[Nanasmania] Lagi nanas dalam tin sebagai juadah berbuka puasa - Ayam Brand pineapple cubes in syrup. Harga aku lupa, kalau tak silap tak sampai RM3.00 per tin 454 gram.
Tidak seperti nanas dalam tin Rex Pineapple yang dipotong dalam bentuk donut, nanas dalam tin Ayam Brand ni dipotong dalam bentuk kiub, lagi senang nak makan.
Dinikmati sama seperti Rex Pineapple, juadah minuman berbuka puasa yang memang kimochi~ terutama bagi penggemar nanas (macam aku). Diulangi, berbuka puasa...
[Entri Mini] Ayam Halia Madu Kukus
Yang ni idea daripada komen Portdy, sekali-sekala tunjuk menu masakan Mrs. Ijau edisi juadah berbuka puasa isteri rockers? Hahaha! Here goes...
Semalam, Mrs. Ijau kembali memasak untuk juadah berbuka puasa setelah dua hari "cuti memasak". Kali ni nak masak ayam halia madu masak kukus katanya. Yup, kukus (steamed)... Masak dalam tangki kukus yang besar tu. Kalau bahasa Mat Salleh bunyinya jadi steamed honey ginger chicken, or is it another way around?
Harap maaf sebab hiasan yang tak menarik.
Rasa? Sedap, rasa halia pekat memang terasa - kelebihan masak secara kukus berbanding direct heat, ditambah pula dengan manis daripada madu, tapi sayangnya kurang pedas (tak pedas langsung pada tahap kepedasan aku). Alasan Mrs. Ijau, keluarganya di kampung tak biasa makan pedas-pedas, jadi dia dah terbiasa masak (apa-apa masakan) tak pedas.
[Diari Ramadhan 1432H entri #8]
_____
Ada apa: Mrs. Ijau cabar aku untuk masak juadah berbuka puasa bila ada masa nanti.
7 komen:
sedapnya broooooo...
kecor ayor lior!
menyesal aku bukak entry ni pagi-pagi! hahahah
sangat sedap, master Yoda approved!
tiba tiba perut ku lapar
buleh try resepi ni...
eh, ada resepi ke?
hahaha no komen...
Post a Comment