Was at Suria Sabah last Monday (and yes, with *ehem-ehem*) tengok Resident Evil: Afterlife versi 3D kat GSC. Tiga muvi Resident Evil terdahulu aku tengok DVD dan versi sedut sahaja. Muvi keempat ni ada versi 3D. The best way to enjoy it was in cinema equipped with 3D technology, so GSC Suria was the only (and best) place to go. Nanti kalau dah balik Bintulu tak best tengok versi biasa...
Sapa-sapa yang biasa main game Tomb Raider,
poster ni nampak cliché sangat kan?
Sampai kat Suria dalam pukul 12.30 tengah hari, disebabkan aku beli tiket untuk show pukul 1.35 petang, jadi lunch dululah... Btw, tiket untuk muvi 3D kat GSC Suria berharga RM15.00 per person berbanding RM8.00 untuk muvi biasa.
Kat food court Suria ada satu gerai menjual masakan claypot, tapi orangnya masih bercuti raya. jadi terpaksalah order makanan kat gerai bersebelahan...
Black Pearl Mee, nama je gempak padahal sizzling mee biasa je ala-ala ramen.
*Ehem-ehem* aku order koey teow goreng Penang. Gerai tu mempergunakan nama Penang untuk tujuan komersil, tapi taklah sehebat char koey teow *longkang ori kat Penang. Perkataan char kat depan bukanlah bahasa Hokkien/Cina, tapi bahasa Inggeris yang bermaksud hangus... Charred not fried, you know what I mean, right?
*char koey teow yang best kat Penang semuanya jenis gerai kat tepi longkang, kan?
Minuman? Biasa je, milo ais dan kopi putih ais (iced white coffee, nak kena translate jugak ke?). Abaikan cameo appearance kat background tu ;)
How about the movie? Well, pada sapa-sapa yang mengikuti filem-filem Resident Evil terdahulu atau pernah main game kat PlayStation mungkin tak menjadi masalah untuk digest jalan ceritanya. Tapi kalau first timer (macam *ehem-ehem* aku) memang akan terasa blur dengan jalan ceritanya, apa itu Umbrella Corporation, apa itu T-virus, kenapa banyak klon Alice, kenapa ada zombie, Siapa itu Claire, dll... Bla bla bla Milla Jovovich memang sinonim dengan watak heroine filem-filem aksi , so what did you expected? Tengoklah sendiri, hehehe... Tapi bibir Ali Larter memang seksi...
Cuma aku kurang selesa dengan 3D goggle yang dibekalkan. Disebabkan aku dah bercermin mata, then doubled with 3D goggle, memang terasa kat hujung-hujung hidung je goggle tu.
_____
Ada apa: Macam game Left 4 Dead pun ada...
2 komen:
dan yang paling boring bila tengok cerita 3D, environment akan rasa macam gelap dan tak vivid.
mata pun cepat juling...
Post a Comment