Sabtu 23/1/2010 - Sepatutnya hari ni kitorang ada sessi latihan jamming dijadualkan pukul 10.00 pagi kat makeshift studio kitorang, nak praktis beberapa buah lagu zaman rock kapak.
Aku dan Bob Kandar dah setup equipment - drumset, amp, mikrofon, kabel-kabel, soundcheck gitar malam tadi (waktu aku tangkap gambar-gambar makro Les Pirate) supaya keesokan harinya terus boleh praktis tanpa membuang masa setup dan soundcheck.
Tapi yang sedihnya cuma aku dan Bob Kandar saja yang berkomitmen tinggi. Dua orang gitaris pemain gitar (aku tak nak letak istilah gitaris sebab semua gitar aku yang punya) macam kurang komitmen. Yang sorang main kejap lepas tu keluar jumpa kawan, kemudian datang boleh pulak utamakan main ping-pong? Yang sorang pulak datang lambat, plan pukul 10.00 pagi kalau datang 11.00 pagi tu aku tak kisah la, ni datang pukul 12.00 lebih... Bob Kandar pun dah balik pi jemput isterinya balik kerja. Terpaksalah main tanpa drummer...
Black Ice dan Les Pirate dah tersadai, tuned dan sedia untuk beraksi.
Tu pun dah kira baik cuma perlu lenggang bawa badan saja sebab equipment aku (gitar, bass, effect) dan Bob Kandar (drumset, amp) dah sediakan dan setup awal-awal. Bob Kandar ada buat lawak "macam mana mau buat album ni kalau lambat datang... nak kena pecat ni".
National RQ-K12 (kat belakang sekali) dah blown semalam waktu aku test power Les Pirate with Satchurator full volume crank! Hehehe... Amp TSE AK-977D yang aku pau (bersama-sama mikrofon) dari bilik mesyuarat kat sebelah.
Bob Kandar balik pukul 12.00 tengahari untuk jemput isterinya balik kerja, terpaksa main tanpa drummer.
Dalam perancangan nak praktis bagi mantap untuk slot persembahan Malam Kimia 2009 awal Februari nanti, tapi rasanya kalau sambutan diorang dah dingin macam ni, baik aku nak kensel sajalah persembahan! Aku dah tawar hati dah nak ajak diorang jamming lepas ni, kecuali diorang ada equipment sendiri. Ya, aku tau dorang lagi handal main gitar daripada aku bagai langit dan bumi, tapi bab equipment, electric guitar techniques, effects, sound engineering? Amacam? Takpa, takpa, korang stick la dengan dunia kapok korang...Behemoth aku tak beraksi kali ni disebabkan kekurangan kabel. Tapi bagus jugak, terselamat daripada dipijak-pijak oleh kaki orang lain... Sedangkan aku sendiri pun tak pernah lagi pijak menalah ni dengan kaki berkasut/sandal.
Kalau dah kurang persefahaman, minat (genre muzik) yang tak sama dan tadak komitmen memang payah nak ngam. Selama ni aku sanggup drop down my music genre to their level of music from heavy/thrash/power metal to hard rock and mainstream music semata-mata nak ngam dengan citarasa genre muzik diorang supaya dapat main bersama-sama. Tapi WTF? All my efforts was taken for granted (lagi baik aku ajak Azroy Hemmett).
Imej cilok.
Emo aku eh!
_____
Ada apa: Lepas ni jangan kata aku sombong tak ajak korang main sama-sama... Nasibla~
5 komen:
nak jam takda kaki, kepala tak ngam?
sabor je lah ijau.gua paham2
aku tak reti main thrash. rock pun tak reti...
tapi kalau hangpa jem.. aku join tengok bolehla...
portdy:
dah tawar hati dah ni... xpela klu mcm tu aku jd bedroom player sajala
muspeed:
xreti main thrash tu aku blh terima, tp xreti main rock? ada RG xreti main rock? ini suatu penipuan besar!
uish..geram la tgk...!
main thrash ni lg geram!hahhaha!!!
hmmm...biasa la tu...antara sebab aku pencen...
Post a Comment