Selamat pagi warga Blogger, dah sarapan? Dah kebetulan cerita pasal sarapan, entri kali ni aku nak merapu pasal emping jagung (cornflakes) Kellogg's. Aku bukan nak buat ulasan pasal rasanya, sebab memang tak sedap pun, hahaha...
Oke, aku tak tahulah sama ada benda ni baru atau dah lama berada di pasaran, sebab aku jarang beli cornflakes (tak kisah jenama Kellogg's atau Nestle), kecuali dah dekat bulan puasa ni, kebiasaannya akan dijadikan juadah bersahur kelak (macam zaman bujang).
So, what's so special about it? When you flipped it around...
Sebenarnya ia merupakan pek berkembar "twin pack" (RM12.50 untuk 2 kotak 275 gram = RM6.25 sekotak, kira murah dah tu) tapi dengan sedikit kelainan - pek kedua diisi dalam bekas tin dengan rekabentuk dan label yang vintage, hence the label "free vintage tin".
Waktu aku beli semalam, tin ni terdapat dalam dua jenis rekabentuk (aku tak tau ada berapa jenis rekabentuk semuanya), satu rekabentuk yang vintage macam imej di atas, dan satu lagi rekabentuk yang agak baru (80's-90's design).
Aku sememangnya suka kumpul benda-benda "vintage", "reissued" dan "rare" macam ni. Dah memang dasar "collector" (dan "hoarder") kan? Pantang tengok benda yang jenis "collectible" mesti nak beli juga.
Lain cerita, aku masih lagi simpan naskah New Straits Times keluaran 31/8/1957 versi "50th anniversary reissued".
_____
Ada apa: 1957 reissued? Bunyi macam Goldie aku je...
4 komen:
baru aku teringat mak aku ada pesan beli beberapa kotak kellogs untuk raya ini tahun, nak buat biskut cornflakes katanya
heheh... hoarder.
saya baru beli minggu lalu, singgah di Plaza Angsana kakak tu kata ada promosi sempena raya (versi raya ada resepi kuih @ blakang kotak), apa lagi, beli ler...
nizam & korok:
nak kumpul jugak ke?
dr. ben:
rasanya tahap hoarder aku makin tinggi
bro sub:
bekas tin tu nnti blh buat tmpt simpan stok string gitar
Post a Comment