Rechargeable Zinc-Carbon Battery?


Pic of the day - Aku terserempak dengan teknologi benda ni di tempat yang boleh dikatakan ramai pakar sains terutamanya dalam bidang kimia (yang pasti bukan di tempat aku bekerja).


Setahu aku (sila betulkan jika aku salah), bateri zink-karbon tidak boleh dicas semula (recharge) seperti bateri nikel-kadmium. Dan rata-rata memang tertera amaran pada hampir semua bateri jenis zink-karbon supaya ia tidak dicas semula, begitu juga pada mesin pengecas bateri.

Tapi siapalah aku nak komplen? Mungkin pengguna di tempat tersebut lebih arif dalam bidang teknologi bateri zink-karbon.

_____
Ada apa: Selamat bertragedi Oktober...

Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 7)


Khamis (6/9/2012) - Menerima bungkusan poslaju beralamat dari Pantai Remis, Perak. Diperolehi melalui LYN Street Mart daripada user parttime, user yang sama tempat aku memperolehi amp Laney Extreme LX12 bulan lepas.

Ia berisi pedal (stompbox) Boss ODB-3 bass overdrive, walaupun diiklankan sebagai pedal terpakai (used, rated 9/10), tapi pedal ni nampak baru seperti tidak pernah digunakan.

Complete set - box, pedal, manual, warranty card.
Dan yang menariknya, harga yang ditawarkan hampir 1/3 daripada harga pasaran ODB-3! Lebih kurang macam harga klonnya iaitu Behringer BOD100. Sebelum orang lain kebas, aku dah chop awal-awal dengan parttime, hahaha!


Ini merupakan antara pedal bass idaman aku semenjak berkecimpung dalam dunia bass beberapa tahun lepas (selain Hartke VXL). Dulu hanya mampu beli klonnya (BOD100), bila dah ada bajet terbeli pula Electro-Harmonix Bass Blogger (yang baru sahaja aku let-go minggu lepas kepada seorang bassist kenalan baru).

Reputasi pedal-pedal jenama Boss ni tidak perlu dipertikaikan lagi. Dari segi kualiti audio dan kekebalan casisnya, dan juga suis pijak (stomp switch) yang agak lembut berbanding suis pada pedal lain - ntah aku lupa apa nama teknologi suis Boss ni.


Untuk bass, aku hanya perlukan rig yang minima (2-3 pedal) - overdrive/distortion (ODB-3), chorus (CC-1 can covers bass range), pre-amp dan DI (VXL). Disebabkan aku dah jarang main bass semenjak menyertai Metuk Ulau Projekt (MUP), pedal ni hanya akan menjadi sebahagian daripada koleksi. Atau mungkin jika Adi Herman ingin menggunakannya untuk sessi jamming atau gig MUP, apa salahnya? Silakan...


_____
Ada apa: Setakat ni belum ada apa-apa GAS terbaru untuk bass.

Metuk Ulau Projekt At Oktoberfest?


La Bistro Kemena Hotel Bintulu bakal menganjurkan Oktoberfest pada 20/10/2012 nanti, ini merupakan tahun ketiga ia diadakan di bistro berkenaan (akupun baru tau menalah ni).

Image linked from Big Bear website.
Akan digantikan dengan logo rasmi kemudian.
Beberapa kugiran indie tempatan Bintulu dijemput oleh pihak hotel/bistro untuk membuat persembahan pada pesta tersebut - antaranya The Once, Wantwojuice, Majestica, Ana & The Scenes dan Metuk Ulau Projekt. Ya Metuk Ulau Projekt (MUP) pun dijemput gara-gara Adi Herman yang ada kenalan di bistro berkenaan, hahaha...

Main lagu Whiskey In The Jar versi Thin Lizzy atau Metallica ngam ni...

_____
Ada apa:  Info lebih lanjut akan ditambah kemudian.

Wordless Wednesday: IDK Sig Mark III




_____
Ada apa: Hehehe... Cilok idea entri Dr. Ben.

Blaze (Bayley) Double Discs


Menerima bungkusan dari US hari Selasa minggu lepas (18/9/2012) berisi dua buah CD audio pastinya dibeli dari eBay, iaitu album-album daripada Blaze (Bayley) - Tenth Dimension (2-disc digipak version) dan As Live As It Gets (live album).


Akhirnya dapat juga aku mencari album Tenth Dimension ni di eBay dengan harga yang agak berpatutan, sebab sebelum ni memang susah nak cari album ni pada harga yang "masuk akal". Daripada khabar angin album ni memang agak "rare" (in fact, all Blaze Bayley albums were rare) betul ke?

Lepas ni tak payah lagi aku membodek Dr. Ben supaya menjual Tenth Dimension miliknya. Album Silicon Messiah dalam entri yang sama aku dah beli melalui kedai CD Dr. Ben (Rock At Large).

Up the Blaze! \m/

_____
Ada apa: Next, King Of Metal.

Ada Apa Dengan Carabao Energy Drink?


Carabao - Satu lagi minuman tenaga (energy drink) buatan Thailand selain Krating Daeng.


Dengan harga RM1.80 untuk botol berisipadu 150 ml, harganya masih lagi setaraf dengan minuman tenaga jenama lain seperti Redbull dan Livita. Aku rasa batch yang aku beli ni adalah untuk pasaran Mediterranean dan bukan untuk pasaran Asia, sebab semua tulisan di belakang adalah dalam tulisan Greek. Macam mana boleh sampai Bintulu?

Dibuat oleh Carabao Tawandang Co. Ltd. Samutprakam, Thailand. Jangan risau, sebab minuman ni ada logo halal Thailand, antara badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Rasanya? Ia lebih manis tapi kurang 'menyengat' jika dibandingkan dengan Redbull atau Krating Daeng.

_____
Ada apa: Carabao? Karabau? Di kampung aku, karabau maksudnya kerbau (bahasa Brunei).

Ada Apa Dengan Papan Tanda? (Part 5)


Pic of the day - Aku tau ini bukan papan tanda, tapi aku malas nak cari idea untuk tajuk entri kali ni. Selalu benda ni berwarna kuning kan?

Ada apa dengan hijau? Hehehe...
Lokasi: tandas lelaki balai berlepas, lapangan terbang Bintulu.

_____
Ada apa: Benda berwarna hijau?

Blogger Buang Tebiat! (Part 2)


Setelah diberi "peluang" beberapa kali untuk bertukar dari layout lama kepada layout baru secara sukarela setiap kali login Blogger, akhirnya semalam layout baru mula berkuatkuasa secara mandatori sama seperti kes Gmail beberapa bulan yang lepas.

Menurut info dari Blogger:
"Along with several other Google products, Blogger’s taken on a whole new look: A clean, sleek interface designed for a streamlined blogging experience..."
A clean, sleek interface my ARSEnal!

Old layout.

So-Cal so called "clean, sleek" new layout.

Pada pendapat peribadi aku, layout lama lebih kemas dan senang nak dikemudi (navigate). Itu belum cerita lagi ruangan composer/editor - aku dah biasa kompos/edit entri menggunakan kedua-dua mode iaitu COMPOSE dan HTML, tiba-tiba composer/editor baru ni mode COMPOSE dah macam guna MS Words la pula, manakala mode HTML baru ni agak pelik, tidak seperti HTML yang dah biasa aku gunakan dari duhulu.

Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang tak bersetuju dengan tindakan Google "menaiktaraf" hampir semua layout produk mereka (Gmail, Youtube, Blogger, etc), ramai lagi blogspot bloggers di luar sana yang tak berpuas hati. Apa-apapun, perubahan yang mendadak seperti ini memerlukan masa untuk membiasakan diri.

Google, if possible, please revert back Gmail and Blogger to old true-and-tested layout...

_____
Ada apa: Tak perlulah baiki benda yang tak rosak.

Ada Apa Dengan Vox StompLab?


GAS terbaru daripada Vox...


Kecil dan murah lebih kurang macam Zoom G1/B1 series tapi dengan kelebihan casing dan butang pijak (stomp button) yang lebih kukuh. Harga pun sekitar RM180+ untuk StompLab1G (CK Music) dengan saiz yang kecil ala-ala Satchurator.

_____
Ada apa: GAS lagi...

Wings - Biru Mata Hitamku


Akhirnya terjumpa juga audio CD album "susah-nak-cari" Wings ni di Victoria Music Centre, Amcorp Mall minggu lepas...


Dibeli dengan harga RM19.90, adakah ia dijual lebih murah (RM12.90) di Speedy Video? Beli sajalah... (P)&(C) 1996 Fly-Wings Sdn. Bhd. Adakah ia cetakan pertama (first pressing) ataupun cetakan semula? Yang itu kena tanya Muspeed, tapi aku rasa CD ini merupakan versi cetakan semula.

Bila dengar lagu Biru Mata Hitamku ni, aku teringat zaman gila main kereta mini 4WD sekitar 1996 dulu.
Btw, sekiranya ada rakan-rakan yang berminat nak kumpul album ni dalam versi kaset, sila lawati blog GKC aku.
_____
Ada apa: Rasa macam nak cover lagu Enigma versi akustik.

Sekitar Majlis Ramah Tamah Aidilfitri JKM Bintulu


Ahad (16/9/2012) - Seperti yang diceritakan dalam blog Meletop Koktel Adi Herman, majlis ramah tamah aidilfitri JKM Bintulu yang pada mulanya dijadualkan akan dihadiri oleh menteri MOSTI sempena sambutan Hari Malaysia di Bintulu, tapi akhirnya hanya dihadiri oleh Ketua Pengarah Kimia (KP).


Seperti biasa, majlis-majlis sebegini diadakan di foyer/garasi jabatan (aka dewan serbaguna) dan dihadiri oleh kakitangan jabatan bersama keluarga. Majlis bermula seawal 9.00 pagi, tapi aku (bersama Mrs. dan Lil'Ijau) lambat datang hampir setengah jam kemudian.


Nasuki Malim, Naz Korawk dan Adi Herman - Geng Metuk Ulau Projekt (MUP) yang menjadi tetamu khas pada hari itu. Yang pakai cap dan baju uniform biru tu ayah Azrol, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan jabatan.


Seperti yang dirancangkan, MUP membuat persembahan pada hari itu. Lagu-lagu merdeka-raya yang dimainkan ialah Sepasang Kurung Ungu Biru, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Dendang Perantau dan Warisan. Untuk menghayati mood raya, terpaksalah berpakaian ala raya.


Nasuki Malim menjadi vokalis jemputan untuk lagu Dendang Perantau yang agak low bagi vokal aku yang agak tenor. Azrol dan Adi "trading-solo" untuk beberapa lagu. Agak best juga bila ada unsur-unsur keyboard/synthesis dalam persembahan, lepas ni boleh main genre gothic atau symphonic.


Goldie menjadi pilihanku untuk persembahan kali ni disebabkan "mojo" yang ada padanya. Untuk rekod, ini merupakan persembahan awam MUP yang kedua selepas Opening Season Gig bulan Februari lepas.


Tukang pukul MUP, Bob Kandar bersama drumset digital Medeli DD506. Pada penghujung persembahan, tugas drummer digantikan oleh Korawk. Disebabkan permainan Korawk yang agak ganas, drumstick yang digunakan telah patah.


Persembahan awam seperti ni boleh dikategorikan sebagai "gig", tapi terus terang aku agak kekok membuat persembahan sambil membaca lirik dan chords (kes tak hafal). Secara tak langsung "eye-contact" dengan penonton berkurangan.


Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun hanya sempat menjalani dua kali sessi latihan dan persiapan yang ala kadar.


Reaksi penonton (kakitangan jabatan) yang agak bersahaja seperti persembahan Hepi;) pada majlis ngiling tikai dan berambeh sebelum ini.


Gambar kenang-kenangan bersama KP selepas memperkenalkan ahli-ahli MUP (dan jabatan/institusi tempat mereka bekerja) kepada beliau. Agak-agak lepas ni boleh dapat peruntukan beli amp Marshall tak? Hahaha...

Selepas majlis selesai, MUP sempat memainkan lagu "melepas geram" sebelum mengemas kelengkapan. Aku rasa lepas ni MUP patut praktis beberapa lagu Melayu yang agak bersesuaian untuk persembahan awam yang "un-metal".

Image credits - Ramdan Adenan (RA) dan Nasuki Malim.

_____
Ada apa: Korawk sempat memerhatikan seorang "gadis misteri".

Sessi Traimming Lagu Merdeka Raya (Part 3)


Entri aku ni masih lagi mengenai sessi traimming (training+jamming) Metuk Ulau Projekt, tapi Adi Herman sudahpun menyiarkan entri pada D-day (hari persembahan) hahaha~


Sabtu (15/9/2012) - Aku yang baru tiba di Bintulu (selepas berkursus di Melaka lima hari) sekitar pukul 7.30 malam, kemudiannya bergegas ke foyer/garasi jabatan sekitar pukul 8.30-9.00 malam untuk menghadiri sessi traimming, soundcheck, menyusun peralatan, dan persiapan terakhir sebelum hari persembahan esok.


Melody makers - Azrol dan Adi sedang mencuba solo-trading untuk lagu Sepasang Kurung Biru. Atas sebab-sebab tugas rasmi, si "seruling anak gembala" Barangkali Marus tidak dapat mengikuti sessi kali ni dan persembahan esok. Jadi sessi kali ni tidaklah semeriah sessi sebelumnya.


Bob Kandar yang datang agak lewat disebabkan terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang luar biasa gara-gara persiapan warga Bintulu untuk sambutan Hari Merdeka esok.


Untuk sessi ni aku menggunakan Goldie berbanding Mirage seperti sessi lepas atas sebab-sebab sustain DiMarzio. Untuk persembahan esok aku juga akan gunakan Goldie, berdasarkan beberapa pengalaman bermain secara live di depan penonton sebelum ini, gitar Les Paul memang mempunyai "mojo" yang tersendiri...


Korawk si bassist yang sengal (sengal dalam erti kata penat, bukan istilah "sengal" yang satu lagi tu) yang menggunakan Silverado aku disambung terus ke amp Orange CR50BXT tanpa sebarang efek.

Sessi berlarutan hingga jam 2.00 pagi sehingga betul-betul yakin untuk persembahan esok, juga diselangselikan dengan lagu-lagu "menyimpang" untuk melepaskan geram. Terima kasih juga diucapkan kepada Nasuki Malim yang menjadi penyanyi undangan (Dendang Perantau) merangkap jurukamera dan pembancuh air sirap hehehe...

_____
Ada apa: Kena beli DI unit tambahan lepas ni.

Sepetang Bersama Dead Eye Guitars


Jumaat (14/9/2012) - Sessi melepak bersama Calvin Chuah aka tauke Dead Eye Guitars (DEG) di lobi Shah's Village Hotel berlarutan hampir dua jam setengah. Selain membincangkan hal-hal duniawi, kami juga membincangkan masa depan beberapa buah gitar, dua daripadanya dikategorikan sebagai B-stock.

Berikut antara gitar yang dibawa dan dibincangkan sambil melepak:

1) Ibanez "Dark Stone" DN520K SSB (silver stream burts) - B-stock.

Sila abaikan model yang memegang gitar tu, hehehe...
Gitar yang sama dalam entri ni, seperti namanya "Dark Stone" ia merupakan gitar yang berat, tegap dan mantap, lebih berat berbanding Les Paul aku (Goldie). Neck yang tebal, lebih tebal jika dibandingkan dengan neck Les Paul dan mungkin setebal neck gitar akustik.

Kemasan silver stream burst (SSB) yang mengiurkan. Tapi sayangnya model DN520K ni telah diberhentikan pengeluarannya (discontinued), yang masih ada cuma model DN500 dan DN300 berwarna hitam yang membosankan.

2) Ibanez ART200FM VLS (violin sunburst).

Oke, yang ni bukan B-stock tapi gitar baru, gitar yang sama dalam entri ni. Ia merupakan batch dari 2011 limited edition dan bukannya batch dari 2012 production model. Walau bagaimanapun harganya tetap sama seperti 2011 production model.

Violin sunburst flamed maple, kemasan yang agak eksotik dan menarik pada harga yang ekonomi, harganya boleh dikirakan dalam julat harga Gio series! Singlecut yang agak nipis dan ringan, lebih kurang macam LTD EC series (Eclipse). Antara gitar yang aku pernah terGAS untuk memilikinya.

3) Epiphone Les Paul Standard Plus Top (trans-amber) - B-stock.

Epiphone buatan Indonesia, agak sedikit berbeza berbanding Epiphone buatan China (macam Goldie aku) dari segi cantuman kayu untuk neck, 3-piece mahogany? Neck pun agak nipis berbanding Goldie aku.

Sekali imbas kemasan flamed maple trans-amber pada Les Paul ni lebih kurang macam kemasan flamed maple lemon drop pada LTD EC-256FM. Sekarang aku agak GAS dengan singlecut yang memiliki kemasan flamed maple. Kalau gelap sikit, mungkin ia iras-iras Les Paul Appetite Slash.

* * * * *

Btw, apa itu B-stock? Gitar baru yang memiliki sedikit kerosakan pada kemasan - contohnya cat merekah atau terkopek (paint chipped) - yang dipulangkan semula kepada DEG oleh pembeli yang tak puas hati. Mungkin kerosakan tersebut terjadi semasa penghantaran atau kesilapan pembeli itu sendiri (tapi tak nak mengaku) - well, shit happens.

Walau bagaimanapun ia tidak mempunyai masalah lain (not affecting playability) dan dilelong pada harga yang boleh membuatkan anda tersenyum. Kalau bukan disebabkan aku dah ada "komitmen" lain, memang aku dah kebas DN520K tu!~

Entri Mini: Selamat Pengantin Baru Gapnap!


Dalam kesempatan ini, blog AADI ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada tauke Music Master Studio (and fellow LYN forumer) Mr. Clement Cheng aka Gapnap. Lepas ni boleh dapat tuntut angpao bila CNY :) hahaha!

Image linked from gapnap.com (vulcan.x entry).
_____
Ada apa: Giliran DEG bila lagi?

Sepetang Di Melaka Mall


Selasa (11/9/2012) - Hari kedua aku berkursus di Melaka, baru ada peluang nak keluar jalan-jalan dengan rakan karibku Mr. Isabella (bukan nama sebenar, Mr. ye~ bukan Miss/Mrs.).

Aku menginap di King's Hotel Ayer Keroh, jadi hanya Melaka Mall sajalah tempat menarik yang paling dekat selain Jusco dan McD Drive-Thru (info daripada Portdy). Nak pergi melancong tempat-tempat bersejarah dah agak lewat dah ni, lagipun aku tak ada mood nak pergi jauh-jauh. Tujuan aku pergi Melaka Mall ni pun semata-mata nak ke Parkson belikan baju Lil'Ijau dan tengok wayang.


Aku dan Isabella ni memang kaki wayang. Waktu dia bekerja di Bintulu dulu, dialah geng aku menonton wayang. Semenjak dia dah berpindah ke Melaka tahun lepas dan disebabkan pawagam di Bintulu yang daif hampeh (filem-filem baru lewat 3-4 minggu), aku dah kurang minat nak menonton wayang di Bintulu.


Di Melaka Mall ni ada pawagam MBO, jadi sempatlah menjenguk filem-filem yang bakal ditonton, Aku dah plan ajak Isabella tengok filem Resident Evil: Retribution yang bakal ditayangkan pada 13/9/2012 nanti (lusa). Tak ada filem yang best nak ditonton malam ni sebab aku dan Isabella ni kaki wayang filem bergenre aksi dan sains fiksyen sahaja, lain-lain genre kami tak layan.


Satu lagi kegeraman Isabella (yang hampir sama dengan aku) ialah main game arcade. Kes tak jadi tengok wayang kami layan main game arcade di premis bersebelahan dengan MBO.


Malam masih muda, jadi lepas balik dari Melaka Mall kami singgah di restoran mamak Infasha Maju, yang tak berapa jauh dari King's Hotel. Kebetulan waktu ni ramai pengunjung datang ke restoran ni untuk menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Vietnam.


Di restoran ni ada menjual variasi roti India, jadi aku memesan antara makanan kegemaranku iaitu roti nan keju (cheese nan). Di Bintulu memang susah nak cari roti nan, setakat ni aku cuma jumpa dua buah restoran sahaja yang ada menyediakan juadah eksotik ni.


Makan roti nan tanpa tandoori ayam memang tak sah. Hah!~ Apa lagi? "Feeding frenzy mode activated" lah jawabnya hahaha :) Daripada 10 bintang, aku bagi 8.5 untuk kedua-dua nan keju dan tandoori ayam ni, not bad!

_____
Ada apa: Semenjak tahun lepas, aku dah malas nak buat entri pasal 9/11.

Sepetang Di Amcorp Mall (Part 4)


Balik dari Suria KLCC aku singgah sekejap di Amcorp Mall sebelum balik ke hotel. Tak lengkap kalau aku tak singgah Amcorp Mall setiap kali berada di PJ.

Antara tujuan utama aku ke Amcorp Mall ni ialah untuk singgah ke premis Reissue Magazine di tingkat bawah tanah (basement) tapi sayangnya premis tu dah tutup awal.

Kemudian singgah ke premis Victoria Music Centre (seperti biasa). Victoria Music ni lah tempat aku selalu mencari CD/DVD yang memang susah nak dapat di premis-premis menjual CD/DVD yang lain.

Target aku kali ni nak mencari audio CD Nightwish album terbaru Imaginaerum, tapi malangnya ia dah sold-out menurut kata patron yang bertugas (sold-out ke atau tak ada?).

Look what I've found? Iron Maiden En Vivo! imported 2-disc DVD. Versi biasa (kiri) berharga RM51.90 manakala versi limited edition tin box berharga RM100.90! Aku tak beli pun, sebab aku baru saja menang bid DVD ni versi biasa di eBay minggu lepas dengan harga RM40+ (new & sealed).

Juga terjumpa En Vivo! versi audio CD dengan harga RM52.90 dan Wings Biru Mata Hitamku berharga RM19.90 (mahal ke Portdy?).

Belek punya belek, tak beli pun apa-apa CD atau DVD... Tapi terbeli pula dua helai t-shirt (bootleg) ni di premis yang sama - Dream Theater 20th Anniversary (XL) dan Iron Maiden Paschendale (M-size, untuk si Korawk yang manjang suruh aku carikan t-shirt Iron Maiden murah) dengan harga RM50 untuk kedua-duanya. Banyak juga t-shirt yang best-best, tapi faktor diskriminasi saiz membantutkan pembelian.

_____
Ada apa: Tengoklah nanti lepas balik dari Melaka singgah lagi...

Sepetang Di Suria KLCC


Ahad (9/9/2012) - Tiba di Shah's Village Hotel sekitar 1.30 petang, antara hotel yang paling dekat dengan Ibu Pejabat dan supaya senang aku nak menapak ke sana berkumpul dan menaiki bas untuk berkursus di Melaka keesokan harinya...

Here, and back again... Kali terakhir aku menginap di sini pada bulan April tahun lepas. Dah lebih setahun lebih juga aku tak turun KL dan PJ. Dan kali ni merupakan kali pertama aku berkursus setelah berstatus ayah (versi 3.0), satu pengalaman yang agak berbeza bila berjauhan dengan anak dan isteri.

Dah rancang nak tengok filem The Expendables 2 (review Muspeed) pada sebelah petang, aku tak tengok lagi filem ni sebab pawagam di bintulu memang hampeh filem-filemnya tak "up-to-date". Mula-mula nak tengok di GSC Midvalley Megamal, tapi bertukar fikiran pula ke TGV Suria KLCC sebab lagi senang naik LRT dari stesen Taman Jaya terus ke KLCC.

This scene bring back some memories... Akupun dah lupa bila kali terakhir aku ke KLCC, mungkin 2006 kot? Selalunya kalau aku berkursus di PJ aku malas nak turun Suria KLCC, tak ada apa yang menarik, lagi bagus aku turun Bukit Bintang, boleh juga melawat CK Music, JS Music, dll...

Same old Suria KLCC, dulu awal millennium (circa 2001-2003) aku memang rajin turun KLCC, antara tempat selalu dating... Er, lain cerita. Suasananya masih sama, masih lagi pesat dikunjungi baik warga tempatan mahupun pelancong (mostly Arabs and Middle-Easterners).

Sebab dah lama tak pergi ke Suria KLCC ni, aku tak ingat di mana lokasi TGV, terpaksa merujuk pelan lantai. Filem terakhir aku tonton di sini ialah filem The Scorpion King (2002).

What can I say about this film? 80's/90's action film cliché with latest Hollywood effects, period! Tapi watak "Lone-Wolf" Booker (Chuck Norris) merupakan watak paling hebat, cool dan macho dalam filem ni, sebab kalau ikutkan body-count, Booker paling banyak tembak musuh (+1 tank) dan dia tak perlu mengelak atau bersembunyi dari sebarang tembakan musuh - Chuck Norris la sangat!

Lepas habis tengok filem ni akupun terus balik ke PJ, malas nak ronda-ronda Suria KLCC ni... Duit dalam poket pun bukannya banyak nak shopping (kes lepas raya, gaji bulan September lama lagi). Esoknya akan ke Melaka, dan balik semula ke PJ pada hari Jumaat 14/9/2012.

_____
Ada apa: Jumaat ada temujanji dengan tauke Dead Eye Guitars...

Antara ERL Dan LCCT


Sekarang aku baru tau yang kita dah boleh naik ERL (via shuttle bus) dari LCCT ke KL Sentral. Ini berita yang bagus sebab aku tak suka naik bas atau *teksi dari LCCT ke KL Sentral. Tapi aku tak sangka pula shuttle bus ERL ni akan turunkan penumpang di stesen Salak Tinggi, aku ingatkan turun di KLIA.

Dulu aku selalu naik ERL jenis KLIA Ekspres (non-stop) dari KLIA ke KL Sentral dengan harga standard RM35 satu perjalanan. Kira agak berbaloi dan cepat (29 minit sahaja) berbanding teksi yang tambangnya dalam RM60-80 dan mengambil masa dalam sejam setengah (bergantung kepada keadaan trafik). Tapi semenjak penjawat awam tidak lagi menggunakan khidmat MAS, jadi dah lama aku tak turun KLIA.

Dan aku baru tau tambang ERL dari LCCT ke KL Sentral (KLIA Transit) hanyalah RM12.50! Kalau diikutkan dari segi tambang dan keselesaan, RM12.50 lebih berbaloi berbanding naik bas dari LCCT ke KL Sentral yang tambangnya dalam lingkungan RM9-12. Cuma masa yang diambil untuk perjalanan menggunakan KLIA Transit agak lama berbanding KLIA Ekspres disebabkan faktor perhentian di setiap stesen.

Oke, off to KL Sentral and then PJ...

_____
Ada apa: *Selain daripada tambang yang mahal premium, aku tak suka berinteraksi dengan pemandu teksi ataupun berdiam diri sepanjang perjalanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (66) 58 explorer (10) ac/dc (6) adiwira (12) adrian smith (13) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (121) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (47) anniversary (59) art200 (3) artis tempatan (115) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) avril lavigne (2) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (52) bara studio (3) barbican (3) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (6) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (241) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (18) blades (2) blaze bayley (21) blind guardian (20) blogging blues (43) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (17) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (14) bruce dickinson (21) buku/majalah (48) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) celcom (6) charvel (50) children of bodom (17) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (59) console games (5) converse (2) cort (44) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (24) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (21) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (25) dean markley (3) def leppard (1) digipak (28) digitech (19) dimarzio (28) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (60) earth hour (14) ebay (223) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (71) electro-harmonix (22) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (184) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (88) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (69) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (37) fear factory (3) fender (13) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (6) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (12) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (118) gator (9) gax010ltd (9) ghs (16) gibson (14) gig (69) gigrig (7) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar talk (63) guitar/bass (611) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (54) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (33) hotel/resort (24) ibanez (176) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (4) iron maiden (131) irt-pulse (1) isu semasa (221) jackson (30) jamming (121) jamtank (20) jim dunlop (49) joe satriani (10) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (253) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (8) kherow (4) kiko loureiro (6) kikosp (5) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (276) konsert (78) kopi (16) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (25) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (15) lawas (3) lazada (10) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (36) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (37) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (315) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (19) marigold (1) marshall (18) martial arts (2) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (9) mastodon (4) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (49) melaka (11) membakut (41) memori (290) mercyful fate (10) metallica (67) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (49) miri (15) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (8) motorhead (9) movie (48) mrs (56) mug (2) mukah (19) mup (98) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (51) mxr (8) my music (7) nanasmania (24) nat-geo (4) nestle (17) new album (27) new gear (155) newsted (1) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (60) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) peavey (21) pedal/stompbox (266) pedaltrain (13) penang (31) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (10) pic of the day (46) pick (49) pickups (94) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (17) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (11) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (35) radio (3) rajinikanth (3) ramadhan special (54) ramli sarip (2) randall (4) rare (88) ratm (1) reco (24) recording (11) reg studio (8) restring therapy (41) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (4) ribena (4) rock at large (10) rocktron (6) roland (16) rotosound (4) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (4) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (1) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (11) silica gel (5) silvia (3) singapore (47) single/ep (5) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (6) soya (5) spear (2) speedy (28) squier (8) sr300 (22) stagg (12) star wars (8) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (83) strings by mail (1) sudirman (3) sukan (15) sundrop (2) sungai (10) super album (84) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (30) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (14) tech21 (1) telecaster (3) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (40) trade (17) transformers (4) travel (116) tribute (39) trivium (4) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (18) vox (66) warwick (11) wasp (1) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wordless wednesday (213) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (32) xpdc (5) yamaha (4) yeos (3) yNot (21) yogurt (5) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zoom (97) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger