Sebelum ni aku guna string Stagg bersaiz 10-46 pada Replacement aku (RG350M), malam tadi sambil menonton filem *Small Soldier di TV3, aku cuba menggantikannya dengan string bersaiz 9-42 Martin & Co. Darco (or just Darco).
Dah lama aku beli string Darco ni dari Pusat Muzik Reco hampir setahun yang lalu, baru sekarang aku ada peluang untuk memasangnya. Dan selepas ni aku bercadang hanya akan menggunakan saiz 9-42 pada Replacement aku.

Cameo appearance by Pandora Mini.
Ternyata string Darco ni amat lembut dan selesa pada jari-jari aku. Atau adakah jari-jari aku dah biasa dengan saiz 10-46 (Goldie aku pun guna 10-46) membuatkan string bersaiz 9-42 terasa lembut? Aku juga nak tengok berapa lama string Darco ni boleh bertahan, jika bertahan lama, maka ia amat berbaloi dengan harganya (harga runcit RM12-18).
Pertukaran string dari saiz 10-46 kepada 9-42 (or vice-versa) pada gitar yang memiliki double-locking bridge (Edge III) sememangnya leceh kalau tak kena teknik. Nasib baik sebelum ni aku dah dokumenkan perbezaan ketegangan spring iaitu 4-5 kali putar pada setiap skru spring, jadi tak berapa terkial-kial.
Dan berpandukan info dari Bro Sub dalam entri ni, menukar string pada gitar yang memiliki Edge III bridge menjadi lebih senang (teknik meletak besi di belakang bridge).
_____
Ada apa: *Kirsten Dunst baru berusia 15-16 tahun dalam filem ni.
1 comment
my RGs semua guna .009 kecuali RGD...
Post a Comment