Isnin (29/8/2011) - Hari terakhir Ramadhan, di kampung aku agak kurang thrill, sebab lepas maghrib Imam di Masjid Assa'adah dah mula bertakbir (leaked info?) walaupun pengumuman tarikh hari raya oleh Penyimpan Mohor Besar belum lagi disiarkan di TV atau radio.
Oh ya, bagi aku raya tahun ni agak berbeza berbanding raya tahun-tahun yang lepas. Selain daripada status yang berbeza (raya sebagai seorang suami), raya tahun ni juga bertemakan warna jingga atau OREN.
Mrs. Ijau nak kelainan untuk raya "tahun pertama" ni. Dari awal Ramadhan lagi dah bagitau aku dia teringin nak berbaju raya sedondon warna lain selain warna HIJAU. Daripada warna-warna yang dicadangkan oleh Mrs. Ijau (kecuali hijau, hitam, putih, silver, gold dan kuning), aku lebih rela memakai warna oren berbanding warna lain (especially pink and purple). Kalau diikutkan, inilah baju raya pertama aku yang bukan berwarna HIJAU semenjak 1996!
Tapi kalau dibandingkan dengan warna Oren Kecik aku, ia taklah berapa oren jingga, nampak lebih kepada smooth peachy. Okela, untuk 1 Syawal 1432H ni kira raya yang agak limited edition, raya versi "Oren D. Koceng"...
[Entri Mini] Selamat Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal 1432H
Sempena lebaran ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada geng-geng bloggers, pengikut setia (followers) yang aktif mahupun pembaca senyap (silent reader) blog AADI. Sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah taip, menyinggung mana-mana pihak... Kira biasalah tu dalam dunia blog ni kan?
[Diari Ramadhan 1432H entri #20]
_____
Ada apa: Sebenarnya aku ada beberapa lagi entri Diari Ramadhan dalam bentuk draft, mungkin aku akan sambung lepas raya nak cukupkan sampai entri #29 kalau sempat.
1 comment
lawa baju
Post a Comment