Migrain semalam membataskan interaksi aku dengan komputer atau apa-apa benda yang mengeluarkan cahaya, jadi aku tak mampu menaip blog untuk entri hari Rabu (nak main game pun tak dapat). Aku undurkan entri ni "backdated" untuk hari Rabu (entri ni ditaip pada hari Khamis 25/8/2011).
Sejak hari Sabtu lepas, Mrs. Ijau dah mula sibuk membuat kek lapis untuk juadah raya nanti (lepas mencari bahan mentah di Emiwon Khamis lepas). Disebabkan proses yang agak kompleks dan leceh, kek lapis ni memakan masa yang agak lama untuk disiapkan, dari membancuh, sehinggalah memasaknya.
Biasanya Mrs. Ijau memulakan proses dalam pukul 8.00 malam dan akan siap dalam lingkungan pukul 1.00 pagi, kadang-kadang berlarutan sampai 3.00 pagi! Takpa, aku temankan dia berjaga sampai pagi, tapi aku berjaga sebab main game *Fallout: New Vegas, hehehe... Kadang-kadang memang aku main game dari tengah malam sampai sahur - ni perangai bujang yang susah aku nak kikis, nasib baiklah ia jenis perangai yang bermusim (applicable on gaming sessions only).
Tahun ni, Mrs. Ijau membataskan untuk membuat hanya tiga biji kek sahaja, dua kek lapis keju (yum yum) dan satu kek lapis coklat. Dan malam tadi merupakan kek yang ketiga dan terakhir, lepas ni dah boleh kemas-kemas barang untuk balik kampung hari Sabtu nanti.
[Diari Ramadhan 1432H entri #18]
_____
Ada apa: *Dah masuk minggu kelima, masih tak habis-habis lagi main game ni...
1 comment
sedap tak?
Post a Comment