Ada Sesuatu Dari CK Music (Part 10)


Harta rampasan perang pertama CK Music Year End Sale (YES) tahun ni. Satu lagi urusniaga pantas kelolaan Bro Amizan, bank-in tengahari kelmarin dulu (Rabu 28/11/2012), petang tu juga hantar poslaju, dan petang semalam dah sampai atas cubicle aku.

Barang apa? Yang pasti bungkusan kecil ni bukanlah berisi Zoom G3X, G5 mahupun Line 6 Pod HD300! :)

TJ, inilah GAS #1 yang aku maksudkan...


Ia berisi Vox StompLab IG modelling guitar effect processor (aka multi-effect or multi-FX). Antara gajet yang termasuk dalam senarai GAS aku untuk tahun ni. Dan dengan harga YES RM161.25 (retail RM215), tak payah fikir banyak, beli je... Lagi murah berbanding Zoom G1N RM168.75 (retail RM225).

StompLab itself, AA betteries (x4), manual, warranty card, receipt.

Seperti yang dijangkakan, saiznya lebih kurang sebesar ex-Satchurator aku dulu. Walaupun badannya diperbuat daripada logam (aluminium?) tapi ia tidaklah setebal dan sekebal Satchurator. Sekurang-kurangnya ia masih menang jika dibandingkan dengan multi-FX setaraf dengannya (Zoom G1N, Digitech RP55) yang berbadan plastik.

Kelebihan
  1. Bersaiz kecil dan comel, mungkin ia ToneLab ST yang diringkaskan (simplified).
  2. Badan diperbuat daripada logam, lebih tegap berbanding multi-FX berbadan plastik.
  3. Rekabentuk yang menarik dan agak "old-school", seperti produk-produk Vox yang lain.
Check-out the serial number, 100th StompLab IG? Made In Japan?
Dan seperti Satchurator, StompLab ni juga buatan Jepun. Aku tak sangka multi-FX murahan ni buatan Jepun, aku menjangkakan sama ada buatan China atau Vietnam (ex-VT40+ juga buatan Vietnam).

Kelemahan
  1. Menggunakan bateri jenis AA (empat biji) dan bukannya jenis 9V. Tidak disertakan dengan AC adapter seperti multi-FX setaraf dengannya.
  2. Ruang bateri yang susah diakses, terpaksa membuka bahagian bawah dengan pemutar skru.
  3. "Dinding" tepi yang diperbuat daripada plastik nampak kurang kukuh.
  4. Walaupun badannya diperbuat daripada logam, tapi ia tidak tebal. Kalau pijak kuat-kuat akan kemek juga akhirnya.
  5. Kualiti bunyi yang biasa-biasa sahaja. Kira cukuplah untuk amatur macam aku ni.
Vox's trademark chickenhead knob(s).
Disebabkan saiznya yang kecil, pastinya ia menjadi pedal utama yang melekat pada Pedaltrain-Nano aku bersama-sama VXL atau MO-BA (sebagai pre-amp dan booster).

Setakat malam tadi aku hanya mencubanya secara spontan dalam 10-15 minit dengan rig ringkas (Mirage -> StompLab IG -> headphone). Bunyi-bunyian (amp modelling) rock/metal merupakan yang terawal aku cuba, bunyinya tak jauh beza seperti yang ada pada VT40+, mungkin ia menggunakan chip dan teknologi yang sama kot? Bakal dipandu-uji sepenuhnya pada sessi jamming akan datang.

_____
Ada apa: Kalau dah bosan, nanti boleh dermakan kepada anak buah aku (yang dah tapau Tobi aku).

Warrior Within Mode


Bengang main game Far Cry 2 malam semalam, latest save game corrupted tak dapat load... Malas nak main load semula daripada savegame lama (dah jauh wei, dah nak habis). Akhirnya aku tukar angin main semula game lagi lama (2004) Prince Of Persia: Warrior Within (POPWW).


Episod dari siri franchise game Prince Of Persia (POP) yang paling aku suka berbanding episod POP lain, seperti yang aku ceritakan dalam entri lama aku ni.

Watak-watak POPWW - jangan tenung lama-lama Shahdee dan Kaileena tu.
Ya, game keluaran tahun 2004 ni masih lagi sesuai dimainkan selepas lapan tahun. Bila main semula game ni aku teringat memori zaman-zaman wasted years aku di Penang dulu. Memori kerja di Sungai Dua, balik kerja singgah menapau nasi kandar Abu, memori rambut panjang, memori awek lama. Oh~ such a wasted years...

_____
Ada apa: I Stand Alone - Godsmack.

Ada Apa Dengan Ligo?


[Nanasmania] Gambar dan entri ni dah lama dalam draft (awal 2011), terlepas pandang kot?


Info-info pada kotak aku lupa nak salin, tapi ia dibeli dengan harga menghabiskan stok lama promosi RM3.90 (asal RM5.00+), dibeli dari premis SK. Rasanya? Ia agak masam jika dibandingkan dengan jus nanas jenama Fontana (penanda aras jus nanas dalam kotak AADI).

_____
Ada apa: Pisheng...

Ada Apa Dengan 2012 CK Music Year End Sale?


Seperti tahun-tahun lepas (2010, 2011) acara tahunan yang aku dinanti-nantikan semenjak berkecimpung dalam kancah kegitaran beberapa tahun lepas - CK Music Year End Sale (YES).

Imej link dari website CK Music.
Untuk tahun ni, kalau diikutkan nafsu hati macam-macam nak target - produk Zoom (G3X/G5, H1), Line 6 (Studio 110, Pod HD), Vox (StompLab 1G), pergh!~ Tapi disebabkan dana-dana hobi yang dikumpul dah banyak dirampas untuk servis Imago aku, kena buat percambahan minda lagi sekali...

Download pdf sale catalogue HERE.

_____
Ada apa: Brek faiyaaaaa!~

Mirage Turns One


Mirage, satu lagi gitar aku yang "berjaya" mencapai tempoh setahun dalam axology aku (ordered 4/11/2011, received 24/11/2011). Pada mereka yang mengikuti AADI sejak 2009/2010, pastinya tahu perangai aku yang suka bertukar-tukar pasangan gitar. Tak banyak gitar (atau bass) aku yang dapat bertahan sampai setahun, setakat ni hanya Goldie (dan ex-Black Ice) sahaja yang pernah melepasi tempoh setahun.


Aku pernah beberapa kali terfikir untuk menjualnya, mula-mula sebelum kelahiran Lil'Ijau untuk dana-dana kecemasan dan sekali lagi ketika "gali lobang tutup lobang" untuk mendapatkan Calypso. Tetapi ia tidak berlaku, mungkin ada "hikmah" disebalik kejadian ini.

Oh ya, selain pernah digunakan untuk persembahan "live" semasa gig dan persembahan majlis keraian, gitar ni juga menjadi gitar utama yang digunakan oleh Curse Of God semasa sessi rakaman mereka di REG Studio baru-baru ini.

_____
Ada apa: Bakal masuk kem Bill Lawrence atau DiMarzio.

Ada Apa Dengan Vox StompLab (Part 2)


Small, simple, sturdy, cheap, GASed.

Tiba-tiba teringat ex-VT40+ aku dulu.

_____
Ada apa: CK Music 2012 Year End Sale (YES), ETA 3 days left...

Perampas Dana! (Part 5)


Memulakan pagi Khamis dengan bersarapan roti canai keju telur dan teh tarik di Refah Cafe. Ya, hari ni aku cuti.


Refah Cafe (tak berapa jauh dari La Bistro Cafe), boleh dikatakan premis yang menjual roti canai antara yang tersedap di Bintulu. Tapi kalau diikutkan rasa rotinya biasa-biasa sahaja, tapi kuahnya (kari ayam + sambal bilis) yang sedap membuatkan roti canai Refah Cafe ni berbeza daripada roti canai di tempat lain.

Oh ya, bukan nak cerita pasal roti canai Refah Cafe ni, tapi aku cuti hari ni kerana ingin menghantar Imago aku ke Sri Ting Auto - authorised Perodua Service Centre, untuk menukar set penyerap hentakan (shock absorber, tapi orang kampung aku sebut oksoba) depan Imago aku yang dah "keras" sejak beberapa bulan lepas.


Sepasang absorber tulen Perodua bersama mounting (mounting asal dah bengkok) dan upah servis, melayang juga RM5xx. Ini merupakan kali pertama Imago aku bertukar absorber sepanjang enam tahun aku menggunakannya.

Dana-dana hobi persediaan untuk Year End Sale sekali lagi dirampas oleh Imago aku selepas servis 75k awal bulan November lepas. Tapi demi keselamatan dan keselesaan diri sendiri dan keluarga, relaku korbanan dana-dana hobi kerana ini adalah keperluan yang didahulukan (priority) dan bukan kemahuan.

_____
Ada apa: Bulan depan dapat bonus, boleh ganti ;)

Antara So-Cal Dan Air Asia


Oh ya, pada rakan-rakan gitaris (and bassist) seBorneo sekiranya ingin membawa balik gitar anda dari LCCT menaiki penerbangan Air Asia (baru beli atau lepas balik gig), dinasihatkan untuk membawanya menggunakan hardcase. Ini kerana pihak Air Asia tidak lagi membenarkan gitar elektrik dalam gigbag untuk dibawa masuk ke dalam kabin pesawat (gitar akustik mungkin lepas).


Inilah yang terjadi kepada aku semasa membawa balik Calypso (Charvel So-Cal) September lepas. Kalau aku tahu awal-awal memang aku sanggup beli hardcase RM200-300 daripada menyesal tak sudah kalau-kalau gitar rosak semasa dalam kargo.

Sebelum ni aku pernah membawa beberapa gitar dalam gigbag masuk ke kabin semasa penerbangan - Goldie (Air Asia, KUL-BTU Mei 2011), Dinoscars (MAS, KUL-BTU Jun 2010), Abominations (MAS Wings, BTU-BKI April 2010), Tobi (MAS Wings, BTU-BKI Ogos 2012) tanpa sebarang halangan.


Alasan mereka? Gitar elektrik adalah barang elektronik, mahal macam mana pun gitar anda, anda terpaksa memasukkannya dalam kargo pesawat melalui kaunter khas untuk barangan muzik, sukan dan lebih saiz. Hanya telefon bimbit, telefon pintar, tablet dan komputer riba sahaja yang aku rasa dibenarkan untuk kabin. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Air Asia terlebih dahulu. Atas sebab-sebab keselamatan, aku faham dan terpaksa akur...

Sepanjang perjalanan ini penerbangan dua jam dari LCCT ke Bintulu, memang aku rasa tak sedap hati, resah dan sedih mengenangkan nasib Calypso di bawah sana (kargo). Aku berdoa agar engkau bahagia gitar aku selamat. Dan sesampainya di tempat tuntutan bagasi Lapangan Terbang Bintulu, perkara pertama aku lalukan ialah terus membuka gigbag dan memeriksa gitar aku dengan teliti dan rapi tanpa memedulikan orang keliling tengok aku... Dan alhamdulillah, gitar aku selamat seadanya :)

_____
Ada apa: Charvel MIA bro... Siapa tak risau?

Ada Apa Dengan Rubaaaly?


[Nanasmania] Entri nanasmania kembali lagi, kali ni dengan minuman buah nanas (bukan jus nanas) berjenama pelik dan agak lucu - Rubaaaly.


Dibuat oleh Vegeta Manufacturing Sdn. Bhd. Shah Alam, dibeli dengan harga RM1.50 untuk tin berisipadu 300 ml di pasaraya AM.

Rasanya lebih kurang macam rasa Delite, macam minum sirap nanas, tapi tidaklah begitu sintetik seperti rasa Wonderfarm. Kononnya ia menggunakan nanas Pontian, seperti yang tertera pada tin.

_____
Ada apa: Brek faiyaaaaa!~

Ada Apa Dengan Notis? (Part 3)


Pic of the day...


Tiada apa yang salah mengenai notis di atas, cuma tiba-tiba aku teringat album Bon Jovi Slippery When Wet. Hahaha...

_____
Ada apa: Adi, Korawk... Agak-agak di manakah lokasi notis ni?

Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 10)


Jumaat 16/11/2012 - Disebabkan dua hari cuti umum berselang-seli dengan hari kerja biasa, menyebabkan bungkusan poslaju aku ni yang sepatutnya sampai hari Rabu hanya diterima pada hari Jumaat.

Bungkusan poslaju kali ni diterima dari Nonuz The Ego (lagi), kali ni dipesan melalui Facebook dan bukan LYN Street Mart seperti sebelumnya.

Semenjak beberapa minggu ni, aku masih dalam mood bermain pateri terutamanya projek menukar pikap gitar rakan seMUUV. Inilah motivasi yang membuatkan aku memesan pikap Bill Lawrence L-500XL dari Nonuz.


Bill Lawrence L-500XL, pikap high-output yang dipopularkan oleh Dimebag Darrell seperti yang ada pada gitar Dean CFH (sebelum masuk kem Seymour Duncan kot, Dimebucker SH-13). Aku bukanlah peminat Dimebag, dan pastinya ia bukanlah faktor kenapa aku memilih pikap ni.

Aku ingin mencuba pikap jenama lain yang agak kurang popular dalam pasaran Malaysia seperti Tesla, Entwistle dan Bill Lawrence. Selain itu, harga L-500XL ni 2/3 lebih murah berbanding daripada harga Dimebucker.


Selain skru dan spring, pikap L-500XL ni juga disertakan sekali dengan bingkai pikap (pickup frame) yang agak tinggi dan hanya sesuai untuk gitar yang menggunakan TOM bridge kerana bingkai pikap ni agak tinggi/tebal.

Mungkin aku akan cuba memasangnya pada Mirage aku tapi tak tahu bila, atau jika ada rakan-rakan seMUUV yang berminat menjadikan gitar mereka bahan eksperimen aku.


Tak lupa juga memesan FRS saddle untuk tali keempat (D) sebagai persediaan sekiranya saddle yang ada sekarang (yang dah menunjukkan tanda-tanda bermasalah) mengalami masalah yang sama.

_____
Ada apa: Lepas ni mungkin L-250 pula.

Duncanised Donny's VX-2V


Rabu lepas seorang lagi rakan seMUUV menghantar gitarnya untuk dipasang dengan pikap Seymour Duncan JB Model TB-4 yang aku iklankan di Facebook MUUV (juga diiklankan di GKC).

Pada mulanya TB-4 tersebut adalah stok peribadi, tapi disebabkan tiada gitar sendiri untuk dipasang (dan kuota pun dah penuh), jadi ada baiknya aku jual sajalah. Dapat juga dijadikan modal pusingan "gali lobang tutup lobang" untuk Year End Sale.

ESP SV (or Alexi) wannabe.
Gitar yang dimaksudkan ialah Cort VX-2V kepunyaan Donny, vokalis/gitaris kugiran black metal Bintulu - Curse Of God (COG). Pada mulanya ingin dipasang dengan Tesla Plasma-7 (white), tetapi akhirnya memilih TB-4 selepas diracun oleh rakan-rakan.

Seperti biasa sebelum projek bermula, aku akan menggambar gitar ni dari beberapa sudut untuk diarkibkan dalam AADI.

Apa yang best dengan tali terjuntai macam ni?
Dengan kemasan pearl white yang menawan dari badan, leher hingga ke headstok dan dipadankan dengan black bardware, gitar ni nampak elegen walaupun ia berbentuk ekstrim. Kalau aku, aku lebih suka warna pearl white ni berbanding metallic black (or plain black) yang membosankan.

EMG-HZ combo SA1 (neck) TB1 (bridge).
Pikap asal gitar ni ialah EMG-HZ, pikap pasif dari EMG. Menurut Donny, dia kurang berpuas hati dengan bunyi pikap ni yang dikatakan "humming" ketika sessi rakaman COG terdahulu. Dan lebih berpuas hati dengan bunyi pikap-pikap Tesla pada Mirage aku yang dipinjam untuk sessi rakaman di REG Studio baru-baru ini.

Cort double locking III tremolo yang tidak dilaraskan seoptimumnya.
EMG-HZ TB1
Seperti pikap EMG aktif, EMG-HZ ni (made in Korea) juga menggunakan 5-wire quick connect. Ruang kaviti pikap untuk gitar ni juga memang kemas, seni pertukangan Cort memang setanding dengan Ibanez dan LTD, credits to Indonesian luthiers.

Isi perut pendawaian dan pematerian yang agak kemas.
Juga tidak terlepas daripada proses pencucian fretboard.
Kali ni proses pemasangan mengambil masa tak sampai dua jam (below par) dengan sekali pengulangan kerana kesilapan pematerian, kes salah kod warna wayar pikap - kod wayar Seymour Duncan (black = hot) berbeza dengan EMG-HZ/Tesla (red = hot).

Mission accomplished! Duncanised VX-2V.

Kali ni aku tak mengganggu pendawaian asal walaupun aku boleh meringkaskan pendawaian dan pematerian dengan teknik "earth bridging" menggunakan dawai yang dipelajari dari blog Yustech. Aku cuma mengemaskan wayar-wayar yang ada dalam kaviti ni.

Bunyi? Ntah... Aku tak tau macam mana nak terangkan karekteristik bunyi TB-4 ni sebab aku hanya sempat mencubanya menggunakan amp kecil aku Laney LX12 pada overdrive channel. Well, it's JB Model afterall... Walau apapun, "mojo" Seymour Duncan tu tetap ada, dan ia membuatkan tuan punya gitar semakin bersemangat untuk memainkannya.

_____
Ada apa: Dah lama aku tak main gitar berbentuk V, kepit di peha...

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 14)


Cerita headstock lagi...

Kalau gitar aku dah lama aku potong lebihan tali tu.

Entri Mini: Selamat menyambut Maal Hijrah 1434H


Aku berazam untuk menyiapkan SKT sebelum atau pada hari Jumaat ;)

_____
Ada apa: Gitar masuk bengkel IDK.

Antara Charvel Dan Dunlop


Seperti San Dimas Style 2 HH Bro Sub, So-Cal Style 1 HH aku (Calypso) juga didatangkan dengan aksesori eksklusif - Dunlop StrapLok System Dual Design SLS103 (dan dua batang Allen keys, duh~).


Harga runcit untuk StrapLok ni sekitar RM65 (reference), terima kasih kepada Charvel kerana memberikannya secara percuma dengan pembelian So-Cal dan San Dimas MIA (MIJ aku tak pasti).


Strap button StrapLok ni boleh digunakan seperti strap button biasa, ia juga agak kecil dan muat untuk lubang strap Planet Lock, tidak seperti strap button pada gitar-gitar Jackson yang terlampau besar.


Untuk memadankan dengan tema Dunlop, aku menggunakan strap Dunlop Flambe Gray (D3811GY) untuk dipasang bersama-sama StrapLok ni. Ia merupakan strap kegemaranku yang dah lama "berkhidmat" semenjak zaman Black Ice lagi (hence the worn looks).


Memasangnya agak senang, tapi membukanya susah sedikit dan perlukan beberapa peralatan tertentu (small flat screwdriver, long nose plier). Sebab itu aku mengkhaskan StrapLok ni untuk digunakan bersama-sama strap Flambe sahaja, memandangkan aku ada beberapa lagi strap untuk gitar lain.


Sistem straplock sebegini amat sesuai dan disarankan untuk dipasang pada "live guitar" anda (gitar yang selalu dibawa jamming atau gig). Selain untuk menjamin keselamatan gitar anda (lebih-lebih lagi jika anda berjiwa Janick Gers), ia juga senang untuk dipasang dan dibuka. Goldie aku juga dipasang dengan sistem straplock sebegini, tapi dari jenama Hennessey.

Mungkin nanti aku akan buat entri pasal strap gitar pula...

_____
Ada apa: Sedar tak sedar, blog AADI dah masuk kelab 75k!

Vantage 428B-DT HSS Superstrat (Part 3)


Setelah berpuas hati dengan litar ringkas yang aku pasang pada gitar tersebut, dan selepas diberikan kata-kata semangat oleh Chop, aku tergerak hati nak pastikan betul-betul sama ada pikap-pikap asal pada gitar ni masih berfungsi atau tidak, sebab kebarangkalian pikap pasif untuk rosak amatlah rendah.

5-way switch reinstalled (Yustech influences as usual).
Setelah memasang semula pikap-pikap dan suis lima arah asal, ternyata semuanya masih berfungsi kecuali suis sahaja yang ada menunjukkan tanda-tanda dimamah usia, terdapat beberapa bunyi kurang menyenangkan bila menukar posisi suis.

Cuma aku mengekalkan input jack pada bekas lubang tone kedua, kerana output jack jenis shaft yang asal memang dah kaput.

Default HSS pickups, volume and tone knobs, 5-way switch, side input jack.
Begitu juga dengan action, aku cuba sedaya-upaya untuk merendahkan action walaupun bolt berdekatan tali pertama dah loose, sekarang action gitar ni dah agak rendah (3-5 mm) walaupun tidak serendah action Mirage aku (~2 mm).

Sekurang-kurangnya tuan punya gitar dapat menjimatkan beberapa puluh ringgit dengan menggunakan pikap-pikap asal berbanding menggunakan pikap terpakai ESP LH-150 aku. Rasanya projek pemuliharaan (restoration) gitar ni telah selesai 100% dan sudah boleh dituntut esok.

Entri Mini: Happy Deepavali


Seperti tahun-tahun sebelumnya, Deepavali tidak tersenarai sebagai cuti umum untuk negeri Sarawak... Kerja seperti biasa.

Imej Wikipedia.
Selamat menyambut hari Deepavali (dan Diwali) kepada pembaca AADI, jangan lupa malam petang esok kita layan Enthiran ramai-ramai.

_____
Ada apa: Chop, dapat komisyen tak?

Ada Apa Dengan Milo?


Milo, produk Nestle yang tak perlu aku ceritakan kisahnya di AADI ni.

Aku perasan sekarang ni agak susah nak cari Milo versi tin. Kalau ada pun mesti tin yang besar, tiada lagi tin kecil seperti tahun 80-90an dulu. Bukan nak cerita pasal kempen isian semula (refill), tapi pasti ramai yang masih ingat kegunaan tin Milo (dan jenama lain) kosong pelbagai saiz suatu ketika dahulu.

Dan bersempena "100 tahun Nestle di sisimu" Milo mengeluarkan tin 1.7 kg (1.5 kg + 200 gram free) "limited edition" yang agak unik dengan empat jenis rekaan label - 1950an, 1970an, 1990an dan terkini.


Memandangkan Mrs. Ijau suka minum Milo dan aku pula seorang "collector" (dan "hoarder") yang agak "fetish" dengan barangan "vintage, reissued, rare" - jadi faham-faham sajalah. Aku memilih rekaan label 1950an yang agak ringkas ni sebagai permulaan, dengan imej lelaki sedang mengangkat lembu, wtf?

Oh ya, mungkin ada yang boikot produk Nestle. Tapi walau apapun kempen dan alasan anda, hakikatnya di Malaysia ni hampir setiap hari kita menggunakan produk Nestle - Milo, Nescafe, Nestum, Nesvita, Nespray, Every Day, Coffee Mate, Susu Cap Junjung, Maggi, Cerelac, and the list goes on... Cuba periksa dapur anda dahulu.

Tak guna produk Nestle di rumah? Tahniah! Anda memang komited, teruskan kempen anda dan jangan hanya kempen bermusim, sekian terima kasih~

_____
Ada apa: Layan Nescafe Ipoh white coffee sambil taip entri ni...

Vantage 428B-DT HSS Superstrat (Part 2)


Sambungan entri lepas... Projek pemuliharaan (restorations?) gitar Vantage HSS superstrat.

Memang tonggeng-terbalik terkial-kial mencari punca masalah tiada bunyi (output) gitar ni - sama ada pikap, pots, cap, wiring ataupun output jack.

ESP LH-150 humbucker pickup (G&L), pikap asal Mirage aku.
Setelah gagal menjejaki punca utama (I'm just an amateur and not a certified guitar tech, mind you), aku mengambil keputusan untuk cuba "overhaul" elektronik gitar ni dan memasang litar ringkas dengan komponen lain.

Simplified wiring - Yustech influence detected :)
Litar yang ringkas dengan komponen-komponen terpakai (used), satu pikap humbucker (dari Mirage aku), volume-tone potentiometer dan output jack (dari ex-Abominations aku). Pikap-pikap singlecoil (neck/mid) asal pada gitar ni tidak digunakan (kes tak dapat nak buka sebab skru dah loose) dan hanya sebagai "dummy".

Output jacks - old (bottom) and new (sideways gangnam Gibson SG style).
Disebabkan aku tidak mempunyai output jack jenis shaft seperti output jack asal, tapi cuma ada jenis biasa (mono), jadi aku memasangnya pada lubang asal tombol tone kedua, tak perlu aku nak ubah suai lubang asal atau tebuk lubang yang baru.

No selector switch.
Hanya pikap humbucker sahaja yang digunakan (solitary humbucker - Alexi Laiho style), jadi suis asal tidak berguna dan dikeluarkan. Mungkin aku akan pasang semula sebagai "dummy" selepas ini.

Dengan litar ringkas sebegini, sememangnya 100% berfungsi. Aku teringat pesan Chop mengenai projek pemuliharaan gitar ni - asalkan berfungsi dengan kos yang rendah. Lagipun tuan punya adalah seorang bassist, katanya gitar ni hanya akan digunakan untuk latihan di rumah.

Mods on 3rd/G string's saddle.
Blok saddle tali ketiga yang hilang aku gantikan dengan blok dari saddle Mirage aku yang rosak tempoh hari. Disebabkan ia bukanlah FRS, maka ada sedikit perbezaan ketinggian blok tersebut. Tak apa, asalkan boleh pakai.

Martin/Darco string.
Selepas selesai kerja-kerja elektronik, gitar ni dipasangkan dengan set tali baru dari jenama Martin/Darco 9-42 (one of my fav), tak lupa juga proses perbersihan dan penggilapan.

Walaupun aku tak dapat memulihara gitar ni kembali 100% berfungsi seperti asal, tapi sekurang-kurangnya 70-80% menjadi. Dan yang paling penting ia dapat digunakan semula seperti yang diharapkan oleh tuan punya. Cuma action agak tinggi kes bolt pada bridge dah loose (tak dapat nak laras ketinggian bridge) dan penggunaan tremolo gitar ni tidak digalakkan atas sebab-sebab FRL tidak kukuh.

_____
Ada apa: This stuff's addictive!

Vantage 428B-DT HSS Superstrat


Dihubungi lagi oleh Chop Sudir beberapa hari lepas (selepas puas hati dengan Plasma-X1 pada GAX30nya), bertanyakan sama ada aku boleh servis sebuah gitar Vantage rakannya yang bermasalah tiada bunyi (no output). Aku tak dapat janji apa-apa, tapi aku cuba buat bedah siasat dulu untuk mengenalpasti masalah.

Daripada cerita Chop, kawannya telah mewarisi gitar ni dari pakcik rakan tersebut, entah mungkin ia dah berusia 20-30 tahun kot (macam gitar Bang Mat). Sebelum memulakan eksperimen, seperti biasa aku akan menggambar gitar ni dari beberapa sudut untuk diarkibkan dalam AADI.

HSS + FR + 24-fret = awesome superstrat!
Walaupun gitar ni nampak agak buruk dan berdebu (macam baru keluar dari stor je), tapi bagi aku ia masih lagi nampak elegen, mungkin disebabkan kemasan (transparent burst finish?) yang cantik dan keadaan yang masih tegap.

Vantage, model 428B-DT?
Daripada penutup truss-rod, tertera "428B-DT", mungkin ia adalah kod model untuk gitar ni. Tiada info rasmi yang dijumpai di Internet, adakah jenama Vantage ni dah pupus? Kali terakhir aku tengok gitar Vantage waktu mencari permata yang hilang bersama Bob Kandar di Kampung Jepak awal 2010 dulu.

FR, HSS, 5-way switch, three knobs?
Bro Sub, biasanya kalau gitar HSS ada tiga tombol, adakah ia berkonfigurasi macam tombol-tombol strat (volume-tone-tone)?

Rust in peace.
Floyd Rose licensed tremolo, bukan Floyd Rose Original (FRO) mahupun Special (FRS), jika diperhatikan pada saddle tali ketiga (3rd/G-string), tiada blok saddle dan stopper tali gitar hanya disangkutkan pada kaviti blok saddle yang hilang, hex-bolt pada "knife edge" paksi tremolo sebelah kanan (high-E) juga dah loose - *garu kepala* masalah kecil yang kronik ni.

Off-set dot inlays after 12-fret, good position for guiding rookie shredder.
Kurang sisa-sisa residu jari manusia pada fretboard, cuma ia agak kering dan berdebu - akan dibersihkan kemudian. Fret juga dah haus tapi belum masuk tahap kritikal.

Sound by design?
Nice neck plate - made in Korea, serial number 5040751. Suatu ketika dahulu, adalah agak biasa untuk menjumpai gitar-gitar buatan Korea dan Jepun, and it's not a big deal... Tapi sekarang?

Only two springs? Missing cover.
Ruang kaviti yang luas, pendawaian pun agak mudah untuk difahami.
Lepas menjenguk isi perut gitar ni, aku kurang pasti mana satu yang menjadi puncanya? Adakah terus-terus tuduh pikap? Atau pendawaian? Suis? Potentiometers? Input jack? Bro Yus, where should I start?

Rust in peace, again...
Loose screws, again...
Terlalu banyak skru dan bolt yang loose pada gitar ni, yang paling teruk ialah skru pada pikap neck dan middle ni (selain bolt pada paksi tremolo tadi).

Bersambung...

_____
Ada apa: Eksperimen paling mencabar setakat ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (14) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (67) anthrax (1) art200 (3) artis tempatan (121) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (54) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (253) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (3) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (3) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (51) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (61) console games (6) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (28) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (1) digipak (35) digitech (19) dimarzio (32) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (2) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (25) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (80) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (186) energy drinks (29) entwistle (6) environment (38) epiphone (93) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (135) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (13) family (39) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (10) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (16) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (1) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (10) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (74) gigrig (8) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (15) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (51) guitar service (23) guitar talk (64) guitar/bass (635) hammerfall (13) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (56) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (180) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (7) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (230) j5 (8) jackson (32) jamming (123) jamtank (23) jepak (8) jim dunlop (54) joe satriani (12) jotb (13) joyo (17) jr (6) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kakis store (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (32) kawan (261) kazanna (1) kempen (35) kerja (73) kerly (2) kesihatan (37) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (6) king diamond (18) kkdn (6) koleksi (284) konsert (84) kopi (20) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) larrong (1) lawas (3) lazada (14) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (38) lil (31) limbang (5) limited edition (14) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (75) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (331) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (12) membakut (42) memori (305) mercyful fate (10) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (51) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) mono (1) moody monday (10) motorhead (9) movie (48) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (104) music bliss (7) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (22) new album (27) new gear (160) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (62) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (48) pc stuff (28) pc talk (13) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (274) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (33) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (53) pickups (102) planet waves (8) playstation (8) pm2011 (18) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (13) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (41) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (93) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (47) revamp (2) rex (1) rg331m (3) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (19) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (20) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) skull strings (2) snark (9) so-cal (48) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (17) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (3) sticker (6) strap (11) strings (87) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (90) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (3) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (10) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (9) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (19) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (31) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (3) wonda (3) wordless wednesday (235) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (7) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (102) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger