Jumaat 19/3/2010 - Rabu lepas aku ada order Behringer BOD100 bass overdrive ni from Engbok @ yNot Studio, Penang (tempat aku beli Micro-Cube). Sebab Engbok jual lebih murah daripada tempat-tempat lain yang aku survey. Aik? Behringer?
Antara accessories yang aku order - patch cable (aku order sepasang, tapi awat dapat satu je?) dan beberapa pick Stagg (nak menggenapkan nilai).
Soalan yang biasa orang akan tanya,
"Awat hang beli Behringer? Plastik! Pijak beberapa kali dah pecah..."
Kalau tengok website Behringer, pedal BOD100 sepatutnya warna light purple, kalau dark purple macam ni untuk pedal BOD400. Tombol-tombol yang sama macam kat pedal Boss ODB-3 (dah namanya klon).
Masalah pertama yang korang akan hadapi kalau beli pedal-pedal Behringer ni ialah macam mana nak pasang bateri? Mana tempat nak letak bateri? Kat manual memang tak ada tulis pun. Abis semua skru aku bukak, tapi tak jumpa jugak... Lastly aku SMS Engbok.
Rupa-rupanya kat sini battery compartmentnya... Teknik membuka ni pun aku jumpa kat YouTube. Lepas aku tengok video ni barulah Engbok call... "Haha takpa Engbok, I dah jumpa kat Youtube"
Aku ada adapter Zoom AD-0006E 9V 300mA, tapi untuk pedal Behringer ni nak 100mA jadi tak berani la aku nak guna adapter (boleh ke?). Lainlah kalau aku banyak pedal-pedal Behringer ni bolehlah jugak aku nak order adapter (+daisy chain) Behringer from Engbok.
Esok (Sabtu) kitorang dah plan nak jamming (mungkin ada dua gitaris)... Jadi petang tadi lepas main futsal, aku dan Bob Kandar buat soundcheck kat makeshift studio, try pedal ni dengan Black Ice aku main lagu Opera Hidup (bass + drums only)... Hmmm, not bad! Memang bunyi overdrive yang aku cari. Full review selepas sessi jamming...
_____
Ada apa: Kenapa ramai yang pandang rendah kat produk-produk Behringer ni?
7 komen:
Fuyooo..nak pasang bateri pun kena tengok youtube.
kekekh..koi pakai metal zone boss!
skid:
dah tadak info kat manual (2 lembar kertas)
kordi pakcik:
utk gitar aku dah ada ax3000g dan satchurator
D1????
oriaj:
DI nnti plan nak angkat hartke VXL, produk MXR melampau2 mahal xberbaloi klu tahap aku ni beli
Zoom Adapter 300mA itu memang boleh pakai utk BOD100, yg penting voltage tu mesti 9V dan polarity tu mesti center -ve.
lagi kuat ampier (mA) tu lagi banyak efeks ia boleh support, 300mA 2 efeks ok juga.
engbok:
so far 9v bateri boleh tahan lama maybe 2-3 jamming sessions... next time plan mau angkat lg behringer stuff from yNot
Post a Comment