Khamis lepas 9/12/2010 aku tersinggah di premis My Music (banyak gitar akustik di premis ni), dan terbeli GHS Boomers strings dan dua keping Planet Waves Joe Satriani thin picks. Dengan harga RM22.50 (setelah diskaun 10% daripada RM25), kira okelah untuk harga Bintulu sebab standard retail price kat Semenanjung pun dalam RM18-20 per pack.
Aku pun tak tau kenapa aku tersinggah dan terbeli Boomers ni, dan tak pernah-pernah aku beli string saiz 011 ni. Selalu aku guna saiz 009 untuk floating (Replacement), 010 untuk fixed (Abominations) dan 012 untuk bakal projek 7-at-6-string-setup (aka B-tuning). Dah sampai rumah baru aku pikir balik, apekehe aku beli?
Mungkin aku dah terkena hype Boomers dari entri Bro Sub ni. Padahal stok strings aku pun masih banyak lagi - D'Addario, Rotosound, Martin/Darco, tak lupa DR Extra Life Evergreen dan Pyramid pemberian Bro Sub yang masih belum digunakan.
Kalau pick tu aku tak kisah, sebab memang aku kumpul pick gitar yang cantik-cantik ;) dah dasar collectors...
_____
Ada apa: Sekali-sekala tengok viola/violin dan cello best juga kan?
2 komen:
ada lagi 1 pack strings on the way to you, bro... :-)
string apa bro? DR neon?
Post a Comment