dengan tauke Ah Sik selain kaki lima Li Hua Plaza yang berlatarbelakangkan suasana seperti tahun 80an (macam studio dalam filem Rock Mamat Khalid).

[Edited @ 11.45 pm] Entri geng bloggers lain yang berkaitan dengan sessi jamming ni:

_____
Ada apa: No present for Christmas?

Wings Of Liberty Mode


Walaupun game ni dah agak setahun lebih dikeluarkan (release date: 27/7/2010) tapi baru sekarang aku dapat merasai nikmat memainkannya - Starcraft II: Wings Of Liberty.

Jim Raynor sebagai penghias muka depan.

Bila main game ni memang teringat memori waktu gila main Starcraft dan Broodwar sekitar 1997-1998 dulu. Waktu tu aku ingat PC aku menggunakan Pentium MMX 166MHz, 32MB RAM, Maxtor 1.7GB HDD, LG 24x CDROM, 4MB Tseng Labs PCI graphic card, 14" CRT Monitor cap ayam, speaker telur... Boleh kira spesifikasi yang agak mainstream waktu tu.

Rasanya tak perlu aku cerita pasal Starcraft II ni, info lebih lanjut boleh layari Wikipedia, Blizzard Entertainment atau Starcraft II Official Website. Cuma bila aku dah mula mengaktifkan "gamer mode" memang dah tak ingat dunia macam musim main game Fallout: New Vegas waktu bulan puasa dulu hahaha! Mrs. Ijau pun dah mula geleng kepala...

Imej-imej link dari Wikipedia.

[Entri Mini] Feliz Navidad

Season's greetings...

_____
Ada apa: Credits to Gamer Sayur.

Ada Sesuatu Dari Sandman Guitar (Part 2)


Rabu lepas (21/12/2011) menerima satu bungkusan kecil dihantar oleh GDex, tak lain tak bukan dari Sandman Guitar, all the way from Batu Pahat, Johor.

Bulan Disember ni jangan hairan kalau aku banyak menerima bungkusan (bulan bonuslah katakan). Sana-sini premis-premis muzik mengadakan jualan akhir tahun. Dan dengan bonus yang ada sempatlah juga merembat beberapa barang-barang kecil (sahaja!) contohnya stompbox pedal. Minggu lepas dah dapat VXL Bass Attack dari CK Music, kali ni?

Pedal itself, box, manual, warranty card, Cool Cat mini

Kalau bulan lepas dah rembat pedal Danelectro Cool Cat Chorus CC-1, bulan ni Cool Cat Metal CM-1 pula menjadi pilihan. Ya, Sandman Guitar masih lagi mengadakan promosi hujung tahun sehingga 31/12/2011 diskaun 40% untuk pedal-pedal Danelectro terutamanya siri Cool Cat.

Aku perlukan sebuah pedal high-gain distortion yang murah, berkualiti dan tahan pukul pijak untuk kegunaan sessi jamming (malas dan leceh nak bawa Si Kacang Merah), pedal distortion yang aku ada sekarang Speedbox MT-DS agak kurang "berat" untuk lagu-lagu Metal.

GAIN, TREBLE/MID, VOL/BASS knobs, INPUT, OUTPUT , DC 9V jacks.
Agak leceh nak laras tombol-tombol pada kedudukan macam ni.

Berbanding Cool Cat Metal II CM-2, aku memilih CM-1 disebabkan ia mempunyai lima tombol (VOL, BASS, MID, TREBLE, GAIN) untuk pilihan variasi tona, berbanding CM-2 yang hanya ada dua tombol (VOL, DIST) dan scoop switch (HI, LO, OFF) ala-ala EHX Pocket Metal Muff.

Juga disertakan dengan bateri 9V berjenama Danelectro.

Kelebihan dan kelemahan aku rasa sama saja macam pedal CC-1. Bunyi? Setakat ni aku sempat mencubanya dengan konfigurasi tombol-tombol pada kedudukan 12 o'clock. Bunyi agak "berpasir" lebih kurang macam pedal Violent Metal MO-VM dulu.

Belum berkesempatan mencuba konfigurasi-konfigurasi lain, potensi sepenuhnya akan diuji pada sessi jamming Metuk Ulau Projekt v3 yang dirancang diadakan pagi/tengahari esok.

Ia juga disertakan dengan tiga jenis Cool Cat sticker.

Harga? Disebabkan harga promosi dengan diskaun 40%, ia tak sampai pun RM100. Dari segi kualiti per harga ia memang uber-berbaloi, dan murah RM20 daripada pedal CC-1. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pedal-pedal Danelectro Cool Cat yang terpilih pada harga yang murah (RM89-129), sila hubungi Sandman Guitar sebelum promosi berakhir pada 31/12/2011.

_____
Ada apa: Korawk, amacam dengan DD506?

Ada Apa Dengan Muruku Popo? (Part 2)


Tertarik dengan komen si Korawk dalam entri yang lepas, aku cuba mencari amaran yang dimaksudkan (dengan kata lain aku beli lagi muruku Popo ni hehehe).

Ya, inilah dia amaran yang dimaksudkan... Korawk, amarannya adalah mengenai produk palsu dan bukannya produk yang menciplak resepi muruku Popo ni.

_____
Ada apa: Kalau rasa muruku ni sedikit pedas dan berempah (spicy) pastinya lebih sedap.

Teslarised Mirage!


Malam tadi berkelapangan untuk memulakan eksperimen projek menukar pikap asal Mirage aku, iaitu *ESP LS-120 (neck, mid) dan LH-150 (bridge) dengan pikap Tesla Plasma-1 (neck), VR-1 (mid) dan VR-Extreme (bridge) secara DIY.

*Info daripada website ESP Guitars dan katalog ESP.

Persediaan awal untuk proses penukaran pikap.

Projek bermula sekitar 8.30 malam, dijangka akan mengambil masa selama 2-3 jam disebabkan skill aku yang amatur. Amatur pun amaturlah, asalkan menjadi dan aku boleh jimatkan RM50-80 untuk upah pemasangan oleh "guitar-tech" yang belum tentu "tech" atau tak.

Aku memang terkejut bila tengok kaviti pikap yang kemas dan bersih ni. Thumbs-up for Indonesian LTD luthiers!

Cuma aku menghadapi masalah dengan pikap VR-1 (mid) sebab saiz tapaknya (base) agak besar dan tak muat dengan kaviti yang ada. Aku terpaksa mengikis tapak pikap VR-1 sedikit demi sedikit dengan pisau sehingga saiznya muat dengan kaviti.

Pikap asal Mirage (LTD M-103FM), ESP LS-120 (neck, mid) dan LH-150 (bridge). Aku rasa aku nak jual pikap-pikap ni satu set, Jo Noobaxe, agak-agak ko berminat tak?

Aik? Rupa-rupanya pikap ESP LH-150 ni buatan G&B Pick Up Company. PRS dan Schecter pun menggunakan pikap G&B ni untuk gitar-gitar murahan ekonomi (low/mid-tier) mereka.

Ruang kaviti belakang, kerja pateri yang agak amatur. Aku cuma ikut konfigurasi asal wayar pikap pada suis lima arah (5-way switch) ni.

Disebabkan aku tidak mempunyai push-pull pot untuk opsyen coil-split atau series/parallel, pikap VR-Extreme (bridge) yang mempunyai empat wayar (4-wire leads) ni aku jadikan sebagai full humbucker saja.

Hasil akhir kerja. Nampak sangat pengaruh blog The Guitar Addict kan? Hehehe... Bro Sub, you're my inspiration.

Projek selesai dalam pukul 11.30 malam tanpa sebarang kesalahan pematerian. Proses memateri tak lama, tapi aku banyak buang masa waktu mengikis tapak VR-1 supaya muat dalam kaviti. Ini merupakan kali ketiga aku memasang pikap secara DIY, selepas projek Plasma-2 gold set dan projek AH-1 active set. Ketiga-tiga projek ni semuanya menggunakan pikap jenama Tesla. Jenama lain aku belum pernah cuba lagi.

Malam tadi aku cuma sempat mencubanya dengan rig ringkas Pandora Mini dan headphone saja sebab dah mengantuk. Full review menyusul kemudian...

_____
Ada apa: Odometer AADI dah mencecah 40k hits! Walauwei!~

Ada Apa Dengan Ultimate Cheesy Bites 7 Pizza?


Kalau tengok iklan di TV dan website Pizza Hut memang meleleh-leleh kejunya, tapi bila dah order...

Tak "ultimate" mana pun...

Ya memang aku tau diorang ada maklumkan "Products shown are for illustration purpose only", tapi cubalah buat sebaik mungkin sedaya upaya kalau tak dapat buat 100% sama seperti iklan, dapat buat dalam 70-75% pun jadilah. Ni dahlah tak nampak menarik, keju pun keras semacam je...

_____
Ada apa: Kalaulah ada Domino Pizza.

Ada Sesuatu Dari SV Guitars


Menerima bungkusan plastik FedEx sekitar pukul 10.00 pagi tadi, bungkusan yang diterima dari SV Guitars Singapore.

Yup SV Guitars, all the way from Singapore. Seperti yang aku merapu dalam entri lepas pasal pikap Tesla, SV Guitars merupakan opsyen terakhir untuk mendapatkan pikap jenama Tesla semenjak Ashportal dah berhenti menjualnya.

Aku berurusan dengan Mr. Mike Chen (or just "Mike") melalui emel dan transaksi menggunakan Paypal. Yup, Mike yang sama yang selalu disebut-sebut dalam blog Bro Sub (The Guitar Addict).

Ia berisi dua buah pikap Tesla, kedua-duanya merupakan single-coil.

Model yang dipesan ialah Plasma-1 (neck) dan VR-1 (mid).
Hehehe, nampak sangat pengaruh blog The Guitar Addict, kan?

2-wire leads, senang nak pasang.

Bersama-sama dengan VR-Extreme yang masih ada dalam stok aku, ketiga-tiga pikap Tesla ni bakal dipasang pada Mirage aku untuk menggantikan pikap asal ESP LS-120 dan LH150.

Tapi entahlah bila aku ada masa dan mood nak pasang pikap ni. Plasma-2 gold set dulu pun aku pasang sendiri berjam-jam lamanya (amaturlah katakan). Di tempat aku bukannya ada guitar-tech yang cepat buat kerja dan boleh dipercayai macam Yustech ataupun Master Beez.

Btw, ada sesuatu di bawah span kotak pikap Tesla ni. Aku agak terkejut sebab benda ni merupakan vibration damper Tesla. Mula-mula aku pikir Mike yang letak benda ni dalam kotak Tesla (as a free gift), sebab satu daripada seal kotak dah koyak. Boleh kira mahal juga benda kecil ni, Ashportal pernah menjualnya dengan harga RM15.00 seunit.

Menurut Mike, vibration damper ni disertakan dalam kotak pikap Tesla secara rawak (random) dari kilang Tesla, ikut nasib la kalau dapat. Dan aku memang bernasib baik sebab kedua-dua kotak pikap Tesla mempunyai vibration damper di dalamnya. Tiga model pikap yang aku pernah pesan daripada Ashportal (AH-1, Plasma-2, VR-Extreme) tidak mempunyai vibration damper ni.

Pastinya pada masa akan datang, mungkin aku akan berurusan lagi dengan Mike dan SV Guitars ni untuk benda-benda yang ada di SV Guitars tapi susah nak dapat di Malaysia, contohnya Biyang Baby Boom series pedal.

_____
Ada apa: Apa? Seymour Duncan? Mahal la beb...

Ada Apa Dengan Hartke VXL Bass Attack? (Part 2)


Dah pandu-uji pedal Hartke VXL Bass Attack (VXL) ni secara impromptu bersama rig bass yang ringkas;

Clover -> Bass Blogger -> VXL -> Oren Besar.

Hasilnya amat memuaskan, selain berfungsi sebagai pre-amp dan EQ (seperti pedal BDI21), bunyi yang dihasilkan juga seolah-olah seperti telah diterhadkan (limited) dan dipertingkatkan (enhanced). Adakah ia juga berfungsi sebagai pedal limiter/enhancer? (macam pedal BLE100) Yang itu akupun tak tau...

Dan fungsi sekunder yang agak unik untuk pedal ni ialah sebagai DI unit, dengan XLR output (mic level) yang boleh disambung terus ke mixer atau PA system. Amat berguna untuk persembahan secara langsung (live performance) ataupun untuk rakaman terus.

"Hartke's VXL Bass Attack Pedal is a tone-shaping pre-amp that doubles as a direct box, featuring the famous Hartke Shape Circuitry. The two-button style stomp box has a three band EQ for adjustments of Bass, Treble, and Bright controls, plus a Harmonic control that emulates the warmth and drive of a tube so well that you'll never want to turn it off. The Hartke Bass Attack Pedal gives you the ability to finally get the sound you want, and everything in between"

- Hype dari website Samson

Sisi kanan - INPUT jack, PARALLEL OUTPUT jack (dry output) output yang tidak dipengaruhi oleh EQ pre-amp, ia juga boleh berfungsi sebagai effects loop input (seperti yang diterangkan dalam muka surat 13 manual VXL ni).

Sisi kiri - 9V DC POWER input, GROUND/PHANTOM switch, LINE OUTPUT, DIRECT OUTPUT (XLR) with PRE/POST switch (PRE - output pada XLR adalah dry output, POST - output pada XLR adalah pre-amped output).

Kelebihan:

  1. Selain fungsi utamanya sebagai bass pre-amp dan EQ, ia juga boleh digunakan sebagai DI unit.
  2. Mempunyai dua suis kaki ON/OFF dan SHAPE yang memberikan empat jenis pilihan kawalan bunyi pada satu-satu masa.
  3. Selain menggunakan bateri 9V dan AC adapter, pedal ni juga boleh menggunakan phantom power.
  4. Antara pedal yang paling "kebal" pernah aku guna setakat ni.
  5. Mempunyai ruang bateri 9V di belakang yang senang diakses
  6. Juga sesuai digunakan untuk gitar untuk mendapatkan bunyi "boosted bottom end".

Kelemahan:

  1. Tidak "true bypass" - tombol-tombol BASS, TREBLE masih berfungsi pada keadaan pedal tidak aktif.
  2. Susunan tombol dan konfigurasi fungsi suis kaki yang mengelirukan.
  3. Agak besar dan berat.

Ruangan bateri 9V yang senang diakses.

Antara rakan-rakan bassist yang menggunakan VXL ni ialah PQot Thundergirl of Bottlecapt (currently known as Iqa Mentor) dan Elly Rocker (geng-geng Space Gambus Experiment Abang Dr. Ben ni).

Aku bersyukur sebab dua tahun lepas (2009) aku membeli Zoom B2 waktu CK Music 2009 Year End Sale, dan bukan pedal ni. Kalau aku beli pedal ni pada waktu itu, mungkin aku akan bengang sebab pastinya aku tak paham apa fungsi pedal ni sebenarnya.

Info lebih lanjut boleh lawati website Samson.

_____
Ada apa: Nanti nak cuba guna bersama gitar waktu sessi jamming minggu depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (66) 58 explorer (10) ac/dc (6) adiwira (12) adrian smith (13) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (121) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (47) anniversary (59) art200 (3) artis tempatan (115) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) avril lavigne (2) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (52) bara studio (3) barbican (3) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (6) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (241) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (18) blades (2) blaze bayley (21) blind guardian (20) blogging blues (43) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (17) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (14) bruce dickinson (21) buku/majalah (48) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) celcom (6) charvel (50) children of bodom (17) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (59) console games (5) converse (2) cort (44) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (24) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (21) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (25) dean markley (3) def leppard (1) digipak (28) digitech (19) dimarzio (28) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (60) earth hour (14) ebay (223) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (71) electro-harmonix (22) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (184) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (88) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (69) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (37) fear factory (3) fender (13) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (6) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (12) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (118) gator (9) gax010ltd (9) ghs (16) gibson (14) gig (69) gigrig (7) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar talk (63) guitar/bass (611) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (54) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (33) hotel/resort (24) ibanez (176) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (4) iron maiden (131) irt-pulse (1) isu semasa (221) jackson (30) jamming (121) jamtank (20) jim dunlop (49) joe satriani (10) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (253) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (8) kherow (4) kiko loureiro (6) kikosp (5) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (276) konsert (78) kopi (16) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (25) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (15) lawas (3) lazada (10) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (36) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (37) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (315) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (19) marigold (1) marshall (18) martial arts (2) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (9) mastodon (4) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (49) melaka (11) membakut (41) memori (290) mercyful fate (10) metallica (67) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (49) miri (15) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (8) motorhead (9) movie (48) mrs (56) mug (2) mukah (19) mup (98) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (51) mxr (8) my music (7) nanasmania (24) nat-geo (4) nestle (17) new album (27) new gear (155) newsted (1) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (60) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) peavey (21) pedal/stompbox (266) pedaltrain (13) penang (31) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (10) pic of the day (46) pick (49) pickups (94) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (17) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (11) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (35) radio (3) rajinikanth (3) ramadhan special (54) ramli sarip (2) randall (4) rare (88) ratm (1) reco (24) recording (11) reg studio (8) restring therapy (41) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (4) ribena (4) rock at large (10) rocktron (6) roland (16) rotosound (4) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (4) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (1) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (11) silica gel (5) silvia (3) singapore (47) single/ep (5) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (6) soya (5) spear (2) speedy (28) squier (8) sr300 (22) stagg (12) star wars (8) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (83) strings by mail (1) sudirman (3) sukan (15) sundrop (2) sungai (10) super album (84) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (30) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (14) tech21 (1) telecaster (3) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (40) trade (17) transformers (4) travel (116) tribute (39) trivium (4) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (18) vox (66) warwick (11) wasp (1) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wordless wednesday (213) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (32) xpdc (5) yamaha (4) yeos (3) yNot (21) yogurt (5) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zoom (97) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger