Pagi-pagi Ramadhan ni kalau cerita sedikit pasal buku agama bagus juga kan? Indahnya Hidup Bersyariat - Panduan Fardu Ain Yang Lengkap Bergambar (ISBN 967510230-6), oleh Al-Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid. Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Dicetak oleh Digitpress Sdn. Bhd. Cetakan 2009. Dengan hype "Modul fardu ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat" memang bagus buku ni...
Sinopsis seperti yang terdapat di belakang buku;
Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.
Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan "step-by-step". Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.
Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.
Juga boleh didapati di kedai buku MPH dan MPHOnline.com
(atau kedai-kedai buku yang lain) dengan harga RM55.00 senaskah.
Tidak seperti buku-buku agama lain yang membosankan, buku ni menggunakan ayat yang mudah difahami dan dalam bentuk point-by-point bukannya secara esei/karangan. Ia juga dipenuhi dengan imej, gambar dan rajah yang berwarna yang lebih mudah difahami (boleh buat buku teks sekolah ni). Disebabkan isi kandungan buku ni (termasuk imej, gambar dan rajah di dalamnya) merupakan hakcipta terpelihara, jadi aku tak letak gambar menunjukkan isi kandungannya.
Aku suka bab Pengurusan Jenazah, sebab susah nak cari buku agama yang bercerita pasal pengurusan jenazah yang beserta dengan gambar yang lengkap (terutama bab memandikan jenazah dan teknik kafan).
Sebenarnya buku ni dihadiahkan oleh bekas Pengarah Jabatan (yang telah berpindah semula ke Ibu Pejabat, Petaling Jaya, awal Januari lepas) sebagai hadiah Projek Mega 2011 yang lepas, ia amat sesuai memandangkan Mrs. Ijau yang baru dua tahun berstatus "saudara baru" (Mrs. Ijau suka baca majalah dan buku-buku agama). Tapi sebenarnya ia ditujukan khas kepada aku kerana beliau tahu aku ni jenis yang agak jahil dalam bab-bab agama ni, wallahu'alam...
[Diari Ramadhan 1432H entri #13]
_____
Ada apa: Lepas ni nak cari buku Ensiklopedia Solat.
2 komen:
dah kawin kena tingkatkan ilmu agama bro. Kita kena lead family.
jgn asyik rujuk buku mutiara yang hilang jak
Post a Comment