Operasi: Mencari Permata Yang Hilang
Sabtu 13/3/2010 - Beberapa hari yang lepas aku dapat info daripada Bob Kandar, ada saudara sebelah isterinya (kat Kampung Jepak) yang nak letgo alat-alat muzik lama - gitar, bass, amp Peavey besar. Back in the 80-90's diorang dulu ada band sendiri, main kat kelab-kelab malam, tempat orang kahwin, just a typical local band, sekarang dah retired. Aku bab gitar dan bass tu tak berapa berminat, tapi bila dengar bab "amp Peavey besar" tu aku terus bincang dengan Bob Kandar nak buat lawatan sosial kat rumah tuan punya.
The ghettoness of Kampung Jepak... Owh I miss Kampung Pimping
Dalam pukul 2.30 petang aku dan Bob Kandar pi Kampung Jepak. Fyi, Kampung Jepak ni terletak di seberang sungai dari Bandar Bintulu (seberang dari Esplanad Bintulu), kalau naik bot atau feri kejap je kot sampai dalam 10-15 minit, kalau bawak motorsikal bolehlah nak naik feri, feri kecik je bukan macam feri kat Penang nun. Jadi kitorang lalu jalan darat jalan (with my Imago) yang jauhnya lebih kurang 30 km jugaklah sebab terpaksa pusing jauh (melalui jalan nak pi airport Bintulu).
Dipendekkan cerita, sampai-sampai saja kitorang "disajikan" dengan beberapa worn-out equipments - dua buah gitar strat, sebuah bass Yamaha, sebuah amp gitar unknown brand 15 watt dan amp besar Peavey.
Dua buah worn-out strat guitars... Apa brand?
Hahaha! Orient? Cap naga ooo... Kalau Vantage tu aku pernah dengar la jugak.
Aku kalau worn-out Fender, Gibson atau Ibanez terliur jugak aku, hehehe...
Yamaha BB300 beb! Vintage P-bass. Info lebih lanjut sila layari Bass Guitar Museum.
Kalau aku tadak bass, nak jugak aku beli dan repair bass ni.
Bagi aku, the real "Permata Yang Hilang" was this Peavey amp... Peavey Scorpion TKO 115 80 watt bass amp! It's huge! With 15" speakers! Whooping 80 watts! And it's a f**king Peavey damn it! Dalam website Peavey, model ni dah obsolete dan digantikan dengan model Max 115. Tapi kalau nak baca review pasal amp ni boleh layari website Ultimate-Guitar ni.
The real "Permata Yang Hilang" - Peavey Scorpion TKO 115 80 watt bass amp.
Made in USA beb! Not China, India or Indonesia.
Kadang-kadang aku rasa sedih bila tengok benda macam ni terbiar.
Kitorang test semua equipment, walaupun gitar dan bass dah kekurangan string but guess what?... Everything still in functional state, even the crappy rusted strat pickups (aku tak tau bila last skali benda-benda ni kena test). Lain-lain aku tak berminat kecuali amp Peavey tu, walaupun dah buruk tapi masih berfungsi 100% (kecuali satu tombol EQ dah tercabut). Ni kalau main kat makeshift studio kitorang, kompom kalah bunyi ketukan drums Bob Kandar.
Aku bagitau tuan punya yang aku berminat dengan amp ni (sebenarnya Bob yang runding-runding, diorang cakap bahasa Melanau Vaie yang sepatah pun aku tak paham). Tuan punya suruh aku letak harga, aku bagitau aku paling tinggi aku berani letak RM500. Katanya harga yang aku letak tu terlampau rendah, waktu dia beli dulu harganya RM1800 (siap tunjuk lagi buku kira-kira, hehehe) kurang-kurang pun dia letak harga separuh daripada harga asal RM900.
Dalam hati kecil aku berkata "Dude, it's a 15-20 years old Peavey, and you bought it with Bintulu price... RM500 take it or leave it, kalau aku tak beli amp ni kompom tersadai kat rumah jadi sarang anai-anai" tapi tak sampai hati pulak nak cakap macam tu betul-betul kan?... Hehehe. Bukan apa, dengan RM8xx-9xx aku boleh dapat amp baru 45-75 watt dari CK Music, yNot Studio atau Dead Eye Guitars. So RM500 tu bagi aku kira dah berbaloi la tu...
Jadi, kitorang akhiri operasi kali ni dengan kata-kata standard "takpa kitorang pikir dulu, ada apa-apa nanti kitorang kontek lagi". Kalaulah dia berminat dengan harga RM500 yang aku tawarkan tu...
Tapi aku rasa National RQ-K12 Bob Kandar lagi antik daripada Peavey ni.
_____
Ada apa: Kalau dah macam tu, baik aku beli amp baru... Lagi berbaloi.
10 komen:
aku suka la word " the ghettoness" tu haha
memang antik...lama dah aku tak tengok peavey!!
aku tak berminat langsung dengan semua di atas kecuali tajuk Permata Yang Hilang.
Ko tanak review buku tu ker?
Wakakakaka
deaf_angel:
akupun lupa, kat mana aku pnh dgr ayat "the ghettoness" tu
skid:
peavey masih wujud, cuma market kat m'sia dah kureng
muspeed:
masih relevan lg ke buku tu skrg? hahaha...
PERMATA YANG HILANG ...
kena kumpul balik buku2 ni huhuhu
permata yang hilang errr macam pernah dgr....
hahaha... at first, gua pun ingat lu nak review 'buku', tapi seriously, brader tu should consider your offer, dari terbiar buruk, 500 ketul dah memang berbaloi...
tapi kalau dia refuse, baik angkat baru, puas ati.
portdy & jairo:
yela tu...
eddie:
nnti nak pi ckmusic angkat hartke atau line6... xpun pi jsmusic angkat gallien-krueger terus muahahaha! tp kena tggu dpt kursus kat kl/pj la dulu
hartke la ngko angkat.... line6 errr macam tak best la kekekeke
oriaj:
blh pre-order bass amp kat deadeye guitars from these outlets, sng sket xbuang masa
ckmusic - hartke, line6
jsmusic - orange, galien-krueger!
bentley - fender, marshall, swr, ampeg
guitar collection - randall, kustom, crate
ultimate music - behringer
uih byknya pilihan...
Post a Comment