Harta rampasan perang dari The 2010 Great Music Sale CK Music (aka CK Music's Year End Sale). Datang dalam dua kotak, kecil dan besar, yang dihantar oleh poslaju ke tempat kerjaku tengahari tadi.
Poslaju? Aku ingatkan diorang hantar guna KTM Distribution macam Satchurator aku tahun lepas. Tapi baguslah diorang guna poslaju sebab sampai hari berikutnya (benda ni dipos semalam) berbanding KTM Distribution yang memakan masa lima hingga tujuh hari bekerja.
Ya ya, kotak besar kat bawah tu dah kantoi sebab spesifik ada tulis nama benda. Kotak kecil kat atas tu biarlah rahsia buat masa ni (amboi), akan ada entrinya kelak...
Owh btw, credits to Bro Amizan of CK Music for this transaction. Aku faham waktu-waktu macam ni staff CK Music memang sibuk dengan Year End Sale. Dalam kesibukan melayan walk-in customer, online customer tidak dilupakan.
Sila layari website CK Music untuk meracun diri.
_____
Ada apa: CK Music rocks! \m/
4 komen:
Tumpang tanya, CK Music poslaju ke Sarawak brapa charge? KTM RM40 kan? tapi lambat.... Saya nak order tp takut :)
brg yg kecil di bwh 2kg biasanya flate-rate rm40 guna ktm courier klu order via ckmusic online
klu poslaju bergantung kpd jenis brg, nak lbh detail sila hubungi staff ckmusic
wow, amp boleh dipost juga.. sumting yg sy ingat impossible. Brapa KG amp yg kena post tu? Ingat nak minta pos 2x12 cab, maklumklah kat sarawak susah nak cari, tp berat lbh kurang 20kg, berat nak mampus for postage..
this combo amp beratnya dlm 10-12kg
it's not impossible to post "anything" from semenanjung... 2x12 cab pun boleh pos, cuma postage cost maybe mahal
maybe boleh runding2 dgn seller utk optional postage method yg lain contohnya parcel post, courier service atau sea mail
Post a Comment