Sebenarnya nak letak tajuk "Setengahari Di Sibu Express Wharf Terminal" ... Tapi macam tak best la pula perkataan "setengahari" tu.
Sibu Express Wharf Terminal - wharf, jeti, dermaga or what ever you wanna call it. Wharf ni tarafnya sama macam Puduraya atau Hentian Duta kat KL nun, sebab ia merupakan hub utama menghubungkan Sibu dengan kawasan-kawasan sepanjang Sungai Rajang. Jika Puduraya dan Hentian Duta merupakan hub untuk bas, wharf ni pula merupakan hub untuk ekspress (bot ekspress, bukan bas ekspress), feri dan skaout. Ada apa dengan skaout?
"The Sibu Express Wharf Terminal also provides an alternative way of transport for people along the Rajang River. Among the destinations that can be reached by express boats from Sibu include Song, Kuching, Kapit, and Kanowit."
- Artikel Wikipedia.
Aku nak pi mana? Aku tak pi mana-mana pun, saja nak temankan *ehem-ehem* aku kirim barang ke kampungnya di Dalat, via brader driver skaout (macam courier service la pula).
Sabtu lepas (27/11/2010) seawal 8.00 pagi kitorang memulakan perjalanan dari Bintulu menuju bandar Sibu yang mengambil masa hampir tiga jam pemanduan @ 220 km. Setibanya di Sibu kitorang bergegas shopping barangan tambahan di Premier untuk dikirimkan ke Dalat. Bergegas nak kejar masa, sebab skaout terakhir untuk pi Dalat bertolak pukul 2.00 petang.
Ekspress panjang berjalur kuning tu kalau tak silap nak pi Kapit.
Selesai sahaja berurusan di wharf ni, barulah kitorang jalan-jalan pi shopping kat Wisma Sanyan (mencari Sandai Kitetsu dan Yubashiri). Kat Wisma Sanyan sempat mencari t-shirt Iron Maiden kat premis bernama Porsche. KORawk bagitau kat premis ni ada jual t-shirt Iron Maiden (made in Siam).
Memang betul aku ada jumpa t-shirt 95% design macam t-shirt IMFC dengan harga RM39.90, tapi sayangnya cuma ada saiz L sahaja (kalau aku kurang-kurang pakai saiz XL), sendat gila, in the end tak jadi beli sebab paham-paham sajalah, melepas beb... (Aku rasa kalau KORawk ngam saiz L).
_____
Ada apa: Aku tadak t-shirt Iron Maiden (fakta).
6 komen:
wharf Sibu, banyak kenangan aku disini, pernah kerja coolie part time angkat barang ( lepas balik sekolah/dulu aku sekolah menengah di sibu) entri http://gengkeretasapu.blogspot.com/2010/09/apek-bayat-berdasarkan-kisah-bulak-tapi.html memang fokus kepada life di wharf ekspress sibu
yuuhhuu, interesting beb
aku suka baca.. cerita2 lagi la tempat ko ngan tampal2 gamba..
maiden.com la, beli yg ori terus..puas hati pakai
korawk:
adakah ia BULAK semata2?
deaf:
nnti ada lg byk cerita ceriti dgn gambar tampal2, pelan2
takilala:
t-shirt ori maiden.com plng murah GBP17 = RM85! beli t-shirt giordano RM45 pun lain sdh rasa hati
brader, mana boleh compare Giordano dgn ori Maiden punya shirt, berpaling tadah namanya tu.
*gua sudah crush sama shirt Motorhead yg gambar warpigs besar tu, kalau warna merah, lagi terserlah 'dragon'nya mak, nok...!
auwww!
eddie:
tu menunjukkan aku berkira sgt klu pasal beli t-shirt, tak mcm beli CD, gitar dan pedals
Post a Comment