Khamis (18/8/2011) - Waktu rehat tengahari, pukul 1.00 petang (lunch hour?) Mrs. Ijau ajak pi Emiwon Bakery Ingredients, premis yang agak terkenal di kalangan pengusaha-pengusaha kek dan mereka-mereka yang suka memasak masakan jenis pastry di Bintulu ni.
Terletak di area Parkcity Commercial Square (sama blok dengan Kuan Jing Enterprise Sdn. Bhd.), ia merupakan premis yang menjual apa-apa yang berkaitan dengan bakery/pastry - dari peralatan elektrik, perkakasan, bahan mentah sehinggalah bahan hiasan. Hence the name "Emiwon Bakery Ingredients".
Di sini Mrs. Ijau mencari perkakasan dan bahan mentah untuk projek membuat kek lapis untuk Hari Raya (kegunaan personal, bukan komersial) seperti acuan kek, mentega (mencari alternatif untuk Golden Churn) dan keju. Semenjak tahun lepas, Mrs. Ijau dah mula belajar memasak kek lapis (kek lapis Sarawak?) untuk juadah Hari Raya, yang prosesnya agak kompleks berbanding kek biasa.
Ada banyak bahan mentah yang memang susah nak cari di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya tapi boleh didapati di sini, contohnya caramel, thick syrup, gelatin, shortening cream? Pada sesiapa yang hobinya memasak (terutamanya memasak masakan pastry), premis ni memang "syurga" untuk anda, memang rambang mata dibuatnya (bayangkan aku masuk kedai gitar).
Mrs. Ijau mencari acuan yang sesuai.
Hampir 15 minit ronda-ronda di sini mengingatkan aku kepada manga/anime Yakitate!! Ja-pan. Alaa~ anime yang cerita pasal buat kek tu... Bagi aku ia merupakan anime yang unik, lain daripada lain. Sebab kebanyakkan anime Jepun adalah berasaskan pergaduhan fizikal, tapi anime ni pula "bergaduh" dengan cara membuat kek! Dalam masa yang sama kita masih lagi terhibur dengan info-info kek dan lawak tawar anime ni.
Imej link dari Wikipedia.
Itulah kelebihan manga/anime Jepun, "mangaka"nya memang mengkaji habis-habisan sesuatu perkara yang berkaitan dengan manga/anime yang bakal dihasilkan - Yakitate!! Ja-Pan (bakery/pastry), One Piece (pirates, languages, ancient civilasations), Initial D (cars, drifting, street racing culture).
Tidak seperti pengarah-pengarah filem dan drama tempatan yang tak buat kajian mendalam, hanya mampu cedok, tangkap muat dan meneliti dari luaran sahaja, contohnya gaya hidup seorang mamat Black Metal (yang nampak macam mamat Indie), mat rempit atau awek bohsia, mahupun kehidupan harian gangster dan kongsi gelap di KL yang memang langsung tidak sama dengan gaya hidup dan kejadian yang sebenar (gangster Melayu bikin tapak di Petaling Street?).
[Diari Ramadhan 1432H entri #17]
_____
Ada apa: Dari kek terus lari topik pi anime dan filem, hahaha...
4 komen:
ni bakery paradise ni haha
aku ada dvd yakitate ni ... sama satu lagi yang best.. master cooking boy...
kek lapis tu kalau pos ke tronoh pun OK juga.
deaf:
nasib baik aku xde hobi memasak...
jairo:
klu aku pinjam bawa blk bintulu nnti blh ka?
dr. ben:
mrs. ijau limit buat 3 biji je utk hidangan raya nnti...
Post a Comment