Bukan, aku bukan let-go gitar, tapi let-go case sahaja..
Seperti yang telah dijanjikan, sebaik sahaja aku mendapat V-shaped gigbag yang muat untuk Abominations, aku akan let-go Dean MLVZ lightweight case aku ni untuk mencari dana-dana tambahan untuk projek yang akan datang.
Pose terakhir Abominations aku dengan Dean lightweight case.
Mula-mula aku beli case ni semata-mata untuk logistik Abominations aku, supaya selamat dalam kargo dari LCCT sampai Bintulu. Lepas selamat sampai di Bintulu aku terus iklankan di Mudah.my dan Facebook. Ramai jugak yang nak, tapi memandangkan waktu tu aku belum berjaya mendapat gigbag (yang muat) terpaksalah aku menangguhkan hasrat untuk menjualnya.
Buyer yang bertuah (yang dah lama booked) tak lain tak bukan ialah vokalis/gitaris kugiran Manggas (tuan punya Ibanez TM5), yang katanya bakal diisi dengan sebuah Flying V. Sebab tu aku bersusah payah membawa case ni (dan isinya) balik kampung waktu cuti raya.
_____
Ada apa: Manggas kali ni bergaya sebab kedua-dua gitarisnya menggunakan gitar-gitar berbentuk V, bassist Manggas pulak apa cerita?
3 komen:
ni ckp bassist manggas ni napa ni? mau cari gaduh ka???
yup, mmg cari gaduh sama itu bassist manggas
eksen henci!!!!
Post a Comment