Ahad 31/1/2010 - Dalam perancangan sepatutnya semalam kitorang jamming, tapi disebabkan aku demam, lambat bangun dan ketiadaan gitaris (tak nak dah ajak dua orang minggu lepas tu), jadi terpaksa ditunda hari ni. Seawal 10.30 pagi dah sampai opis makeshift studio, setting drumset, amp, mic dan soundcheck.
Yang bestnya kali ni ada Azroy Hemmett (aku yang gelar Hemmett tu, sebab dia terrer main lagu-lagu Metalika) gitaris jemputan (kawan Bob Kandar) yang memang sekepala dengan kitorang. Tapi sayangnya dia ni tak tau lagu-lagu Megadeth, kalau tak boleh cover lagu A Tout Le Monde... Aku teringin sangat nak nyanyi lagu tu.
Soundcheck Les Pirate sambung dengan Satchurator. No fancy multi-effects pedal this time, Behemoth aku direhatkan untuk sessi kali ni. Black Ice aku pun mula-mula sambung dengan B2 tapi macam tak best la pulak bunyi-bunyiannya, lagi best kalau sambung direct amp. (Macam nak letgo je B2 ni hehehe...). Mephisto pun direhatkan, dah polish sebab ada orang nak beli lepas CNY nanti.
Bob Kandar yang amat hepi sessi jamming kali ni.
Aksi hepi daripada Azroy Hemmett menggayakan Les Pirate aku.
Aksi hepi bassist yang terlampau...
(Ingat bassist tak boleh main gigit-gigit bass ke? Hahaha...)
Disebabkan terlampau hepi, kitorang dapat cover tiga buah lagu dengan jayanya untuk sessi kali ni (ikut standard kitorang la yang agak rendah, janji hepi) iaitu Hati Emas (lagu wajib), Sejati dan The Trooper. Lagu-lagu lain sekadar main sekerat-sekerat saja sebab bassist belum pandai :) Antaranya The Unforgiven, Fear Of The Dark, Debunga Wangi, Taman Rashidah Utama dan Bujang Senang.
Aku siap rakam video lagu Sejati dan The Trooper guna Cybershot DSC-S930, tapi tak nak la upload... Malu dong ah~ Untuk arkib sahaja bukan untuk tontonan umum ;) Apa yang penting? Hepi... Walaupun jamming sampai lima jam! (11.00 pagi - 4.00 petang) [Edited: pedulik apa, bukannya studio sewa pun, boleh main sepuas hati]
Yup mula-mula upgrade daripada GSR pi Iceman bass memang ada rasa menyesal sebab tak ergonomic dan tak selesa, sebab aku belum biasa dengan lowered position (tapi tak pernah menyesal bab sound - memang power!). Tapi bila dah dua-tiga kali bawa jamming, kira dah boleh adapt dengan bentuk dan playability Iceman bass ni.
_____
Ada apa: Berkenan tengok Epiphone Thunderbird PQöT, bassist Bottlecapt.
8 komen:
rock on beb!aku suka the killing road klu setiap kali pmbukaan.(solo tk dpt pun!hahrgh!!)atout le monde tk reti..hehe..
minat tul ye dgn kalaer hijau...baju n cap pun ijau..=)
gmbr plg bwh cool lah!
(upload la vids!nk tgk!)
up la video tu ijau, nak tengok
pakcik kordi:
ada apa dgn ijau? btw hijau itu warna, ijau itu nick aku
muspeed:
klu ada lbh drp 10 org request, baru aku upload... baru ada 2 org
baik tah stick to this line up.. yang tak komited tu buang jauh2...
lain kali rakam main anesthesia boleh kot..
ok..aku cukupkan korum request...
untung betul la dapat main free ni ek...
jairo:
line-up ni mmg ngam, tp sygnya azroy tu jemputan shj bkn staf jbtn (seasonist, dia ada band sendiri) + dia blm ada equipment sendiri hahaha
mhagnoth:
harap maklum, bassist baru berpengalaman 10 bulan main bass/gitar
berteromber:
baru 3 org request. equipment sendiri, studio sendiri hahah mmg best main sepuas hati. cuma sound system utk mic je xbrapa ngam, vocal tenggelam
kasih ambil saja tu azroy.... daripada ko sakit kepala dgn member opis sendiri... ok la aku vote for the video also... mana ayu cukicuki? tolong sekali ya cik ayucukicuki
Post a Comment