Tak sangka album studio ke-12 In Flames ini sudah berusia 10 tahun semalam (rilisan 11/11/2016). Sejak diperolehi ketika MUWW 2022, ia menjadi antara playlist aku dalam kereta (ripped to mp3).
Sebelum ini Colony merupakan album In Flames kegemaranku yang memiliki nilai-nilai nostalgik era Braingell Radio, tapi aku tak pasang dalam kereta dan didengar *anak-anak. Berbeza dengan album ini, antara yang kadang-kadang dipasang (mp3) ketika pemanduan jarak jauh.
Vokal Anders Friden kurang growl dan agak poppy, juga ada elemen koir remaja, anak autis aku turut sing-a-long beberapa melodi lagu dalam album ini. Album yang kini dikira layak menjadi satu daripada soundtrack of my life, amat jarang album-album pasca-2010 dapat status begini.
*Kebelakangan ini anak-anak aku dah rajin meneroka koleksi CD aku, terutama band rock dan metal.
Lama tidak mengikuti perkembangan abam Marco (Marko Hietala), kali terakhir ketika Tarot buat persembahan one-off beberapa tahun lepas. Warwick ada merilis video gear rundown di Youtube - dengan model Infinity dan Vampyre masih menjadi senjata utama Abam Marco walaupun ada beberapa model lain.
Bagi yang mengikuti AADI sejak berbelas tahun lepas, pasti tahu Marko Hietala merupakan bassist/vocalist idola aku dan pencetus untuk aku belajar main bass ketika era DVD Undead Indeed (Tarot) dan End Of An Era (Nightwish).
Daripada video di atas juga baru tahu yang abam Marco bukanlah bergerak secara solo, tapi "Marko Hietala" merupakan nama rasmi kumpulan abam Marco atas cadangan ahli-ahli lain.
Cerita pasal Infinity dan Vampyre pula, Swee Lee ada bawa masuk versi RockBass untuk kedua-dua model ini tapi sayang hanya ada model 5-string sahaja. Harga pun agak keras juga.
Memang hype game Elden Ring ni, hype sebagai stress management. Dengan kata lain, game ni susah nak mampus! mengajar untuk tidak berputus asa, cuba dan cuba lagi.
Dua minggu masa diperlukan untuk membiasakan diri dengan gameplay, purata main tiga jam sehari hujung minggu boleh mencecah lima jam. Bila dah cukup kompeten, barulah berani boss fight.
Dengan pace sebegini, sampai hujung tahun pun belum tentu dapat habis. Tapi aku suka game progresif jenis boleh main berbulan-bulan lamanya sama macam main Fallout 4 dan Red Dead Redemption II dulu.
_____ AADI: Dah kalahkan Godrick terus cari Tree Sentinel nak balas dendam.
Rasanya aku hanya sempat ikut dua sessi sahaja bulan ini atas masalah kesihatan. Dua minggu pertama cuti sebab asthma berulang, sihat sekejap kemudian diarahkan kuarantin kendiri kerana influenza B serangkai dengan C19 (untuk kali keempat).
Terlepas peluang untuk menonton Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2026 yang berlangsung pada 16-18 Oktober lepas, tempoh yang sama aku dikuarantin.
Untuk kembali aktif bertinju kurang-kurang kena rehat dua minggu lagi untuk paru-paru kembali sihat sepenuhnya, biasalah post-coov memang cepat penat.
Menarik picu untuk mendapatkan PS4 Slim 10 tahun lepas semata-mata ingin memainkan game Fallout 4. Kerana ketika itu kos untuk menaiktaraf PC aku supaya dapat memainkan Fallout 4 (versi PC) jauh lebih mahal berbanding mendapatkan seunit PS4 Slim baharu.
"Proses migrasi daripada PC gamer kepada console gamer sebenarnya merupakan suatu pengalaman yang agak menjengkelkan, lebih-lebih lagi bila main genre FPS. Selama jadi PC gamer memang dah kompenten main FPS dengan keyboard/mouse tapi bila terpaksa guna DualShock, serius terasa kekok. Tapi tak mengapa (parap-parap), lama-lama nanti kompeten la tu..."
Habis sahaja memainkan Fallout 4, amat jarang-jarang memainkan PS4 sehinggalah musim PKP 2020. Ketika musim PKP, banyak masa untuk memainkan The Last Of Us, Remastered (fasa pertama), Doom 2016 (fasa kedua), Tomb Raider 2013 dan Days Gone (fasa ketiga) 2-3 kali pusingan. Keempat-empat game ini akan sentiasa sinonim dengan memori musim PKP.
Sehingga satu tahap aku mengalami gaming fatigue yang teruk, akhirnya PS4 Slim tadi dilepaskan dan ditukar (trade) untuk mendapatkan kembali ex-Francesco (BC Rich Warlock PFG5 bass) aku.
Sehinggalah 2024, tergerak hati untuk kembali berkonsol dan berjaya mendapatkan PS4 Pro terpakai seberkas dengan DualShock 4 OEM tambahan, Dobe docking dan *tujuh game; Grand Theft Auto V, Jump Force,Sekiro, Minecraft Heroes, Need For Speed Heat, FIFA22 dan FIFA23. Tapi tetap memainkan kembali Days Gone dan Doom 2016.
Kini misi aku ialah untuk mendapatkan game-game PS4 dalam format fizikal (disc) yang teringin dimainkan sejak dahulu antaranya Street Fighter V, God Of War, The Witcher III dan Ghost Of Tsushima. Dapat dan kumpulkan dahulu, (masa) mainnya kemudian baru fikir. Juga misi mencari DualShock 4 original. Yang OEM cepat sangat rosak atau bateri tak tahan lama.
Sehingga entri ini ditaip, masih ada beberapa game yang belum lagi dimainkan atau hanya dimainkan pada tahap beberapa minit sahaja antaranya Uncharted: The Nathan Drake Collection (digital), Journey (digital), The Outer Worlds dan kesemua *tujuh game yang diperolehi bersama-sama PS4 Pro tadi kecuali Sekiro, selebihnya bukan selera aku kot? Heat pula dah let-go, rasa menyesal pula.
Dengan kekangan kos teknologi kini memang sukar untuk kembali menjadi PC gamer. Mungkin akan duduk dalam khemah PS4 untuk beberapa tahun selagi teknologinya masih lagi relevan. Tidak terfikir untuk menarik picu PS5, kecuali jika keinginan untuk memainkan Tomb Raider Legacy Of Atlantis dan Catalyst terlalu sukar untuk dibendung, atau tiba-tiba keluar Fallout 5. Dengar-dengar PS6 pun tak lama lagi akan keluar.
bungkusan yg diterima serentak dgn bungkusan berisi cd iced earth dan foo fighters khamis lps, berisi cd metallica - load dan queensryche ...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?